November 30, 2012

Sunathon Teramai Di Dun Bangi Bertempat Di Kompleks Pendidikan Islam

BBB, 13 Muharram 1433 = 25 November 2012 (Ahad):

Jam 9.00 pagi ini Adun menghadiri Majlis Berkhatan paling ramai setakat ini di Dun Bangi. Iaitu seramai 101 orang anak-anak. Majlis bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi. Majlis yang dinamakan `Sunathon Amal` ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Hospital Pakar An-Nur BBB, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Bangi dan IKRAM.


Hadir ke Majlis ini Y.B.Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Ybhg. Dr. Tajul Ariffin Noordin, Pengerusi Kompleks Islam BBB, Tuan Haji Shahrum Mohd Sharif Ketua Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Tuan Haji Sufyan Mohd Nor Pengerusi Pertubuhan Ikram, Dr. Amin Mohd Daud yang mengetuai 12 tenaga pakar yang mengendalikan khatan. Turut sama hadir ialah para ibu bapa dan anak-anak. Pada sebelah pagi sebelum berhimpun di Dewan Pihak Penganjur, ibu bapa bersama anak-anak berarak keliling kawasan hadapan warung makanan dan pulang kembali ke Kompleks Pendidikan Islam. Sebelum perhimpunan Adun menyampaikan cendera hati bagi setiap daripada anak-anak. Kemudian Majlis berpindah ke dalam Dewan Sekolah.


Memulakan majlis, Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku Tuan Rumah mengucap terima kasih kepada hadirin. Beliau memaklumkan bahawa inilah kali pertama kompleks Pendidikin Islam bersama rakan-rakan menganjurkan Majlis Berkhatan sedemikian. Beliau juga memaklumkan bahawa kos bagi membangun bangunan kompleks yang sedang digunakan adalah hingga kini berjumlah RM2.7 juta dan masih memerlukan lagi dana bagi melengkapkan bangunan, 75% dari perbelanjaan adalah hasil dari derma orang ramai. Ybhg, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur Tuan Haji Shahrum melahirkan kegembiraan melihat begitu ramai yang hadir bagi meraikan anak-anak yang berkhatan. Menurut Pengarah Hospital An-Nur itu bahawa pihak Hospital An-Nur mengadakan majlis sebagai satu kegiatan kebajikan An-Nur bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Kegiatan seperti ini diadakan setiap tahun dan berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.


Adun Bangi juga bercakap dan berterima kasih di atas jemputan. Beliau juga rasa gembira dengan begitu ramai yang menyertai khatan. Kompleks Pendidikan Islam menyediakan kemudahan yang selesa untuk Majlis Berkhatan. Kompleks ini akan menjadi `land mark` penting di Bangi yang istimewa dengan berbagai-bagai kegiatan termasuk kebajikan dan kemasyarakatan. Menurut Adun pada masa tutup Sekolah ini adalah masa yang paling sesuai bagi anak-anak untuk berkhatan. Dengan mengadakan Majlis Berkhatan secara berjamaah adalah lebih murah. Adun bercakap, bahawa acara berkhatan melahirkan beberapa nilai murni kebudayaan seperti membaca marhaban, bersalawat, berarak, berkompang dan bersilat. Tradisi ini seharusnya kita pertahan sebagai nilai budaya murni masyarakat umat Islam – terutama bagi budaya Melayu-Islam.



Selepas daripada majlis Ucapan perasmian Adun bersama Tuan Haji Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin sekali lagi menyampaikan cenderahati bagi setiap anak-anak. Kemudian Dr. Amin bin Mohd Daud menyampaikan penerangan mengenai khatan, bahawa hari ini adalah khatan secara biasa, bukan secara clamp. Bermula dengan suntikan pelali sehingga rasa kebas. Khatan mengambil masa 20 minit seorang. Biasanya tidak banyak mengeluarkan darah, tapi jika berlaku pendarahan, usaha menyekatnya dilakukan, tetapi jika serius, maka dibawa kembali ke Klinik untuk dipulih dan diubat. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya jangan bimbang.


Selepas Adun, En. Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin, bergerak ke Dewan khatan yang dibuka dinding pemisah yang menjadikan kawasan agak luas. Khatan secara ramai berterusan dan mana-mana yang selesai berkhatan dibawa di dewan bersebelahan yang agak luas. Mereka diatur duduk diruang Dewan dengan jumlah yang agak ramai. Sementara itu bagi memenuhi masa ibu bapa dan yang datang menunggu selesainya berkhatan, para hadirin berpeluang mendengar ceramah bertajuk, ``Anak, musuh atau sahabat ke Syurga` disampaikan oleh Ustaz Abd. Rahim Ketua Unit Pendidikan Islam Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Selepas upacara Perasmian itu para tamu dijemput minum. Dengan ramainya Doktor dan pembantu, majlis berakhir agak segera, iaitu tengahari jam 1,00.

Sekian.

November 29, 2012

Hutan Simpan Atau Hutan Warisan ?


Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, 28 Muharram 1434 = 13 November 2012 (Selasa):


Pagi ini Adun Bangi memohon izin Dato` Speaker bagi membahaskan tentang Program Pembangunan Hutan di bawah Vot B10/P10 butiran 505000 yang objektifnya ialah mengendalikan pengurusan hutan sebaik mungkin.

Pada permulaan Adun mempersoalkan istilah `Hutan Simpan` yang maknanya ialah menyimpan dan membiarkan hutan dengan keadaan semula jadinya tanpa mengganggunya. Tetapi maksud sebenarnya seharusnya ialah mengekalkan hutan dan mengambil manfaat darinya tanpa melakukan kerosakan. Dalam hal ini Adun berpendapat lebih sesuai dinamakan ``Hutan Warisan`. Dengan istilah ini bermaksud, `Hutan adalah harta warisan Generasi dan Negara yang perlu berterusan dipelihara dan diambil manfaat darinya. Hutan boleh disifatkan sebagai Emas Hijau`

Mengambil manfaat dari Emas Hijau ini bukan bermaksud umpamanya dengan memotong pokok balak secara terkawal tanpa merosakkan hutan, tetapi mengambil manfaat adalah begitu banyak cara, tanpa merosakkan hutan.

Dari dalam hutan dapat dimanfaat, misalnya dengan memperkenalkan gunung yang ada di dalam sesuati hutan dan dijadikan daya tarikan pelancong. Misalnya menganjur pendakian Gunung Nuang , Hulu Langat atau mendaki Banjaran Titiwangsa.

Faedah juga dengan mengenalpasti pusat-pusat rekreasi dalam hutan. Misalnya dengan menemui aliran sungai, Gua, batang pokok tertua dan sebagainya dipelihara dan dijadikan sebahagian dari distinasi pelancongan.

Hutan Warisan juga dimanfaat ialah dengan cara mengenal herba-herba yang boleh dijadikan obat dan penawar penyakit. Contoh tongkat Ali, ubi jaga, daun bidara dan sebagainya yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan perubatan,

Hutan Warisan bermakna, boleh dinikmati alam flora & fauna yang juga menjadi tarikan pelancong contoh mendapat pokok orkid asli, teratai dan menikmati keindahan Periuk Kera. Selain dari alam flora, di samping mengenali dan menikmati batu-batan biasa, batu kapur dan yang bersifat kristal, juga mengenali berbagai haiwan di kaki gunung hinggalah ke puncak. Hutan Warisan, misalnya dapat mengenali orang utan, kera dan monyet yang mendiami hutan.

Mengambil manfaat dari Hutan Warisan tidak bererti hasil hutan boleh dikeluarkan secara langsung seperti kayu-kayu balak yang keluarannya seharusnya dikawal atau kalau perlu ditegah langsung dari mengeluarkannya.

