Jam 3.00 petang ini Adun-Adun dijemput ke Mesyuarat Penilaian Permohonan Bantuan Pendidikan Kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Fasa 2 Tahun 2011.Mesyuarat bertempat di Tingkat Tiga Bangunan SSAAS. Mesyuarat diwakilkan oleh YB Dr. Halimah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan kepada YB Teresa Kok yang juga Exco bagi mempengerusikan mesyuarat. YB Dr. Halimah mempunyai urusan di tempat lain. Walaupun di dalam kawasan Bangi terdapat hanya sebuah Sekolah Cina, iaitu SJKC Yoke Min, Pekan Bangi, Adun Bangi hadir sama bagi mengetahui tawaran terhadap permohonan Sekolah Yoke Min. Dengan kehadiran dapat Adun memperkukuhkain dan menyokong permohonan satu-satunya SJKC di dalam Dun Bangi. Mesyuarat kali ini bagi membincangkan peruntukan bantuan dan pengagihan bagi separuh penggal atau sesi kedua bantuan, terutama bagi yang ketinggalan dan lambat membuat permohonan. Hadir sama YB Tuan Speaker Dato`Teng Chang Khim bagi kawasannya, YB Cik Teresa Kok, YB En. Ronnie Liu, YB Xavier Jayakuma, YB Ean Yong Hian Wah yang semua mereka ialah Exco. Turut hadir ialah YB Philip, YB Lau Weng Sak dan beberapa wakil Adun-Adun, YB Adun Bangi hanya satu-satu Adun Muslim yang hadir bagi membincangkan peruntukan bagi SJKC.


Bagi SJKC Pekan Bangi, pada awalnya diperuntukkan sebanyak RM10,000.00 sahaja berdasarkan jumlah yang diberi pada tahun 2010. Adun Bangi mengusul ditambah berdasarkan relevansinya permohonan, iaitu bertujuan untuk membina bilik darjah, makmal sains, Bilik SPBT, Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Bimbingan agar P &P dapat dijalankan dengan lancar. Adalah tidak munasabah tujuan permohonan begitu banyak iaitu RM400,000.00 hanya diluluskan sebanyak RM10,000.00 ringgit sahaja. Atas hujah dan rayuan Adun Bangi, maka permohonan yang memang melalui dan disokong pada borang permohonan oleh Adun Bangi dipersetujui sebanyak RM50,000.00, iaitu jumlah tertinggi yang normal yang diluluskan kepada beberapa Sekolah seperti SJKC Tche Min, Sungai Pelek, Sepang dan SJKC Pandamaran. Tetapi selepas round pertama pengagihan dibuat didapati lebih dari setengah juta berbaki, maka diteliti dan dinilai bagi kali kedua. Pada kali ini Adun Bangi berhujuah, bahawa peruntukan RM10,000.00 yang diberi kepada SJKC 2010, bukan atas dasar permohonan dari SJKC, kerana pada penilaian tahun itu borang permohonan dar SJKC Yoke Min belum sampai dan jumlah RM10,000.00 itu atas rayuan Adun Bangi agar diperuntukkan juga bagi SJKC Yoke Min, maka diluluskan RM10,000.00. Ini bermakna permohonan sebenar dari SJKC Yoke Min pada kali ini adalah merupakan permohonan kali pertama Sekolah itu. Berdasarkan banyaknya perkara yang mau dibaiki dan diadakan disekolah itu amat wajar ditambah lagi permohonan Sekolah tersebut. Atas hujah ini dan mungkin juga kesungguhan Adun satu-satunya Adun Muslim yang datang bagi membela dan menyokong permohonan dari SJKC Yoke Min, Pekan Bangi ini, maka ditambah peruntukan kepada RM100,000.00. Adun Bangi mengucap syukur kepada Allah di atas kelulusan sejumlah ini menyamai jumlah yang diperuntukkan kepada SJKC Ijok Dun Menteri Besar Selangor. Insya Allah satu Majlis Penyerahan cek secara bermakna akan diatur oleh Adun – Insya Allah.

Sekian.
No comments:
Post a Comment