November 14, 2012

Bersama Kegiatan Orang Muda - ARC & Futsal

BBB, 23 dan 25 Zulhijjah 1433 = 8 dan 10 November 2012 (Khamis dan Sabtu):


Pada malam ini Adun ke Kajang Impian, BBB kerana menyertai Majlis Doa Selamat bagi Konvoi ARC (Alternatif Riding Cycle) ke Selatan Thailand. Konvoi yang terdiri dari 20 Motorsikal Kuasa Tinggi ini akan bertolak pada malam esok. Pada malam ini hampir keseluruhan peserta yang di bawah pengurusan saudara Hafiz datang berhimpun di Dewan Perumahan Kajang Impian. Turut hadir ialah saudara Sani Hamzan AJK Pemuda Pas Pusat, saudara Dahari Embong Ketua Lajnah Sukan Adun Bangi, Ustaz Nasir dan peserta-peserta.

Berucap dalam majlis ialah saudara Sani Hamzan yang memberi sokongan kuat di atas kegiatan ARC. Beliau berkata dengan kegiatan lasak dan bertujuan kebajikan, dapat mengubah persepsi masyarakat, bahawa orang Pas hanya sesuai berada di surau dan masjid sahaja, tetapi kita dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita adalah sebahagian dari mereka dan berusaha menarik mereka ke arah kerja-kerja bermanfaat dan berkebajikan.


Adun Bangi di dalam ucapannya mengucap tahniah bahawa ARC yang asalnya bersifat kegiatan masa lapang sebagai hobi, telah berjaya mengubah dan membina identiti sebagai sayap pemuda tahan lasak dan boleh bergerak ke mana-mana bagi tujuan kebajikan dan kemasyarakatan. Adun berharap ARC membawa tauladan yang baik di mana mereka berada. Kata Adun, ``Berkomvoilah dengan cara berhemat dan menarik minat mereka yang melihat.`` Adun difahamkan bahawa konvoi ARC ini antaranya akan melawat Sekolah Pondok di Pulau Kerabi, Thailand dan akan mengadakan gotong royong dan melakukan amal kebajikan. Tambah Adun, ``Oleh kerana imejnya yang baik, Adun tidak saja mendapat kerjasama dalam kegiatan Adun di Dun Bangi, tetapi juga kerjasama dengan PADAT seperti mengiringi lawatan Y.A.B. Dato` Menteri Besar ke PADAT, bahkan ARC juga diminta khidmat di dalam perarakan Sambutan Merdeka 2012 ke Dataran Shah Alam. Adun Bangi akan terus memberi kerjasama, termasuklah peruntukan yang sesuai termasuklah bagi konvoi ke Thailand pada kali ini.

Sebelum daripada itu saudara Hafiz mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis dan berharap program perjalanan akan berjalan secara licin.

Doa Selamat pada malam itu dibaca oleh Ustaz Nasir, kemudian diikuti dengan jamuan sate dan taklimat.


Sementara itu pada 10 November (Sabtu) Pejabat Adun Bangi bersama Kelab Sukan Hitachi dan Persatuan Penduduk Bangi Tiga menganjurkan Pertandingan Futsal bertempat di Gelanggang Galaxy, Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Pertandingan bagi mengisi masa lapang anak-anak Sekolah yang mulai bercuti Sekolah hari Sabtu hari ini.


Pertandingan dipecahkan kepada dua kategori, iaitu Bawah 12 tahun yang menyertainya 11 pasukan dan bawah 10 tahun menyertainya 7 pasukan. Sama datang mengurus perjalanan pertandingan ialah saudara Dahari Embong Ketua Lajnah Sukan Adun Bangi saudara Azhar dan saudara Zamzuri dari Hitachi. Antara pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan adalah Bangi 3, Puncak Bangi, , Seksyen 3, LBJB A, B & C, Bangi Perdana, Sunway, Putrajaya, Bandar Teknologi, Sungai Jeluk,Seri Sakap, Hitachi Air Cond. & Akademik Gemilang. Adun Bangi menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan pertandingan.

Hadiah bagi kedua kategori Johan RM200 dan Naib Johan RM100 beserta medal. Keputusan pertandingan:

Bawah 12 Tahun:
Johan : Putrajaya
Naib Johan : Akademik Gemilang

Bawah 10 Tahun:
Johan : LBJB - A
Naib Johan : Puncak Bangi

Sekian.

No comments:

Post a Comment