Hutan Warisan antara lokasinya dijadikan tempat rekreasi yang boleh menarik Pelancongan contoh seperti Hutan Rekreasi Hulu Langat yang terkenal dan pada akhirnya hutan menjadi makmal penyelidikan bagi pusat pengajian tinggi. Berdasarkan kepada apa yang dikatakan di atas, maka sesungguhnya Hutan Simpan adalah lebih tepat dimaksudkan Hutan Warisan. Bagi kepentingan memulihara hutan dan mengambil manfaat daripadanya. Semua pihak yang ada hubungan memulihara dan juga menjadikannya objek tarikan pelancongan. Pihak yang ada kaitan dengan warisan seperti PADAT, Jabatan Warisan, Pelancongan, budaya, Jabatan Hutan perlu bekerjasama bagi mengekal dan memulihara hutan serta mengambil faedah darinya.

Puan Elizabeth Wong Keat Ping selaku Exco Pelancongan bersetuju dengan apa yang diucap dan dicadang oleh Adun Bangi. Menurut kata Y.B. Elizabeth, ``Saya ingin maklum pada Bangi dan juga ahli-ahli Dewan bahawa bila kita mengatakan hutan simpan, hutan simpan kekal ada pelbagai kategori bukan sahaja maksud simpan sahaja. Tapi ada hutan lipur, ada hutan pelindungan, ada hutan pengeluaran dan sebagainya. Jadi walaupun secara amnya adalah hutan simpan kekal tapi ia ada use kegunaan yang telah digazet atau dizonkan. Jadi bukan masalah kalau maksud saya ialah kita bukan simpan sahaja tapi kita memang ada pelbagai kegunaan untuk masyarakat. Masyarakat public, masyarakat saintifik dan sebagainya. Sebagai contohnya dekat hutan simpan Air Hitam. Kawasan itu ada double gazette, dua gazette, dua warta. Termasuk warta untuk Universiti Putra Malaysia (UPM) Bahagian Sains dan Konservasi. So mereka sudah adakan program Scientific Expectation sebagainya. Itu pun satu kegunaan untuk hutan simpan kekal yang sedia ada di Negeri Selangor. Kita ingin komuniti sains untuk manfaat dan juga mahasiswa dan sebagainya. Isu tentang dapat atau pendapatan ataupun hasil, saya rasa kerajaan negeri ataupun Negeri Selangor sekarang telah sampai ke satu tahap di mana kita tidak perlu bergantung kepada pengeluaran hasil hutan yang biasa seperti balak, ataupun kauri dan lain-lain. Kita sekarang memang dah cukup pelbagai hasil yang boleh kita dapat daripada hutan simpan kekal. Sebagai contoh kita ada permit penggunaan untuk resort untuk syarikat yang adakan rekreasi, ada tapak dan sebagainya.``

Tambah Y.B. Elizabeth, tempat-tempat rekreasi dan hutan lipur boleh ditambah untuk tarik pengunjung dan pelancong dengan menaik taraf infrastruktur dan jalan. Tambah Y.B. Elizabeth lagi, membuka kawasan hutan untuk dimanfaat dari herba ada baik dan buruk. Baik dapat bahan herba. Buruknya boleh merosak dan memupus bahan-bahan herba. Sebab itu perlu dikawal,.Bukan saja herba, tapi periuk kera, orkid hutan dan tongkat Ali juga berkurangan apabila diambil oleh pengunjung dan pencari. Sebab itu hutan kekal tidak digalakkan untuk dibuka kepada orang ramai. Hutan lipur juga kita lihat kesesuaian untuk dibuka. Setakat ini kita ada 10 hutan lipur di Selangor. Kita keluarkan pamphlet mengenai hutan lipur. Kita harap orang ramai boleh melawat hutan-hutan lipur berkenaan. Terima kasih kepada Adun Bangi yang banyak memberi maklumat dan kita akan beri perhatian.

Sekian.

November 28, 2012

Pembinaan Jalan Di Dun Bangi


Dewan Negeri Selangor, 13 Muharram 1434 = 27 November 2012 (Selasa):

Adun Bangi hari ini berpeluang bercakap dalam Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa Dewan Negeri Selangor atas Vote B12, Butiran 505500 – JKR Hulu Langat, hlm. 391.

Pertama sekali Adun Bangi mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan JKR yang telah, sedang dan bakal membina jalan-jalan berikut:

I – Jalan Sudah (Baru) dibina:
  • Sungai Ramal Dalam 9 batang jalan (Jalan Utama dari Seksyen 8 Bandar Baru Bangi merentasi Sungai Ramal Dalam) ke Bangunan IKS berhampiran stesyen Shell dan 8 batang jalan Kampung).
  • Sungai Ramal Luar = 4 batang jalan
  • Sungai Tangkas = 2 batang jalan
  • Kg. Bangi = 2 batang jalan
  • Kg. Bahagia = 2 batang jalan
  • Teras Jernang = 3 batang jalan
  • Taman Jasmin = 1 batang jalan
  • West Country = 1 batang jalan
  • Bukit Mewah = 1 batang jalan
  • Bukit Mahkota = 1 jalan utama
  • Seri Putra = dibina Pemaju

II. Jalan Dalam Pembinaan

Fasa Pertama: Dari Jalan Reko, Kajang ke lampu isyarat Teras Jernang. Jalan dua hala dua laluan sebelah. Menurut En. Jalal Pegawai Bertanggungjawab Jalan Raya, Shah Alam. Peruntukan bagi projek ini RM49 juta.

Fasa Kedua: Dari Jalan Teras Jernang ke Masjid Teras Jernang dan ke bulatan UKM. Menurut En. Jalal Kos bagi Fasa II ialah RM23 juta.

Jalan Lekas – Kajang Seremban lencong ke Pekan Bangi dan pembinaan flyover. Adalah difahamkan kos flyover RM20 juta.

III. Akan Dibina

Fasa Tiga : Jalan dari lampu isyarat Teras Jernang ke Pekan Bangi. Akan dibangunkan secara usahasama antara JKR dan Syarikat Perumahan Masing Group. Syarikat ini akan membina perumahan di atas tanah ke Pekan Bangi dan tanah bersebelahan Highway Plus. Menurut En. Jalal – Memerlukan masa.

IV. Permintaan Sekarang

  • Menurap jalan dari Seksyen 9 hingga ke Tol Kajang. Jalan ini banyak rosak sejak musim hujan.
  • Menurap jalan-jalan kilang pada bahagian yang telah rosak.
  • Memperbaiki perparitan bagi jalan dihadapan Seksyen 4 Tambahan. Sering banjir, kerana perparitan sempit.
  • Meminta TNB segera pasang lampu pada tiang-tiang yang telah didirikan antara UKM hingga ke Pekan Bangi.

V. Permintaan Untuk Jangka Panjang

  • Membina Flyover di atas Bulatan Tol Bangi. Bagi mengatasi kesesakan, terutama pekerja-pekerja kilang.
  • Membina flyover di atas Bulatan ke UKM. Bangi mengatasi kesesakan dan melancarkan lalu lintas dari semua arah.
  • Membina flyover di atas Bulatan dari Empat Tambahan ke Seksyen 4, 7 dan 9. Jalan yang berterusan sibuk. Dapat melicinkan lalu lintas.
  • Segera membina flyover dari Kajang Utama ke Bandar Baru Bangi, Jalan keluar Kajang Utama yang kini terkepung dan terpaksa membuat pusingan ke tol untuk ke Kajang dan Bandar Baru Bangi. Merugikan masa dan kos perjalanan (tanggungan bersama syarikat-Syarikat perumahan – terutama Metro Kajang).
  • Membina jalan keluar yang selesa dari Malaysian-German Institute dan KWSP ke Jalan Kajang - Bangi.
  • Membina jalan rasmi menghubungkan Sungai Tangkas-Kajang Utama ke Taman Teknologi.
  • Mengambilalih dan menyelenggarakan jalan Pekan Bangi ke Impian Putera, Seri Putra.

