BBB. 02 Ramadhan 1436 = 19 Jun 2015 (Jumaat):
Membicarakan soal tiang di Masjid Al-Umm
cadangan-cadangan dan pilihan, Penulis kembali bahawa di dalam membuat pilihan
adakalanya berlaku peniruan secara
keseluruhan dari seni bina di tempat lain, termasuklah tiang, tetapi ini tidak
baik dari segi senibina, kerana dengan demikian tiada identiti bagi masjid
berkenaan, sebaliknya ada yang
beridentiti hasil dari kreativiti dan inovasi sendiri. Ini adalah baik
sebagai identiti asli, tetapi tidak menyimpang. Namun ada yang meniru
sebahagian dan berkreativiti dan berinovasi sendiri bagi sebahagian yang lain. Penulis
membuat penilaian terhadap ciri senibina tiang-tiang, khususnya tiang-tiang
seri bagi Masjid Al-Umm dengan tiang-tiang di Masjid Al-Haram dan juga Masjid
Nabawi..
Semasa Penulis menziarah Madinah-Makkah pada
April 2015 yang lepas, sebagaimana Penulis katakan, bahawa antara perhatian
yang penulis beri ialah terhadap bentuk dan ciri bangunan Masjid Al-Haram,
Masjid Nabawi dan masjid-masjid di sekitar dua bandar suci itu sambil
membanding ciri Masjid Al-Umm dengan ciri-ciri masjid-masjid yang berada di
sekitar kedua kota berkenaan. Baik secara langsung atau tidak langsung turut
memberi perhatian terhadap tiang-tiang masjid-masjid yang dibuat lawatan. Bagi
menulis artikal berkenaan tiang Masjid Al-Umm ini, penulis sekali lagi membuka
gambar-gambar masjid-masjid khususnya tiang-tiang masjid yang secara sengaja
dan tidak sengaja merakam gambar-gambar tiang-tiang masjid-masjid berkenaan.
Dari pemerhatian Penulis tiang-tiang di Masjid
Al-Haram tidak banyak variasi berbanding dengan tiang-tiang Masjid Nabawi.
Tiang-tiang di dalam Masjid Al-Haram secara kasar mirip kepada tiang dan seni
bina Masjid Cordova (sebahagian) dalam mana pada bahagian atas tiang mempunyai
lengkung tunduk yang berkait antara satu tiang dan tiang yang lain. Pada
lengkung ini mempunyai garis-garis
belang bagaikan lengkung dan garis yang mengikat tiang-tiang di Masjid
Cordova. Pada puncak tiang yang menjunjung lengkung berkenaan adalah biring empat persegi yang menjadi puncak bagi
semua tiang yang berbentuk bulat. Di bawah bagi biring empat persegi menghiasi
setiap dari empat persegi tiang ialah lima lengkuk-lengkuk kecil yang berbentuk bulat bujur ke bawah (ciri ini
ada persamaan dengan beberapa tiang di kawasan sekitar Raudah di Masjid Nabawi).
Pada bahagian atas tiang-tiang di Masjid Al-Haram ini adalah berwarna keemasan.
Sedangkan tiang ke bawah berwarna putih dengan mempunyai biring pada bahagian
bawah sebagai kasut bagi tiang berwarna keemasan, secara tidak langsung
menghalang jamaah dari bersandar malas di pangkal tiang. Walaupun tiang-tiang
Masjid Al-Haram tidak banyak variasi, maksudnya pola-pola adalah bersamaan.
Ianya menjadi contoh dan ikutan bagi berbagai masjid baik di kota Makkah dan
juga di kota Madinah. Tiang-tiang masjid diberbagai-bagai masjid seolah-olah
secara umum ada kesamaan.
Berlainan tiang-tiang di Masjid Nabawi adalah
bervariasi. Persamaan ada bagi bab-bab (pintu-pintu masuk) seperti pintu masuk
Malik Abdul Aziz, Pintu Masuk Malik Fahd, Pintu masuk Umar Ibn al-Khattab dan
berbagai-bagai pintu lagi yang bagi satu pintu ada beberapa daun pintu yang
berwarna keemasan yang mempunyai tiang-tiang pintu dan tiang-tiang hadapan
(lebih jelas lihat gambar). Bagi dalaman masjid mempunyai persamaan dengan
bahagian atas berdekorasi dan berwarna keemasan, dan pada bahagian bawah juga
mempunyai kasut berbiring-biring yang dapat mengelak dari menjadi tempat
bersandar, juga berwarna keemasan.
Apa yang hendak diberi penekanan dan mempunyai
kelainan ialah tiang-tiang di dalam Masjid Nabawi sekitar kawasan Raudah.
