September 13, 2018

SAMBUTAN HIJRAH AL-RASUL DI MASJID AL-UMM


SAMBUTAN HIJRAH AL-RASUL DI MASJID AL-UMM
BBB, 03 Muharram 1440H. = 13 September 2018M. (Khamis):
Sebagaimana telah disebutkan, bahawa sambutan peristiwa penting dalam Islam kali tidak secara berceramah sebagaimana telah diadakan di Masjid Al-Umm sebelum ini seperti Sambutan Maulid al-Rasul, Isra` Mi`raj dan Nuzul al-Qur`an, sebaliknya kali ini diubah kepada naratif sirah Nabi dari segi Hijrah kepada yang bersifat naratif puitik. Termasuk sirah berhubung dengan Hijarah digubah dalam bentuk ala puisi syair dan dsulamkan dalam persembahan dengan tiga jenis nasyid yang dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w., iaitu:
1)      Nasyid `Selamat Datang` kepada Rasulullah ketika tiba di Madinah di dalam penghijrahan Baginda -  Tala`al-Badru `alayna.
2)      Nasyid secara marhaban sempena Maulid al-Rasul  - `Ya Nabi salam `alayka.
3)      Nasyid penglahiran syukur selepas kemenangan Peperangan Badar - `Ya Rasulallah khuz biyadi`.
Pada petang  29 Zul- Hijjah 1439 (malam satu Muharram 1440 =10 September 2018, jama`ah yang hadir ke Masjid Al-Umm lebih dari biasa. Pada kebiasaan dua saf, tapi kali  ini 4 saf. Sebagaimana disusun dalam program pada petang itu sebelum maghrib – 15 minit sebelumnya Imam Ghazie mengetuai jama`ah dengan membaca do`a akhir tahun. Selepas azan beliaulah juga mengimami solat Maghrib dan diikuti solat  Hajat memohon keselamatan, murah rezeki, bertambah iman dan berakhir  kematian dengan husnul khatimah.
Selepas daripada itu Pengerusi Masjid menyampaikan ucapan ringkas, bersyukur kepada Allah, kerana sekali lagi, buat pertama kali pula Masjid Al-Umm dapat menyambut Hijratul  Rasul. Al-Hamdulillah dalam tempoh sembilan bulan Masjid Al-Umm diguna dan diimarahkan segalanya berjalan dengan  baik. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para jama`ah yang selama ini telah memberi kerjasama yang baik di dalam mengimarahkan Masjid Al-Umm. Usaha bagi mendirikan solat Juma`at insya Allah akan dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat setelah segala keperluan bagi mendapat CCC dapat dilakukan. Beliai menyebut tentang berbagai-bagai kegiatan yang dilakukan oleh masjid baik dari segi, ibadat, leilmuan dan berbagai kegiatan kebajikan.
Selepas itu Sebagai puncak dari  Sambutan Hijratul Rasul ialah penyampaian Sirah Hijrah  bersifat narratif puitik dalam bentuk puisi.
Ketua dari segi penyampaian dan persembahan ialah saudara Tompang bin Jamal, sungguhpun saudara Tompang ini seorang technician, tetapi beliau ini seorang yang serba boleh. Beliau merangkap sebagai bilal, sebagai ketua nasyid dan bergiat di dalam  berbagai amal kebajikan. Beliau mengingati  dan mampu membawa tiga melodi puisi di dalam rentak yang berlainan.
Saudara Ah. Feisal Husni bertindak sebagai penyusun persembahan dan pembaca puisi ala syair Sirah berkenaan Hijrah. Sebagaimana telah disebut  lapan orang mengepalai penyampaian persembahan, manakala jama`ah berdiri  dalam bulatan yang meluas seluas ruang utama solat berjama`ah. Turut sama juga muslimat berdiri di dalam ruang tempat muslimat. Mereka semua dibekal dengan teks puisi Hijrah al-Rasul dalam bahasa Melayu dan teks `Hijrah` dan Maulid`  di dalam bahasa `Arab , manakala teks Kejayaan Peperangan Badar berbahasa `Arab  diungkapkan oleh saudara Tompang dan diikuti oleh para jama`ah.
Al-Hamdulillah latihan yang dibuat bagi persembahan Sambutan Hijrah al-Rasul dalam tempoih dua hari itu dapat dipersembahkan secara licin, teratur dan baik. Para jama`ah nampaknya berpuashati dengan persembahan. Setengah mereka mengambil gambar sebagai kenangan. Pihak Masjid al-Umm juga membuat penggambaran penuh bagi persembahan yang dibuat sebagai rekod, contoh yang mungkin pendekatan sedemikian akan dilakukan di dalam setengah kegiatan akan datang.
Sebagaimana biasa bagi setiap sambutan ada yang sponsor makan minum untuk para jama`ah, demikianlah dengan sambutan pada malam ini, beberapa orang ahli jama`ah sponsor dan membawa makanan untuk dinikmati jama`ah di ruang legar selepas selesainya persembahan dan solat `Isya`. Makanan didapati adalah pelbagai dan cukup bagi kehadiran jama`ah yang dijangka berjumlah 400 orang.
Sekian.