Sekian.

November 27, 2012

Isu-Isu Dibangkit Adun Bangi Di Dewan Negeri Selangor & Cadangan-Cadangan


Dewan Negeri Selangor, 12 Muharram 1434 = 26 November 2012 (Isnin):

Hari ini Adun Bangi berpeluang membangkitkan banyak isu, antaranya:

a) Polisi Mengenai Sejarah & Warisan Selangor Di Kuala Lumpur

Bercakap di dalam Mesyuarat Jawatakuasa Dewan Vot B02 Pelbagai Perkhidmatan 2,900, Butiran 505000 (42,000 Perbelanjaan Dalam Negeri) pecahan 2 dalam mana Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan yang diberi peruntukan 2012 sebanyak RM8,500,000 dan pada tahun 2013 RM8,600,000. Adun memohon agar dibuat polisi, meskipun Kuala Lumpur (W.P) diserahkan kepada Kerajaan Federal pada 1974, bahawa Selangor mempunyai hak terhadap sejarah dan warisan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian dari sejarah dan Warisan Selangor, Sejarah dan Warisan di Kuala Lumpur adalah warisan Selangor (kecuiali hasil warisan selepas penyerahan) baik dari segi politik, pentadbiran, ekonomi, perhubungan, perusahaan dan sebagainya. Selangor hendaklah bekerjasama dengan Wilayah Persekutuan dalam memulihara bahan sejarah, warisan dan permuziuman dan sama menmgambil manfaat daripadanya. Kerjasama juga harus dibuat bagi memperkenal dan mempromosikan bahan-bahan warisan yang menarik minat pelancong agar mereka sama datang ke Selangor.

Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim menyokong cadangan, bahkan menambah kajian perlu dibuat dalam konteks Selangor berhubung dengan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi venue perhimpunan politik perjuangan kemerdekaan, termasuk juga perlu sama diberi perhatian terhadap Kampong Baru.

b) Penggunaan Tanah Di Selangor

Adun membuat soalan tambahan kepada Tuan Speaker dalam sesi Menjawab Soalan Adun-Adun berhubung dengan keperluan bagi mengambil tanah untuk kepentingan awam seperti Sekolah dan pembinaan MRT yang melibatkan pengambilan tanah terutama milik individu yang tidak mempunyai tanah lain. Apakah tindakan kerajaan. Menurut Y.A.B. Dato` Menteri Besar, Kita perlu adil didalam soal memberi kemudahan kepada rakyat dan menjaga hak individu, antaranya jika tidak boleh dielak dari kegunaan tanah ialah dengan membayar pampasan dan menggantinya di tapak yang lain.

c) Perlu Kepada Muzium Padi Tersendiri

Adun juga memberi penjelasan atas permohonan Adun Sekinchan (Y.B. Ng Suee Lim) mahu didirikan Muzium Padi di Sekinchan. Adun memaklumkan bahawa di Sabak Bernam yang mana Sekinchan adalah di bawah Sabak Bernam, sudah ada Muzium Pertanian maka muzium di sini dapat dipeluaskan penggunaannya termasuk pameran mengenai Padi Sekinchan (sudah ada pameran bahagian padi biasa), manakala Sawah Padi di Sekinchan boleh dijadikan Muzium Hidup. Berhubung dengan cadangan mewujudkan Galeri Padi boleh dipertimbangkan. Pihak PADAT akan turun membuat kajian kewajaran dan kesesuaian. Tertakluk juga pada kewujudan tapak yang sesuai, antaranya bagi tarikan kehadiran pelancong.

d) Kenaikan Gaji – Elaun Nazir, Jawatan Pekerja PADAT, Guru Agama dan Penguatkuasa

Ketika dibincangkan tentang gaji - Vot BO9, tentang elaun Adun lebih rendah dari elaun Ahli Majlis Perbandaran, Adun mencadangkan agar elaun kehadiran bersidang Adun-Adun dibayar secara terus, tidak perlu dibuat tuntutan, kerana kehadiran mereka diambil setiap hari dan diketahui dari tempat mana mereka datang. Adun juga mebangkitkan elaun Nazir Masjid yang hanya RM200/= sebulan. Patut ditambah elaun mereka dengan kadar berpatutan.

Adun Bangi juga membangkitkan soal Pekerja Sementara` antaranya seperti di Padat, Penguatkuasa di JAIS, Guru Agama dan agensi-agensi yang lain. Adun minta diberi perhatian agar pekerja-pekerja yang bersifat sementara, jika wajar dan memenuhi syarat diserapkan menjadi pekerja tetap. Kita kasihan melihat pekerja-pekerja kontrek ini ada yang berpuluh tahun bekerja pernah diminta berhenti kerja, sedangkan mereka ada rumah perlu dibayar, anak perlu belajar, ada pinjaman kereta dan hutang yang lain. Jadi bila menerima surat arahan berhenti kerja, betapa luluhnya hati mereka menghadapi beban yang diterima. Jika diserapkan menjadi jawatan tetap tentulah mereka bergembira, bersyukur dan bekerja lebih dedikasi lagi. Y.A.B. Dato` Menteri Besar mencadangkan kedudukan sementara mereka janganlah melebihi 10 tahun, jika tidak perlu dimaklumkan, jika melebihi dari 10 tahun perlu dijadiakn mereka pekerja tetap, agar mereka tidak teraniaya dan terjamin hidup mereka dan juga keluarga.

e) Seni Bina Dewan Tambahan

Ketika dibicarakan tentang perlunya ahli-ahli dewan mempunyai bilik sendiri dan cadangan mendirikan sebuah lagi bangunan bagi keperluan berkenaan dan bilik-bilik mesyuarat Adun Bangi mencelah cadangan, bahawa bangunan yang akan didirikan hendaklah mengambil kira dari segi estetika seni binanya perlu wujud elemen seni bina tempatan yang mungkin berciri moden + Tempatan + Islam. Bangunan sekarang tidak mencerminkan ciri sedemikain (kecuali motif bunga tanjung dalam bangunan). Bangunan SSAAS adalah berbentuk moden, Bangunan Dewan Negeri berbentuk Greeco-Roman, Nama bagi bangunan tambahan baru perlu berunsur tempatan (Selangor) seperti `Puri Dewan Negeri`, tidak seperti Dewan Annex sekarang, agak barat namanya, pada hal ada istilah yang lebih sesuai contoh `Dewan Anjung` dan sebagainya.

Sekian.

November 26, 2012

Sunathon Sebahagian Dari Kegiatan Surau: Upacara Di Surau Al-Muhajirin & Al-Ittifaqiyah

Dun Bangi, 11 Muharram 1434 = 25 November 2012 (Ahad):


Kebanyakan acara berkhatan biasanya dianjur atau dengan kerjasama surau. Ini mencerminkan peranan surau bukan setakat tempat ibadat, tetapi juga bagi kegiatan ilmu dan kemasyarakatan. Pada musim tutup sekolah ini antara kegiatan yang dianjur atau dengan kerjasamna surau ialah melaksanakan ibadah berkhatan. Ini bermakna masyarakat Islam setempat begitu rapat dengan surau. Pihak surau biasanya menjadi penganjur berkhatan dengan kerjasama beberapa pihak. Penganjuran melalui surau lebih mudah, lebih murah dan mendapat kerjasama masyarakat setempat. Kini mengadakan acara berkhatan di rumah agak kurang dan ibu bapa lebih suka menyertai khatan anak-anak mereka di surau daripada menghantar terus ke klinik atau hospital. Bagi anak-anak adalah lebih suka berkhatan secara beramai-ramai bersama kawan-kawan dari berseorang. Ada semacam kemeriahan bila upacara sedemikian diadakan secara ramai-ramai di surau. Pihak yang terlibat dengan kerja ibadat sedemikian tidak merasa kekok, bahkan menyenangkan.


