October 2, 2019

SEMANGAT MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN


SEMANGAT MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN
(Fikrah Bangi: 363),
BBB: 03 Safar 1441H. = 02 Oktober 2019M. (Rabu).
Semalam (Selasa 01.10.2019) Penulis dijemput oleh pihak Sekretariat Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Pendidikan Islam, Bangi bagi menyertai Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di Kampus tersebut. Penulis merasa teroja mendapati bahawa semangat memperjuangkan  bahasa Kebangsaan masih berkobar-kobar di  di kampus berkenaan.
Hadirpada majlis yang berlangsung di Dewan Besar Nik Mohd Mohyideen Musa, Kampus Bangi itu ialah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Timbalan Pengarah IPG Bangi selaku Perasmi Majlis Pelancaran, Dr. Nazariyah bt.Sani Ketua Jabatan Dwi Bahasa, Puan Nur Azlan bt. Abdul Ghani, Ketua Unit Bahasa Melayu, Dr. Maisarah Bt. Yaacob selaku Penyelaras Sambutan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, pensyarah-pensyarah  dan para pelajar yang memenuhi Dewan.
Majlis bermula jam 2.00 petang dengan lagu al-Asma` al-Husna, Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dan bacaan doa. Selepas bacaan Al-Qur`an  Ketua Jabatan Dwi Bahasa dalam ucapan alu-aluan menyatakan sambutan yang diadakan bagi mengingati perjuangan menegakkan bahasa Kebangsaan dan memberi inspirasi bagi pelahar-pelajar guru membawa ubur mendaulatkan bahasa Kebangsaan yang pelajar-pelajar bakal menyampaikan pengajaran bahasa Kebangsaan kepada murid-murid mereka. Sambutan juga merupakan siri kegiatan pelajar sebagai ko-kurikulum selepas mengadakan Majlis  Sambutan Kemerdekaan dan  Kebangsaan  dari bulan Ogos hingga Septeer yang lepas. Ini juga merupakan latihan bagi para pelajar guru dalam mana kegiatan seperti ini bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing  bila bertugas kelak.
Dalam ucapan Perasmian Dr. Abdul Rahman Abdullah mengimbau tentang bahasa Melayu yang menjadi bahasa Kebangsaan adalah bahasa penutur lebih dari 30 juta rakyat negara ini, bahkan dituturkan oleh penduduk Nusantara yang berjumlah lebih dari 300 juta dan merupakan bahasa kelima terbesar di dunia. Beliau menyebut bahawa tradisi penulisan dalam bahasa Melayu adalah menggunakan tulisan Jawi yang terbukti pada Batu Bersurat Terengganyang bertarik  Juma`at 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi, iaitu sejak 8 abad yang lalu. Sedangkan tulisan rumi hanya baru digunaklan pada tahun 1966 hanya  lebih 50 tahun sahaja. Beliau menempelak pihak yang mempertikai usaha menghidupkan tulisan jawi yang menjadi alat bagi tradisi penulisan, tamadun dan peradaban Melayu. Dalam majlis itu diserikan dengan gimik, muntaj dan  persembahan multi media pelancaran. Episod Keranda 152 dihidupkan dengan pengusungan Keranad 152 ke atas pentas melambangkan bahasa kebangsaan pernah menghadapi saat-saat getir apabila  pengabaian berlaku sebelum ianya dilaksdanakan pada tahun 1069 lewat dari tarikh yang dijanjikan (1967). Ini menyebakan berlakunya protes dan perkabungan dengan perarakan Keranda 152.
Penulis diraikan sebagai Tokoh Persuratan  Nusantara Melayu Raya 2013 diberi masa satu jam untuk bercakap tentang kaedah menulis, tetapi melihat kepada suasana mengingati Perjuangan Bahasa Kebangsaan Penulis lebih bercakap tentang perjuangan bahasa Kebangsaan (Nota kaedah menulis yang Penulis buat diserah kepada  Timbalan Pengarah).
Penulis mengingatkan terutama kepada pihak yang mengabaikan bahasa Kebangsaan, bahawa Bahasa Melayu mempunyai tradisi bahasa yang agung bermula dari zaman Srivijaya  dari awal abad Masihi ke abad 12, disambung oleh  Taradisi Melaka yang menjadi entreporti di Kepulauan Melayu dan Timur jauh dan diteruskan tradisi Johor Riau dan Indomewsia yang kini merupakan bahasa kelima terbesar di dunia. Perjuangan bahasa dijelmakan kejayaan  dengan penubuhan UKM (1970) dan diikuti penggunaan Bahasa Kebangsaan oleh semua universiti Awam. Kita mempunyai lebih dari 15,000 manuskrip dalam tulisan jawi, sedangkan  British dan beberapa negara barat hanya mempunyai  sejumlah kecil bahan persuratan yang diwarisi. Kita mesti berbangga dan meneruskan keagungan bahasa kita yang tumbuh dan berkembang di persada tanah air kita.
Pada akhir majlis disampaiakn sijil-sijil dan diikuti persembahan Dikir Barat dengan penutup jam 5.00 petang dengan lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian.

1 comment:

  1. Perjuangan yang tiada tiada hentinya, agar Bahasa Melayu tegak di bumi sendiri.

    ReplyDelete