September 12, 2018

PENUBUHAN KUMPULAN NASYID MASJID AL-UMM


PENUBUHAN KUMPULAN NASYID MASJID AL-UMM
BBB, 01 Muharram 1439H. = 11 September 2018M. (Selasa):
Berikut dari gubahan puisi berhubung dengan Hijraj alRasul s.a.w. Penulis telah berbincang dengan saudara Feisal Ketua Pemuda Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm paa Juma`at malam 7 September  tentang bagaimana pendekatan yang patut  diambil bagi menyambut Hijratul Rasul di Masjid Al-Umm. Kami bersetuju secara kasar dan pendekatan biasa iaitu:
Pada petang 29 Zul-Hijjah (Isnin) upacara bermula dengan:
Baca do`a akhir Tahun Hijrah 1439
Solat Maghrib
Solat Hajat
Bacaan do`a Awal Tahun 1440H.
Bacaan Sirah berhubung dengan Hijrah secara puisi.
Berikutnya timbul cadangan untuk  membaca sama Nasyid  `Tala`a al-Badru `alaina` nasyid yang diungkapkan oleh penduduk Madinah setibanya Rasulullah ke Madinah. Nasyid ini telah disalin oleh saudara Saufi kerani Pejabat Masjid Al-Umm dari internet  atas permintaan  Penulis yang Penulis bawa bersama. Cadangan Nasyid `Tala`al-Badru `alayna ini dibaca selepas pembacaan puisi.  Adalah dipersetujui akan dipanggil dan dihimpun kumpulan yang dapat menyampaikan nasyid sebagaimana di dalam program.
Pada malam hari Sabtu 8 September 2018 bersamaan 27 Zul-Hijjah satu kumpulan yang dapat dinamakan sebagai Kumpulan Nasyid Masjid Al-Umm atau secara ringkas dipanggil `Kumpulan Nasyid Al-Umm` dapat dihimpunkan. Mereka terdiri dari:
1)      Shafie Abu Bakar
2)      Sdr. Ah. Feisal Husni
3)      Sdr. Tompang bin Jamal
4)      Sdr. Izzuddin bin Ibrahim
5)      Sdr. Irfan bin Kjalyubi
6)      Tuan Haji Abu Bakar
7)      Saudara Munawwir
8)      Imam Muhammad Ghazi
Pada malam itu selepas Isya` pasukan ini mulai berlatih menurut jadual di atas.
Dalam berlatih timbul cadangan agar masa nasyid dipanjangkan bagi mengisi slot masa dari Maghrib hingga `Isya` pada malam (01 Hijrah p kiraan Islam = 10 Septe,ber 2018). Iaitu dengan menambah tiga jenis ungkapan nasyid yang berlainan melodi, iaitu mengenai
1)      Nasyid Tala`al-Badru `alayna – Nasyid sambutan terhadap Rasulullah semasa ketibaan di Madinah.
2)      Nasyid Maulid al-Rasul – Sebahagian
3)      Nasyid Kemenangan Badar
Bahan-bahan ini diangkat dari internet. Kedudukan program adalah sama dengan di atas. Cuma dalam pembacaan puisi dipecah kepada tiga bahagian
Bermula dengan solawat ke atas Nabi dan Nasyid Tala`al Badru `alayna,  diikuti dengan pembacaan satu pertiga puisi.
Diikuti dengan Nasyid Maulid al-Rasul (sebahagian)
Disambung dengan pembacaan puisi – bahagian kedua.
Diikuti dengan puisi `Kemenangan Peperangan Badar` `Ya Rasul khudz biyadi` dan seterusnya.
Disambung pembacaan puisi- bahagian akhir. Diakhiri dengan `Tala`al-Badr `alayna dan ditutup dengan salawat.
Pada malam itudipastikan dengan penyusunan majlis dan pembacaan.
Seterusnya latihan dibuat selepas subuh pada 10 September dan terakhir pada waktu selepas `Asar.
Timing masa adalah menepati dari waktu selepas solat Maghrib dan `Isya`.
Sekian.

September 11, 2018

CADANGAN MENYAMBUT HIJRAH AL-RASUL S.A.W.


CADANGAN  NENYAMBUT  HIJRAH  AL-RASUL S.A.W.
BBB,  29 Zul-Hijjah 1439H. = 10 September 2018M. (Isnin):
Kira-kira sepuluh hari sebelum (Sabtu 20 Zul-Hijjah = 01 September), Penulis telah berbincang dengan Ir. Tuan Haji Ishak Arshad Timbalan Pengerusi Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm tentang sambutan Hijrah al-Rasul di Masjid Al-Umm (lupa, sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat J/K Bulanan pada Selasa 28 Ogos lepas) bagi tahun 1440H. Kami bersetuju untuk tidak menyambutnya secara ceramah sebagaimana dibuat bagi Maulid al-Rasul, Isra` Mi`raj dan Nuzul Al-Qur`an yang telah disambut di Masjid Al-Umm. Sebaliknya sambutan akan dibuat secara kreatif bersifat seni Islam. Penulis berjanji untuk menggubah puisi ala tradisional berhubung dengan Hijrah al-Rasul s.a.w. Dalam tempoh sepuluh hari itu, setelah membaca tentang Sirah al-Rasul, penulis siapkan puisi ala syair berhubung dengan Hijrah al-Rasul s.a.w. sebagaimana berikut:
Hijrah Al-Rasul
S*alla Allah `ala Muhammad    S*alla Allah  `alayhi wa sallam  (2 x)
S*alawat dan salam ke atas  Junjungan
Muhammad Rasulullah di utus ke seluruh alam
Biarpun permulaan di Makkah mendapat tentangan
Dengan Hijrah ke Madinah Islam  berkembang.
Hijrah Al-Rasul s*alla Allah `alayhi wa sallam
Dari Makkah al-Mukarramah tanah kelahiran
Ke Madinah al-Munawwarah menyibarkan Islam
Rahmat limpah  meluas  ke seluruh alam.
Tiga belas tahun Rasulullah  berdakwah
Penerima sedikit berbanding yang membantah
Awal penerima Islam dan pembela Rasulullah
Ali Abi Talib, Abu Bakar al-S*iddiq dan Khadinah.
Dakwah Rasullah mendapat penentangan
Dari pembesar Quraisy dan pemimpin tempatan
Abu Jahal dan Abu Lahab bertindak kejam
Menyekat makanan mengadakan kepungan.
Keperitan Rasulullah lebih ketara
Selepas kematian Abu Talib dan Khadijah tercinta
Kematian mereka tidak melemah semangat Baginda
Terus berdakwah walau antara mereka disiksa.
Antara strategi diambil ialah berpindah
Pertama menuju ke T*aif berdakwah
Begitu juga dengan beberapa misi ke Habasyah
Ada penerimaan Raja Najashi tapi tidak menyerlah.
Tahun ke 12 dibangkit Baginda Rasul Ummi
Rasulullah mengatur pertemuan rombongan haji
Bertemu 12 orang di Bai`ah al-`Aqabah pertama kali
Diikuti pertemuan 73 orang Bai`ah al-`Aqabah kedua kali.
Apabila Rasulullah dikepung di Makkah
Ali mengganti di tempat tidur Rasulullah
Abu Bakar menemani di Gua Thur berhimmah
Dihantar Asma` bekalan  untuk berhijrah.
Strategi Rasul Hijrah ke Madinah meyerlah
Bersama Abu Bakar al-S*iddiq tiba di Madinah
Disambut  penduduk  secara marhaban meriah.
Pada tahun pertama Masjid Quba` didirikan
Juga sama Masjid Nabawi dibangunkan
Adalah markas ibadat, pengajaran dan prntadbiran
Kaum Aus Khazraj bersama Muhajirin disatukan.
Hijrah peristiwa penting dalam sirah
Bijaksana strategi diatur  Rasulullah
Pandangan jauh hikmat terserlah
Pentingnya dipilih kiraan Tahun Hijrah.
Salawat dan salam ke atas Junjungan
Muhammad Rasulullah diutus ke seluruh alam
Biarpun permulaan di Makkah mendapat tentangan
Dengan Hijrah ke Madinah Islam berkembang.
S*alla Allah `ala Muhammad    S*alla Allah `alayhi wa sallam.  (2 x)
Sekian.
26 Zul-Hijjah 1439H.
07 September 2018M.