Demikianlah pada pagi ini Adun dijemput hadir ke Majlis berkhitan yang juga dibuat di surau. Pertama mulai jam 8.00 pagi Adun dijemput menyertai acara berkhatan di Surau Al-Muhajirin di Kajang Utama. Setiba Adun di Surau Al-Muhajirin Kajang Utama, majlis perarakan sedia untuk bermula. Pihak Surau, ibu bapa dan anak-anak berhimpun di jalan ke bawah daripada surau. Himpunan disertai pasukan kompang. Majlis bermula dungeon salawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan berjalan dan diikuti dengan kumpulan kompang. Perarakan sengaja mengelilingi beberapa lorong perumahan seolah-olah menghebahkan kepada masyarakat acara berkhatan yang diadakan dan setelah perarakan berjalan lebih kurang setengah jam maka tiba balik ke pekarangan surau.


Di anjung surau bermula majlis perasmian. Antara yang hadir dan sama berarak ialah Y.B.Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, saudara Azhar Pengerusi Surau, Tuan Haji Abdul Razak, Timbalan Pengerusi Surau, saudara Ibrahim Martibi Ketua Rukun Tetangga Kajang Utama. Berucap di dalam majlis ialah saudara Azhar yang mengalu-ngalukan kehadiran tamu dan ibu bapa. Menurutnya Sunathon kali ini diadakan selepas majlis seumpama ini diadakan tiga tahun yang lepas. Menurut saudara Azhar, jumlah anak-anak yang akan berkhatan pada hari ini ialah seramai 22 orang – termasuk seorang anak Kristian yang direstui keluarganya untuk turut berkhatan. Beliau mengucapkan terima kasih traumata kepada pihak Hospital Kajang yang menghantar 2 orang doktor bagi menyempurnakan program Sunathon. Manakala Y.B. Teo Nie Ching berterima kasih kerana dijemput hadir ke majlis, walaupun beliau, kata Y.B. Teo Nie, ` Saya bukan orang Islam`, tambahnya, ``Ini bererti amalan sunathon sesuatu yang baik yang boleh diikuti dan diamalkan oleh yang bukan Islam. Contoh seorang anak beragama Kristian turut sama berkhatan. Beliau menasihati anak-anak, `` Jangan takut, kerana tidak sakit.``


Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya merasa sukacita melihat majlis dianjur oleh pihak surau sebagai khidmat kemasyarakatan. Adun berkata, ``Anak-anak tidak janggal berkhatan di surau, kerana surau tempat biasa bagi anak-anak yang tinggal berdekatan dengan surau. Adun menyatakan berkhatan pada tutup Sekolah ini paling sesuai, kerana anak-anak tidak lagi tertekan dengan pelajaran dan lebih berada di dalam ketenangan. Berikutan dari merasmikan majlis, Adun sudahi dengan doa semoga Allah memberi keselamatan dan segera sembuh.


Selepas dari Majlis Perasmian Adun bersama Y.B.Teo Nie Ching menyampaikan kain pelikat dan sama-sama menyampaikan cenderahati kepada anak-anak yang berkhatan.

Sementara itu Adun memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan majlis kerana mempunyai program sunathon di tempat lain. Adun berharap Y.B. Teo akan terus bersama majlis di sini bagi meraikan anak-anak berkhatan.


Majlis berkhatan kedua pagi ini yang Adun akan hadir ialah di Surau Al-Ittifaqiyah Seksyen 7 berdekatan Kajang Impian, Bangi. Acara berkhatan di sini berasaskan surau yang dikenali dengan nama Surau Al- Ittifaqiyah. Ini adalah pertama kali surau ini mengadakan Majlis Berkhatan. Pada masa ketibaan Adun . pihak AJK, ibu bapa, peserta khatan sudah berada di jalan hadapan surau bagi memulakan perjalanan. Perarakan di sini agak berlainan dari Kajang Utama. Iaitu secara anak-anak dibawa berarak di atas kereta, dibelakangnya ialah pasukan bermotor berkuasa tinggi. Majlis ditangguhkan sekejap, kerana memberi laluan kepada Adun Bangi untuk berucap. Adun bersyukur kepada Allah masih berkesempatan hadir bersama penduduk. Adun menyebut upacara berarak anak-anak berkhatan menjadi kebiasaan bagi upacara berkhatan. Ianya meningkat menjadi satu budaya umat, khususnya bagi masyarakat Islam di Bangi. Dalam majlis ini terdapat elemen kesenian seperti salawat dan marhaban terhadap Junjungan Rasulullah s.a.w. sebelum kereta yang membawa anak-anak berkhatan bergerak dan diikuti pasukan bermotor mengelilingi kawasan taman. Oleh kerana masa Adun terhad dan perlu hadir ke majlis berkhatan yang lain,, maka Adun menyerahkan buah tangan yang merupakan kain pelikat dan sagu hati kepada setiap anak-anak yang berkhatan berjumlah seramai 11 orang kepada Encik Azli Yusof Pengerusi surau al-Ittiufaqiah untuk dibahagi-bahagikan kepada anak-anak. Adun meminta maaf dan terpaksa bertolak bagi menghadiri ke Majlis Berkhatan ketiga pada pagi ini.

Sekian.

November 25, 2012

Moko, Pemberdayaan Wanita & Diskriminasi Gender: Anekdot

Dewan Negeri Selangor, 09 Muharram 1434 = 23 November 2012 (Jumaat):


Lima hari bersidang di Dewan Negeri Selangor (19-23 November), berbagai-bagai isu dibangkitkan. Sidang kadang-kadang hangat bila ada isu menggugat. Kadang-kadang pecah ketawa bila ada isu melucukan terbawa. Antara yang tercetus juga tentang istilah yang antaranya agak asing, janggal dan kontradik!

Hari pertama (Isnin 19 November) bersidang, ketika Y.B. Dr. Yaakob Sapari Exco Pemodenan Pertanian, Penggunaan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan menjawab soalan mengenai masalah penyakit pisang disebabkan oleh penyakit dikenali dengan `Moko` Adun Bangi bangun memohon dari Tuan Speaker membuat soalan tambahan, ``Tuan Speaker adakah `Moko` perkataan Jawa atau istilah saintifik ! Tapi gaya sebutannya macam Jawa – Ahli Dewan Ketawa. Y.B. Dr. Yaakob menjawab, ``Moko istilah saintifik yang memaksudkan kepada virus yang merosakkan tanaman pisang``. Adun mencelah, ``Mungkin dipinjam dari istilah Jawa.`` Sekali lagi ahli Dewan Ketawa. Menurut Dr. Yaakob penyakit Moko setakat ini masih lagi tidak dapat dibasmi kecuali pindah pokok pisang dari tapak yang berpenyakit Moko ke tapak yang baru. Kekurangan pisang, terutama pisang nipah kini kerana merebaknya virus penyakit berkenaan.

Pada hari ketiga Y.B. Puan Hajah Rodziah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan menimbulkan perkataan `Pemberdayaan Wanita` yang kalau salah tanggap semacam `Memperdayakan`. Adun Bangi juga bangun mohon keizinan dari Tuan Speaker dan bertanya, ``Tuan Speaker dari mana sebenarnya istilah `Pemberdayaan` yang agak janggal sebutannya ? Y.B. Puan Rodziah memberi jawapan, Ia memaksudkan semacam memberi kekuatan atau keupayaan kepada wanita.