Kawasan ini adalah kawasan seni bina lama yang sengaja tidak diubah bagi
mempertahankan ciri asli dan lamanya. Tiang-tiang di kawasan ini terutama
berhampiran dengan dua mimbar adalah berwarna merah muda pada sebelah atas
tiang ialah motif hiasan bagai bulat dan tidak dapat dipastikan sama ada
bersifat geometrik design atau flora dan fauna, tetapi di bawah dari puncak
tiang yang menjunjung beam ada lima motif lengkung tunduk kecil bagi setiap
segi dari empat segi keliling. Ciri ini ada kesamaan dengan tiang di Masjid
Al-Haram sebagaimana diperkatakan. Ciri inilah yang akan dikaitkan dengan
pola dan motif-motif pada tiang seri
Masjid Al-Umm. Bahagian kaki bagi tiang Masjid Nabawi – sekitar Raudah adalah
berbiring sebagaimana bahagian bawah tiang-tiang yang lain.
Tiang seri bagi Masjid Al-Umm pada asalnya
dicadang beberapa pola hiasan pada puncak tiang. Ada tiga pola awal yang
dicadangkan yang dua daripadanya mengambil dekorasi mirip daun dan satu lagi
ialah bergaris tegak dengan hiasan kerawang di antara garis-garis berkenaan.
Bahagian dari atas ke bawah adalah penerusan dari garis di atas, manakala kasut
pada bahagian bawah adalah dua bersifat bergaris-garis dan satu mengambil
bentuk seperti mata pena. Dapat dikatakan ketiga-tiga tidak mempunyai arah dan
falsafah yang jelas. Demikian dengan beberapa cadangan bahagian atas dan bawah.
Keputusan terakhir ialah mengambil bentuk tiga
segi (lipat) yang juga semacam jaring
yang mirip sama dengan jaringan ala labah-labah di bawah ruang kubah. Dalam
kata lain pemilihan pola dan imej jaring labah-labah yang mirip dengannya
adalah satu pilihan yang mengharmonikan dengan
pola yang ada pada kubah. Dari pemerhatian Penulis bahawa pola yang
seperti ini dan yang berbentuk lengkung tunduk yang menjadi hiasan bagi bawah
bagi rim kubah mempunyai persamaan dengan bentuk sedemikian yang terdapat pada
tiang-tiang di dalam Masjid al-Haram, terdapat juga pola sedemikian di dalam
kawasan sekitar Raudah. Namun dapat dikatakan kawasan sekitar Raudah yang
berwarna garang, merah, keemsan dan biru muda itu kecamuk dengan berbagai imej.
Adapun dari segi tiang bahagian bawah, berpelbagaian, bagi tiang-tiang di Masjid Cordova, kosong bagai tidak
berkasut, kaki bagi tiang di Masjid Al-Haram bertapak bersalut kelilingan
bahkan berwarna keemasan sebagaimana pada bahagian atas, manakala di Masjid Nabawi (baharu) juga bertapak dan
bersalut warna keemasan sebagaimana di atas. Adapun pada bahagian lama sekitar
Raudah bahagian bawah berbiring bulat agak kecil berwarna keemasan sebagaimana
bahagian atas bertapak bersegi menjunjung bahagian atas yang juga berwarna
keemasan.
Sama ada secara sedar atau tidak tiang bagi
Masjid Al-Umm ada mirip kesamaan, tetapi banyak kelainan dengan tiang Masjid
Al-Haram. Tiang Seri bagi Masjid Al-Umm bahagian atas berbentuk bulat lebih
luas dan makin mengicil ke bawah pada tiang berbentuk bulat. Pada kepala tiang
bahagian atas ini dihias dengan lima baris pola tiga segi (lipat) dari atas ke
bawah adalah tiang bulat berwarna putih dengan kaki pada bahagian bawah adalah
bersegi-segi. Dalam kata lain tiang-tiang pada Masjid Al-Umm agak biasa dan
ringkas. Keringkasan pada tiang ini disengajakan agar tidak menjadi gangguan
kepada jamaah melihat ke bahagian hadapan, khususnya kepada bahagian mihrab
tempat imam memimpin jamaah dalam solat dan ke mimbar yang sedikit tiang keluar (ke kanan) dari
arah mimbar. Walaubagaimana pola-pola pada tiang adalah harmoni dengan pola
pada kubah dan pola-pola pada kaki kubah. Secara keseluruhan tiang-tiang Masjid
Al-Umm adalah tidak sama (di samping ada sedikit persamaan) dengan tiang-tiang
Masjid Al-Haram yang begitu banyak di bahagian berbangunan dan juga tidak sama
dengan tiang-tiang di Masjid Nabawi yang juga banyak dan besa (bahagian baru)
dan tiang-tiang pada bahagian baru berlainan pula dengan pola hiasan pada
tiang-tiang yang berada di sekitar kawasan Raudah. Namun semua tiang adalah lambang
setia yang menjunjung perintah dari Yang Maha Tertinggi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment