May 13, 2013

Bantu Pelajar Menjalani Latihan Industri Di Kyoto University, Japan

-->
Pejabat Sekretariat Bangi Bandar Ilmu, 01 Rajab 1434 = 11 Mei 2013 (Sabtu):

Mantan Adun Bangi, menerima surat dari Cik Nur Hidayu Abu Hassan beralamat di No. 241, Jalan 5, Taman Kajang Jaya, 43000 Kajang – Termasuk di bawah Dun Bangi, memohon bantuan kewangan dari Mantan Adun Bangi bagi menjalani Latihan Industri (Praktikal) di Kyoto University, Japan. Pemohon adalah pelajar tahun ketiga, jurusan Ijazah Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem Universiti Putra Malaysia. Beliau dijangka akan menjalani Latihan Industri tersebut di sana selama lebih dari dua bulan, iaitu dari 24 Jun 2013 sehingga 1 September 2013. Turut disertakan bersama surat kepada Mantan Adun Bangi ialah, Surat Tawaran daripada Universiti Putra Malaysia, Surat Tawaran daripada Kyoto University Japan dan Resume pelajar (Cik Hidayu). Pemohon adalah Bekas pelajar Sekolah Menengah Kajang Utama dan belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sebelum ke UPM.


Pemohon menyedari bahawa Mantan Adun Bangi, bukan lagi sebagai Adun (tanpa menyebut YB), tetapi pemohon memohon agar dapat dihulurkan sedikit sumbangan kewangan, memandangkan beliau hanya mendapat sumbangan tiket kapal terbang pergi dan balik sahaja sebanyak RM1,750.00 dari pihak UPM, sedangkan semasa mengikuti Latihan Industri di sana beliau memerlukan peruntukan kewangan bagi kos sewa rumah, kos pengangkutan, kos sara hidup dan lain-lain kos yang dijangka berjumlah lebih kurang RM14,000.  Menurut Nur Hidayu keluarganya tidak mampu untuk mendapat sejumlah wang tersebut. Ayah Idayu adalah Bekas Tentera yang sudah bersara dan terpaksa menanggung adik-adik yang masih bersekolah.


Atas dasar Nur Hidayu adalah pelajar dari kawasan Dun Bangi, walaupun Mantan Adun Bangi tidak berfungsi lagi sebagai Adun Bangi, tapi atas dasar Program Sekretariat Bangi Bandar Ilmu menumpukan kepada kegiatan-kegiatan Ilmu - termasuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan, maka Mantan Adun Bangi menghubungi Nur Hidayu untuk datang ke Pejabat Sekretariat, iaitu Pejabat Dun Bangi yang dulu di Jalan ¼ Bandar Baru Bangi. Beliau diminta datang pada jam 10.30 pagi Sabtu 11 Mei 2013. Pada pagi ini turut hadir saudara Emiza Suhana Bt. Awang Jambi (An An) Penyelaras Tuisyen Dun Bangi, saudari Aisyah bt. Zainuddin Guru Tuisyen dan Nabilah Maidin juga Guru Tuisyen. Mereka masih berurus dengan Mantan Adun Bangi berhubung dengan Kelas Tuisyen.

Kehadiran Nur Hidayu disambut oleh An An, Aisyah dan Nabilah. Mereka berkenal-kenalan dengan Nur Hidayu. Turut hadir ialah saudara Azizi. Sementara bercakap-cakap, Mantan Adun Bangi mengambil butir-butir peribadi untuk rekod. Nur Hidayu adalah Pelajar Cemerlang di Dun Bangi dan sudah tentu mendapat insentif Program  Pelajar Cemerlang yang diadakan saban tahun oleh Mantan Adun Bangi di Dun Bangi.


Mantan Adun memaklumkan secara percakapan ringkas, bahawa Mantan Adun dan Guru-Guru yang hadir mengucapkan tahniah di atas peluang Nur Hidayu membuat Latihan Industri di Kyoto University. Sudah tentulah peluang yang diberi ialah kerana pencapaian cemerlang Nur Hidaya selama belajar di UPM. Mantan Adun melihat result bagi kursus-kursus yang diikuti Nur Hidayu di UPM kesemuanya tidak kurang daripada A -. Mantan Adun berpendapat, peluang yang ditawarkan oleh Kyoto University Japan perlu diterima, kerana dengan mengikuti kursus di sana dapat menimba pengalaman dan pembelajaran yang dapat dinilai pengajian di sana dengan di UPM yang sedang diikuti Nur Hidayu. Mantan Adun Bangi percaya Program Latihan Industri di Kyoto University lebih bermutu sebagai Jepun sebuah Negara Industri yang pesat membangun. Mantan Adun berharap Nur Hidayu akan mendapat pengalaman berharga dan pembelajaran yang bermutu. Mantan Adun mengucap tahniah, namun menyebutkan bahawa bantuan yang dapat diberi tidaklah sebanyak mana, tetapi atas dasar sokongan, maka bantuan yang diberi diharap dapat membantu Nur Hidayu mengikuti pelajaran Latihan Industri di sana.

Berikutnya Mantan Adun Bangi menyampaikan bantuan dengan disaksikan sama oleh Guru-Guru Tuisyen, iaitu An An, Aisyah dan Nabilah. Selepas penyampaian bantuan, ialah acara bergambar.


Sekian.

No comments:

Post a Comment