Selepas pulang dari Sidang Dewan, ketika di rumah, selepas Subuh, Adun ingin mendapat kepastian tentang maksud kedua-dua istilah di atas. Adun dapati, tiada istilah`Moko` baik di dalam Kamus Dewan atau Kamus Longman atau Oxford-Fajar Dictionary. Penyebutan `Pemberdayaan` juga tidak ada di dalam Kamus Dewan (Dengan penambahan dan sebutan Pemberdayaan!).

Pada hari (Khamis 22 November) Y.B.Puan Rodziah menjawab soalan Adun Bangi berhubung dengan `Diskriminsi Gender` dan menurut beliau ada diskriminasi terhadap wanita seperti dalam pekerjaan dan pendapatan.

Esoknya timbul lagi jawaban oleh Y.B. Puan Hajah Rodziah, kali ini tentang pemeriksaan dan rawatan percuma terhadap pesakit kanser perempuan. Adun Bangi bangun mohon izin dari Tuan Speaker membuat soalan tambahan.
``Tuan Speaker, semalam Batu Tiga (Y.B.Rodziah), menyatakan ada berlaku diskriminasi terhadap wanita, Adun berhujah, bahawa diskriminasi juga berlaku terhadap kaum lelaki. Contoh perkhidmatan mengesan penyakit kenser percuma diberi kepada kaum wanita? Ahli Dewan Ketawa. Tambah Adun, `Orang lelaki juga sakit termasuk penyakit kanser! Mengapa tidak diadakan skim pemeriksaan kanser lelaki percuma! Atau Skim pemeriksaan bagi mengesan kanser bagi semua tanpa membezakan gender.

Y.B. Rodziah menjawab, beliau mengkhususkan kepada Wanita, atas kapasiti beliau menjaga Hal Ehwal Wanita.

Adun berhujah Pemeriksaan percuma kanser dan lain-lain boleh juga dilihat dari segi kebajikan yang juga di bawah Exco Puan Rodziah. Sebenarnya tidak ada diskriminasi gender antara lelaki dan perempuan, wujudnya jantina (gender) bagi kesempurnaan dan kelangsungan hidup– yang ada adalah hikmah kasih sayang. Bagi lelaki wanita adalah ibu, isteri, anak, kakak, adik yang menjadi laut kasih sayang begtitu juga sebaliknya bagi wanita. Diskriminasi terjadi bila hilang kasih sayang misalnya antara majikan dengan pekerja yang mementingkan keuntungan dan hilang kemanusiaan!

Adun Bangi bercakap kembali tentang istilah – Moko dan Pemberdayaan, tidak ada di dalam Kamus dan kamus yang lain. Sedang Adun Bangi bercakap Y.B.Dr. Yaakob mengunjuk kepada Adun sekeping kertas di dalamnya tercatat maklumat nama saintifik Bakteria Moko ialah `Rolstonia solanaceoivm` yang nampaknya beliau mencari istilah bagi virus yang merosakkan tanaman pisang itu bagi menjawab pertanyaan Adun Bangi. Walau bagaimana tidak timbul istilah `Moko` dalam istilah saintifik ini. Nampaknya nama Moko masih samar dan masih tidak terjawab dari segi asal usulnya.

Sekian.

November 24, 2012

Isu-Isu Dibangkit Adun Bangi Dalam Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa Dewan Negeri

Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, 09 Muharram 1434 = 23 November 2012 (Jumaat):


Mesyuarat Dewan Negeri Selangor pada peringkat Jawatankuasa memperuntukkan 3 jam pada petang ini (2.30-5.30) untuk ahli-ahli Dewan mengutarakan isu-isu berhubung dengan Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan. Seseorang yang mendapat peluang diberi masa sebanyak 20 minit untuk membangkitkan isu-isu berhubungan.

Adun Bangi salah seorang yang diberi peluang oleh Tuan Pengerusi (Tuan Speaker) berucap di dalam Mesyuarat Pada Peringkat Jawatankuasa. Di dalam ucapannya Adun Bangi merujuk kepada Vot BO1 Butiran 505000. Adun Bangi bercadang menyentuh 3 isu:

1) Bil. 18 Di Bawah Jawatakuasa Tetap Luar Bandar
2) Bil. 15 Di Bawah Jawatakuasa Infra-Struktur Dan Kemudahan Awam
3) Bi. 32 Di Bawah Jawatankuasa Tetap Perumahan.

Di bawah Bil. 18, Adun membangkitkan persoalan banjir yang banyak membawa kerosakan dan kerugian yang berlaku secara bersiri, tetapi berlainan masa dan tempat:

a) Pertengahan April 2012 banjir berlaku secara teruk di Hulu Langat yang merosakkan rumah, jalan dan harta.
b) 4 September 2012 Banjir berlaku di Sungai Ramal Luar (Air melintas highway Plus hadapan Country Height & UPM – haling laluan) dan Sungai Ramal Dalam juga Seri Serdang yang juga memusnahkan rumah dan barangan.
c) 5 November banjir berlaku di Sepang dan Bukit Changgang, Kuala Langat
d) 11 November 2012 Banjir di Pekan Bangi dan Jalan Reko
e) 16 November 2012 Banjir di Jalan Reko.

Akibat dari hujan berlaku Tanah Runtuh seperti di Bukit Mewah, Kajang Baru, Jalan Reko dan Kampong Bahagia, Pekan Bangi. Adun mau tahu apakah tindakan yang diambil. Bilakah sebenarnya tanah runtuh di Kajang Baru mau dibaiki yang dikatakan peruntukan sudah ada itu?

YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim menjawab dan meminta kepada pihak Pejabat Daerah dan MPKj mengambil perhatian. YAB juga berjanji untuk memanggil Pertemuan Pegawai-Pegawai Daerah, Ahli-Ahli MPKj, jurutera, penghulu dan Ketua-Ketua Kampong untuk membincangkan masalah-masalah.

Di Bawah Bil. 15 Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan kemudahan Awam.

Adun mengucap terima kasih kerana melalui Grand Selangor dan Peruntukan MARIS, maka hampir semua kawasan yang ditunjuk oleh Adun baik di kampong, Desa, pekan dan taman menerima peruntukan dan pembaikan jalan. Mislnya Sungai Ramal Dalam mendapat pembaikan jalan dari Seksyen 8 Bandar Baru Bangi hingga hampir ke Stesyen Shell di Sungai Ramal Luar. Sungai Ramal Dalam juga mendapat jalan baru, 8 batang jalan kampong ditarkan. Terima kasih kepada penduduk yang menaikkan postar terima kasih kepada Adun Bangi dan Kerajaan Negeri Selangor di atas pembinaan jalan-jalan berkenaan. Kampong-kampong lain juga menerima penurapan jalan. Misalnya Kampong Bangi dan Kampung Bahagia yang antaranya penurapan sampai ke hujung, walaupun untuk sebuah rumah.

Adun berterima kasih janji JKR akan membina jalan dua hala dari Jalan Reko ke Hujung Jalan UKM bagi fasa pertama, walau bagaimana tarikh sebenar bagi Jalan dua hala Fasa Pertama dari Jalan Reko ke penghabisan pagar UKM belum diketahui walaupun dikatakan tender sudah dikeluarkan dan untuk Fasa 2 dari UKM ke Pekan Bangi berikut dari itu. Adun harap segera dibina. Terima kasih juga kepada pihak JKR yang menanam 70 batang tiang lampu dari UKM ke Pekan Bangi. Tapi pasang tiang saja tidak bermakna tanpa adanya api. Setakat ini 3 daripada 70 batang yang dipasang telah rosak dilanggar kenderaan. Sebab itu Adun minta pihak JKR serta memasang wayar dan diharap api segera diadakan. Adun juga mengharapkan jalan dari Seksyen 9 Bandar Baru Bangi ke Tol Kajang perlu dibaiki dan menaiktaraf. Kerosakan amat ketara setelah musim hujan dan amat tidak selesa digunakan.

