October 5, 2019

PAKAIAN CERMIN BUDAYA


PAKAIAN CERMIN BUDAYA
(Fikrah Bangi: 366),
BBB: 6 Safar 1441H. =  5 Oktober 2019M. (Sabtu).
Pakaian adalah yang paling rapat dengan diri seseorang. Tujuan asal berpakaian ialah untuk melindungi diri dari sejuk dan panas atau dari sesuatu yang boleh membahayakan diri. Dari segi evolusinya ada sejarah perkembangan pakaian bagi sesuatu kaum.
Bagi Orang Asli yang hidup di hutan dan di tepi sungai, maka pada zaman tradisi tiada bahan pakaian yang sempurna, sebab itu pakaian sekadar menutup kemaluan dengan daun atau kulit kayu. Kulit kayu juga menjadi penutup badan yang dikenali dengan baju.
Bagi orang Melayu, pakaian mereka juga mengalami perubahan. Bentuk pakaian Melayu pada zaman tradisi, bagi lelaki ialah seluar panjang yang kakinya ke atas sehingga ke betis, manakala bajunya mirip baju Melayu kini, tetapi lebih ketat dan kelihatan lebih kemas. Ada kain yang  dipakai menutup bahagian tengah, atau disangkut  dari bahu. Bagi lelaki Melayu adalah berambut panjang. Bagi bahagian kepala ada hiasan dari kain yang dipakai sebagai semutar. Pakaian pada kepala ini mengalami perubahan. Kain yang dililt dikepala ini bertukar kepada bentuk yang lebih canggih yang dipanggil sebagai dastar dan lebih canggih menjadi tanjak. Dari bentuk asal ini pakaian Melayu menjadi lebih canggil sebagaimana pakaian baju Melayu lengkap seperti kini dengan kaki bercapal dan tanjak dipakai secara kreatif. Kini bahannya daripada songkek dan dibentuk dengan berbagai rupa. Bagi Sultan dan pembesar ada style bentuk tanjak masing-masing yang menjadi identiti masing-masing pula.
Adapun bagi perempuan dari pakaian bagi menutup badan berkembang kepada baju kurung dan kebaya yang pada bahagian atas ada selindung daripada kain istimewa yang mejadi identiti pakaian wanita berkenaan. Evolusi pakaian Melayu ini menjadi mantapa yang lengkapnya menutup  aurat. Pakaian tradisi ini kini dipakai pada majlis-majlis rasmi, pada majlis perkahwinan dan sambutan-sambutan hariraya dan sebagainya.
Pakaian tradisi orang Cina adalah seluar panjang  dan baju yang berbutang dari tali yang mengikatt kedua-dua belah baju. Sering disertakan dengan  topi petani atau kopiah hitam bulat, manakala yang perempuan ialah cheongsam  ke bawah lutut dan terbelah bahagian depan dan belakang. Orang Cina lebih cepat mengubah imej pakaian mereka kepada seluar pendek dan baju kemeja biasa, manakala yang perempuan kepada seluar dan baju  biasa.
Imej bagi orang India adalah berpakaian putih  dan pada bahagian atas dililt dengan kain putih. Ini dapat dilihat sebagai pakaian Mahatma Gandhi. Kebanyakan tidak menutup kepala, kecuali bagi kalangan atasan memakai songkok putih atau hitam.
Pakaian yang berwarna warni ialah pakaian penduduk dipedalaman Sabah dan Sarawak. Pakaian mereka berwarna warni, bermanik. Ini dapat dilihat dalam upacara-upacara tertentu dengan lelakinya lebih tidak berpakaian pada bahagian bawah, kecuali menutup bahagian kemaluan dan mereka menatang senjata dan mengelek ayam, sedang ada kumpulan muzik sape.
Walau bagaimana semua penduduk di dalam kehidupan dan tugas harian adalah memilih pakaian biasa, iaitu seluar panjang, berbaju kemeja dan jika di pejabat bertali leher dan lebih rasmi adalah berkot.. Tidak ada beza pakaian ini bagi berbagai kaum, khususnya lelaki, bagi perempuan bagi wanita muslim adalah menutup aurat dan klelihatan sopan, manakala bagi yang bukan Islam memilih pakaian seluar atau skirt dengan baju berbagai jenis termasuk kot bagi perempuan.
Walau bagaimana pakaian tradisi masih dipakaikan pada hari-hari perayaan dan sambutan-sambutan. Bagi Pakaian Melayu jelas mencerminkan watak Melayu berbaju Melayu dan bertanjak dan bagi perempuan baju kurung dan menutup aurat. Bagi Kaum Cina dan India agak jarang memakai pakaian tradisi mereka sebagaimana ornag Melayu, mereka lebih memilih pakaian semasa.
Adalah menarik bagi orang Melayu mempunyai pakaian tradisi selengkap yang masih sesuai dipakai  dalam perubahan zaman.
Sekian

No comments:

Post a Comment