YAB Dato` Menteri Besar Selangor menyatakan terima kasih pada Adun yang prihatin terhadap kerosakan jalan dan beliau minta pihak JKR, termasuk pejabat Daerah Hulu Langat dan MPKj ambil tindakan berhubung dengan masalah yang dibangkitkan.

Adun mahu meneruskan bagi No. 32, Jawatankuasa Tetap Perumahan, tetapi masa 20 minit yang diperuntukkan kapada Adun tidak cukup dan habis.

Adun Bangi mau membangkitkan tentang rumah pangsa terbengkalai di Sungai Tangkas, masalah perumahan di Cyber Tel yang terbiar, serta bantuan kepada pembinaan 9 kedai yang terbakar di Pekan Bangi dan sekarang dalam pembinaan (Walau bagaimana perkara ini telah dibangkitkan sebelumnya dan surat memohon bantuan bagi pembinaan kembali kedai terbakar telah dibuat kepada Exco Perumahan). Adun memohon dipertimbangkan bantuan. Sesungguhnya Adun juga mengucapkan terima kasih kerana pihak Kerajaan Negeri Pakatan meluluskan pemilikan tanah, 3o lot di Jalan Reko, 50 lot di Kampung Bahagia, 4 lot di Kampung Sungai Ramal Dalam, Adun juga mengharapkan kelulusan segera bagi permohonan tanah penduduk Kampung Bangi yang berjumlah 70 lot itu.

Sekian.

November 23, 2012

Menutup Kem Remaja Bangi 2012

Pekan Bangi, 04 Muharram 1434 = 18 November 2012 (Ahad):


Jam 5.00 Petang ini Adun bersama saudara Azizi ke Surau Al-Ibtidaiyyah, Pekan Bangi bagi menutup Kem Remaja Bangi 2012 yang berlangsung dari 15 – 18 November 2012. Kegiatan adalah berindukkan Surau. Seramai 96 remaja yang umur antara 10 – 18 tahun mengambil bahagian. Remaja-remaja berkenaan bukan saja dari Pekan Bangi tempat diadakan kem, tetapi dari Bandar Seri Putra, Kajang, Bandar Baru Bangi, Cheras dan Putrajaya. Menurut Tuan Haji Sukaimi Rasmi Penasihat bagi Kem Remaja berkenaan,
``Kem Remaja ini bagi mengisi masa lapang remaja di dalam tutup Sekolah, agar mereka bergiat dalam perkara yang memberi faedah bagi mereka.``Menurut Tuan Haji Sukaimi lagi,
``Objektif Kem Remaja ini ialah, bagi mengeratkan hubungan penduduk setempat dengan remaja, memupuk semangat bermotivasi dan berakhlak mulia, melahirkan remaja soleh dan solehah dan mengikis sifat negative menjadi positif.`` Ahli Jawatankuasa antaranya En. Zol Nor Pengarah Satu, Hjh. Suraya Harun Pengarah II, Md. Ruslan Abd. Manap Timbalan Pengarah dan AJK yang lain.


Menurut Sdr. Zol Nor, ``Program dijalankan di Surau Al-Ibtidaiyyah, aktiviti luar dijalankan di Bukit Rupa, Hutan Simpan Kekal UKM. Peserta lelaki bermalam di dalam khemah yang disediakan dan peserta perempuan ditempatkan di Tadika Al-Husna berdekatan Surau.`` Tambah Sdr. Zol Nor lagi, `` Antara pengisian bagi Kem Remaja ini ialah tazkirah, kuliah, solat berjamaah, membaca Al-Qur`an, bengkel, motivasi, jungle tracking. Riadah, gotong royong. Mengenal alam, permainan minda dan kerja secara berpasukan.


Peserta-peserta juga dilatih dengan kemahiran-kemahiran bagi kegunaan biasa dan harian contoh seperti teknik penyambungan paip dan letrik, menanam pokok, teori dan praktikal teknologi simen dan kayu, latihan masakan dan menjahit, klinik badminton. Bagi menjayakan kem remaja ini mereka dibimbing oleh tenaga yang mahir di dalam berbagai bidang di atas. Mereka mendapat kerjasama erat dari penduduk setempat.


Ketibaan Adun Bangi pada jam 5.00 petang ialah bagi menutup Kem Remaja. Majlis diadakan di dalam surau yang penuh dengan peserta dan juga ibu bapa yang datang menyaksikan upacara dan yang datang dari jauh bagi menjemput anak-anak mereka setelah empat hari mengikuti kem berkenaan.


Pada Majlis penutup Kem Remaja Adun mengucapkan syabas kepada AJK kerana dapat mengadakan Kem Remaja dalam masa 4 hari dan dapat menarik peserta hampir 100 orang. Kem ini kata Adun, amat wajar diadakan bagi mengisi masa lapang remaja dan mendidik mereka dengan nilai-nilai positif, bahkan dilatih dengan berbagai-bagai kemahiran yang dapat digunakan di dalam kehidupan keluarga di rumah. Menurut Adun, disamping melatih dan membimbing mereka dengan berbagai kemahiran, mereka juga dilatih secara kerja berpasukan dan bertanding secara sihat. Dengan penyertaan di dalam kem remaja ini juga dapat dicungkil bakat-bakat remaja seperti dalam bidang sukan dan kemahiran. Adun berharap dengan mengikuti kem ini dapat memupuk nilai positif, beribadat secara berjamaah, semangat bekerja dan pergaulan sihat antara remaja dan menghormati pembimbing dan motivator.


Pada Majlis ini Adun menyampaikan sijil, cenderahati yang dimenangi secara individu dan secara pasukan dan kumpulan diberi nama dengan nama sahabat-sahabat dan tokoh-tokoh Islam terkenal. Adun juga menyampaikan Cenderahati dan hamper kepada Peserta remaja Lelaki Terbaik iaitu; Wan Muhammad Azimuddin bin Wan Ahmad. Manakala Peserta remaja Perempuan terbaik ialah:Nor Zafirah bt. Nur Fadhli.

Sekian.

November 22, 2012

Ucapan Adun Bangi Membahas Belanjawan Negeri Selangor 2013

Shah Alam, 06 Muharram 1434 = 20 November 2012 (Selasa):


Hari ini Adun Bangi turut membahaskan Peruntukan Belanjawan 2013. Adun mengkhususkan perbahasan mengenai Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor - PADAT, Rumusan ucapan Adun sebagai Pengerusi PADAT sebagaimana berikut:

Belanjawan bagi 2013 berjumlah RM1,630,000,000.00. Iaitu hasil cukai berjumlah RM584,444, 172.26, hasil bukan cukai sebanyak RM899,803,567.74 dan terimaan bukan hasil cukai sebanyak RM185,752,265.00.

Peruntukan bagi PADAT terletak di bawah B02 bersama dengan 10 jabatan/agensi yang lain di bawah peruntukan bagi belanja mengurus ialah RM74,794,939.00. Peruntukan ini amat kecil jika dibahagi sepuluh. Perbelanjaan tahunan PADAT menurut Buku Laporan Kewangan bagi Audit Negara dalam lingkungan RM12 juta. Jumlah ini tidak dapat menampung keperluan membaiki dan penyelenggaraan bangunan di bawah PADAT, iaitu:

  1. Bangunan Muzium Sultan Alam Shah PADAT di Shah Alam
  2. Muzium Insitu, Jugra, Kuala Langat
  3. Bangunan Istana Bandar, Kuala Langat.
  4. Tapak lama Pejabat Daerah lama yang mau dibaikpulih di Kuala Langat
  5. Muzium Pertanian di Sabak Bernam
  6. Muzium Sejarah dan Permainan di Bukit Melawati di Kuala Selangor
  7. Bangunan Bekas Pejabat Agama Islam di Kelang
  8. Bangunan Gedung Raja Abdullah di Kelang
  9. Kubu Kota Raja Mahadi di Kelang
  10. Pemuliharaan Rumah Tradisi di Kuala Selangor dan tempat-tempat lain.

Peruntukan diperlukan bagi menjalankan kegiatan-kegiatan berikut:

  1. Pengisian bahan-bahan bagi muzium-muzium secara berterusan
  2. Kajian mengenai Adat dan Warisan
  3. Penyelidikan dan Ekskavasi
  4. Memupuk kegiatan keilmuan
  5. Memperkembang Kebudayaan dan kesenian
  6. PerananTamadun dan Tradisi Islam
  7. Sejarah tokoh dan tempatan
  8. Kajian terhadap bangunan tradisi dan antic
  9. Kajian tentang dialek dan bahasa
  10. Memupuk bakat seni dan kreativiti
  11. Kajian tentang nilai & Budaya
  12. Lawatan Kerja dan pembelajaran
  13. Mengadakan kerjasama dengan berbagai Pengajian Tinggi
  14. Meningkatkan kualiti kerja yang kini tenaga pekerja berjumlah 123 orang
  15. Mengadakan seminar, diskusi dan ceramah
  16. Mengeluarkan penerbitan bermutu

Dengan bangunan-bangunan yang banyak (10), program dan bidang-bidang yang disebut memerlukan peruntukan yang lebih banyak.

PADAT dan permuziuman adalah merupakan institusi pendidikan yang mendidik masyarakat mengenali akar dan tradisi warisan. Lebih dari itu mendidik dan mengajar tentang bahan dan nilai warisan yang dibanggakan, bahkan menghargai dan mencintai budaya dan peradaban tinggi bangsa. Bagi negeri Selangor dengan permuziuman dan kegiatan yang lain di bawah PADAT akan menyerlahkan imej dan identiti negeri Selangor. Nilai budaya, tamadun peradaban bangsa adalah nilai tiada bandingan dengan kekayaan material. PADAT bekerja bagi meningkatkan kualiti permuziuman, adat, tamadun dan peradaban bangsa. Keluarga PADAT seharusnya bukan saja bekerja, tetapi menyempurnakannya dengan penuh cinta. Adun Bangi Menyokong Belanjawan.

Sekian.

November 21, 2012

Soalan-Soalan Adun Bangi Di Dewan Negeri Selangor

Shah Alam 5-6 Muharram 1434 = 19-20 November 2012 (Isnin-Selasa):


Bagi mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Kedua Belas dari 19 – 30 November 2012 Adun Bangi sebagaimana biasa menghantar 10 soalan lisan untuk dijawab dalam sidang dan 10 soalan tulisan untuk dijawab secara bertulis yang biasanya dihantar selepas bersidang. Tidak semua Adun menghantar genap 10 bagi lisan dan 10 bagi tulisan. Bagi soalan lisan lebih banyak (jumlah kesemua 260), manakala soalan tulisan yang dihantar lebih rendah (118). Tidak semua soalan lisan dapat dijawab dalam sidang. Biasanya untuk sehari 10 soalan dapat dijawab. Bagi yang tak sempat dijawab biasanya akan dijawab secara bertulis kemudian.

Kesemua soalan lisan Adun Bangi dterima (tanpa ada penolakan). Ada soalan-soalan ditolak jika tidak releven, tidak sesuai atau tidak menurut format yang ditentukan. Soalan-soalan atau pertanyaan mulut Adun Bangi adalah mengenai Gelanggang Sukan Anak Muda, Meningkatkan Hasil Nelayan, Diskriminasi Gender, Rumah Mampu Milik, Prestasi Bola Sepak Selangor, Hasil Negeri Selangor, Prestasi Unisel, Audit Kewangan 2011, Masalah Banjir Di Serdang Dan Kajang dan Jalan Reko Ke Bangi Dengan Pemasangan Tiang Lampu.

Manakala Soalan Tulisan pula ialah mengenai Peruntukan Sekolah Agama Rakyat, Banjir Lumpur Di Pekan Bangi, Projek Langat 2, Tender Padi, Jenayah Di Selangor, Masalah Talam, Lawatan Ke Luar Negara, Harga Rumah Melambung Tinggi, Tuntutan Air Percuma dan Kaedah Rawatan Air Lebih Murah.

Sementara itu selama dua hari bersidang iaitu pada 19 & 20 November setiap hari satu soalan lisan Adun Bangi keluar (dijawab), Soalan pertama – Gelanggang Sukan Anak Muda dijawab oleh YB Dr. Ahmad Yunus Hairi Selaku Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Beliau menjawab jumlah gelanggang sukan yang dibina ialah 47. Syarat boleh dibina ada padang bagi futsal yang bersesuaian dan bukan milik individu. Menurut YB Dr. Ahmad bila diaju soalan tambahan mengapa berbeza dari segi kelengkapan, Beliau menjawab berdasarkan kehendak yang diminta oleh pihak tempatan. Soalan kedua mengenai hasil nelayan yang dijawab oleh YB Dr.Hj. Yaakob Sapari, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pebangunan Usahawan, iaitu mengenai jumlah nelayan di Selangor berjumlah 7,635. Kadar pendapatan mereka antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Beliau menyebut usaha bagi meningkatkan pendapatan nelayan seperti memberi subsidi, bantuan peralatan dan khidmat nasihat kepakaran. Bila diaju soalan tambahan dari Adun tidakkah digalakkan nelayan memelihara ikan dalam sangkar di sungai dan laut (selain dari kolam di darat). Menurut beliau memang ada. Beliau memberi contoh perusahaan sedemikian di Pulau Ketam diusaha nelayan dengan menternak dalam 40 sangkar hingga memberi pendapatan lumayan hingga berjumlah RM70 juta (keseluruhan ?). Ikan sangkar juga diternak di Sungai Bernam. Jika demikian sewajarnya diperluaskan usaha menternak ikan di dalam sangkar di laut dan sungai.

Dalam sesi soal jawab setiap hari Adun Bangi membuat soalan tambahan bagi soalan-soalan dari Adun lain. Misalnya pada Isnin 19 November Adun Bangi bertanya kepada YAB Dato` Menteri Besar Selangor yang menjawab soalan, balairaya lama sudah tidak sesuai untuk berbagai fungsi, tidakkah ada cadangan untuk membina menurut kesesuaian semasa , seperti di Putrajaya dikenali dengan Kompleks Kejiranan dan boleh diguna bagi berbagai tujuan dan agak selesa, Jawapan YAB akan dibina menurut kesesuaian pada masa akan datang. Adun juga turut bertanya mengenai cadangan meraikan dua sasterawan Negara Negeri Selangor. Menurut YB Dr. Ahmad Yunus, ianya bergantung pada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Adun Bangi juga membuat soalan tambahan mengenai penyakit pisang yang sedang merebak yang dikenali dengan Moko. Istilah Moko ini bahasa Jawa atau bahasa saintifik ? dan bagaimana membasmikannya ? Menurut YB Yakoob Sapari Moko adalah istilah saintifik, bagi membasmikan penyakit ini pokok pisang terpaksa dipindah tanaman dari tempat berpenyakit ke tempat lain.

Pada hari Selasa 20 November Adun membuat soalan tambahan mengenai rangka pendekatan dan pengisian Pusat Kebudayaan dan adakah nasihat pakar-pakar didapati?

Menurut YB Rodziah, memang penasihat pakar-pakar dijemput memberi pendapat. Beliau tidak menyebut nama, kecuali Sasterawan Negara. Mungkin dimaksudkan Sasterawan Negara A. Samad Said. Manakala yang lain menurut beliau tidak dapat mengingatinya. Beliau tidak menjawab soalan bagaimana pendekatan dan pengisian bagi kompleks kebudayaan bagi setiap kaum yang mau diwujudkan itu.

Sekian.

November 20, 2012

YB Rodziah Ismail Rasmikan Program Berjalan Seribu Langkah Di Bangi

Surau Abdul Rahman Ibn Auf, BBB, 04 Muharram 1434 = 18 November 2012 (Ahad):


YB. Hajjah Rodziah bt. Ismail Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dan Kebudayaan merasmikan Program Berjalan Seribu Langkah yang diadakan di Pekarangan Surau Abdul Rahman Ibn Auf, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Program adalah anjuran pihak Surau dengan kerjasama Muslimat dan beberapa pihak. Hadir sama ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Adun Bangi (datang lewat), Ahli MPKj Ustaz Shafie Ngah, Penceramah Jemputan Profesor Madya Dr. Halina Siraj dan para peserta yang kebanyakannya adalah dari kalangan muslimat.


Tujuan majlis untuk menanamkan kesedaran di kalangan muslimat tentang potensi dan peranan yang dimainkan oleh mereka di dalam mendidik anak-anak dan juga membina keluarga bahagia. Sebelum dari itu peserta yang berjumlah lebih dari 50 orang itu memang berjalan sebagai simbolik selain dari berjalan juga memberi erti mengambil langkah dan bertindak. Sempena program ini juga diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Dr. Perubatan dan dari Darus-Syifa` Adun Bangi datang lewat kerana ada program di tempat lain sebelumnya. Adun tiba YB Puan Radziah sedang berucap. Beliau menerangkan produk-produk di bawah Exconya seperti Mesra Usia Emas, Jom Shopping, bantuan kebajikan, Tawas, Yawas, bantuan tadika dan sebagainya. Beliau juga bercakap mengenai Hal Ehwal Wanita yang menjadi sebahagian dari portfolio Exconya. Beliau tidak dapat bercakap panjang. Sekejap selepas kesampaian Adun Bangi, beliau menamatkan ucapannya, kerana mempunyai program di Bukit Changgang.


Adun Bangi juga diberi peluang bercakap. Beliau mengucap terima kasih kerana dijemput, tapi mohon maaf kerana mempunyai program tempat lain sebelumnya. Beliau memuji pihak AJK yang merangka program seumpama ini, khususnya di kalangan muslimat. Sesungguhnya masalah dan program muslimat diurus dan dikendali oleh muslimat. Masalah-masalah di rumah, soal keluarga, pendidikan, pengajian keagamaan amat sesuai diurus ditadbir oleh kalangan muslimat. Adun berharap melalu program dan kursus dapat membantu melicinkan pentadbiran rumahtangga dan menambah lagi kebahagia, Sesungguhnya keluarga yang sihat dapat melahirkan generasi yang sihat.

Ceramah motivasi berjalan selepas ini. Ceramah diisi oleh Dr. Wan Halina Siraj yang bercakap tentang kesihatan fizikal, mental dan rohani. Beliau juga bercakap tentang pentingnya menjaga kesihatan bagi menjadikan keluarga sihat dan bahagia.


Sekian.

YAB Dato` Menteri Besar Selangor Bentang Belanjawan 2013: Lapan Jabatan/Agensi Mendapat Pujian Ketua Audit Negara Termasuk PADAT !

Shah Alam, 05 Muharram 1434 = 19 November 2012 (Isnin):


YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor pada ini membentang Belanjawan Negeri 2013 di Dewan Negeri Selangor dengan tema ``Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia``. YAB menyebut pertumbuhan KDNK Negeri Selangor bagi Tahun 2012 sebanyak 6.1% berbanding dengan 2011 adalah 6.0%. Selangor terus menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia melebihi 22.1 % (2011) berbanding 23% (2010), 22.3% (2009) dan 22.1% (2008). Sebelumnya pencapaian dari 2005 (21.4), 2006 (21.1) dan 2007 atas kadar (21.4).


Sepanjang tahun 2008 hingga 2011, Selangor menduduki tempat pertama dan kedua bersama-sama Pulau Pinang dari segi jumlah pelaburan masuk dengan nilai purata sekitar RM38 bilion sepanjang 4 tahun tersebut. Bagi separuh penggal tahun 2012, laporan MIDA negeri Selangor berjaya mencatat pelaburan tertinggi, jauh meninggalkan negeri-negeri lain di Malaysia – tempoh antara Januari – Julai RM6,080,000,000.00. Prestasi yang dicapai adalah dari kerjasama semua pihak. Menurutnya Jabatan Audit Negara memuji prestasi yang dicapai negeri Selangor. YAB selaku Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada lapan jabatan/agensi negeri yang telah mencapai tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik yakni empat bintang berbanding hanya empat jabatan/agensi pada tahun 2010. Lapan jabatan/agensi negeri tersebut adalah:

  1. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
  2. Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
  3. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
  4. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
  5. Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam
  6. Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri.
  7. Perbadanan Adat Melayu danWarisan Negeri Selangor (PADAT) dan
  8. Perbendaharaan Negeri Selangor.
Image


Strategi utama Belanjawan 2013:
  • Memperkasakan Pengurusan Tenaga Kerja, Sumber Kewangan, Pentadbiran dan Aset Negeri.
  • Melestarikan Pembangunan Inovasi dan Moden.
  • Memperkukuhkan kualiti Hidup Rakyat.
  • Atas kekukuhan Ekonomi Negeri Selangor, maka adalah hasil negeri Selangor bagi tahun 2013 berjumlah RM1,630,000,000.
  • Hasil ini terdiri dari Hasil Cukai RM584,444,172,26 (35.86%), manakala hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 (52.75%) dan terimaan bukan hasil RM185,752,260.00 (11.40%).
  • Anggaran Perbelanjaan Negeri bagi 2013 berjumlah RM1,630,000.000.00 daripadanya:
  • Perbelanjaan Mengurus RM996,980,690.00 (61%)
  • Perbelanjaan Pembangunan RM633,019,310.00 (39%).

Berhubung dengan reserve Kerajaan Negeri kini berjumlah RM2,570,000.000 juta. Ramai berpendapat reserve kerajaan negeri tidak harus dibekukan. Namun kata YAB reserve Kerajaan Negeri hanya boleh digunakan apabila wujud desakan di luar jangkaan dan kegunaan haruslah untuk rakyat teramai. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bercadang untuk menggunakan RM500 juta dari wang simpanan bagi:

  • Pembiayaan bagi membina Jambatan Ketiga Kelang - RM300 juta
  • Bagi Storm Water dihiliran Sungai sebagai sumber air terawat - RM100 juta
  • Membaiki system Saliran di Negeri Selangor - RM 50 juta
  • Membina Rumah Mampu Milik - RM50 juta

Semua ini adalah bagi kepentingan rakyat terbanyak di negeri Selangor.

Sidang akan berlangsung selama dua minggu dari 19 – 30 November 2012 bagi membahaskan Belanjawan, Kertas-Kertas Mesyuarat, Rang Undang-Undang, Usul-Usul dan Menjawab Soalan-Soalan.

Sekian.