September 10, 2018

ULASAN DAN PENDAPAT


ULASAN  DAN  PENDAPAT
BBB, 28 Zul-Hijjah 1439H. = 09  September 2018M. (Ahad ):
Ulasan terhadap kertaskerja tentang `Memperkasakan Institusi Masjid, Pengalaman Masjid Al-Hasanah adalah dilakukan oleh pertama:
Tuan Haji Kamaruddin bin Muhammad. Beliau adalah merupakan Setiusaha  bagi Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah. Beliau tidak membuat kritik terhadap apa yang telah dibentangkan oleh Ustaz Idris Yussoff, sebaliknya menambah:
a)      Pengajian seperti  Tafaq               quh fi al-Din di Masjid Al-Hasanah adalah dikehendaki mengikut kitab yang ditentukan. Guru yang mengajar dikehendaki mengikuti apa yang terkandung di dalam kitab dari awal sehingga ke akhirnya. Dengan cara ini bidang sesuatu ilmu itu dapat dihadhamkan dan persoalan kandungan dapat difahami secara seturut. Guru tidak menerawang kepada persoalan-persoalan yang lain dan tidak releven bila tidak menggunakan kitab. Para pengaji juga  sepatutnya mempunyai kitab (membeli) dan mengikuti kandungan dengan teratur. Dengan adanya kitab dapat ditanya atau dirujuk perkara-perkara yang ditanya dengan mudah.
b)      Menurut Tuan Haji Kamaruddin Masjid Al-Hasanah dapat dikatakan ruang bagi jama`ah, khususnya pada hari Juma`at adalah penuh. Jama`ah yang lewat terpaksa berada di luar dan bahagian tambahan sementara. Keadaan kekurangan tempat ini dapat ditampung oleh surau-surau yang mendirikan solat Juma`at. Setakat ini surau-surau yang dibenarkan  mendirikan Juma`at  di bawah Masjid Al-Hasanah adalah lapan buah. Tanpa surau-surau yang dibenarkan mendirikan Juma`at sudah pasti ramai yang bermasalah untuk menunaikan solat Juma`at. Aoabila Masjid  Al-Umm didaftar dan dapat mendirikan solat Juma`at, maka sebahagian dari kekurangan tempat dapat ditampung oleh Masjid Al-Umm.
c)       Pembahagian surau-surau di Bandar Baru Bangi akan dibahagikan semula, khususnya apabila Masjid Al-Umm didaftarkan secara rasmi di bawah JAIS. Surau-surau akan dibahagi dan diletakkan kelak sama ada di bawah Masjid Al-Hasanah, Al-Umm atau Masjid Teras Jernang.
Pengulas kedua ialah Dr. Shafie Abu Bakar. Beliau juga tidak menyentuh kertaskerja yang dianggapnya sudah sempurna. Beliau adalah menambahkan beberapa maklumat, bahawa:
a)      Sebelum ada Masjid Al-Hasanah, jama`ah dari Bandar Baru Bangi, mendirikan solat Juma`at  di Masjid UKM yang mula digunakan pada 16 April 1982.
b)      Masjid Al-Hasanah mula digunakan secara rasmi selepas dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Mac 2000 bersamaan 4 Zul-Hijjah 1420. Dengan pembukaan Masjid Al-Hasanah penduduk bersolah Juma`at di Masjid Al-Hasanah di samping surau-surau yang dibenarkan mendirikan Juma`at.
c)       Sebagaimana disebutkan walaupun Masjid Al-Hasanah sudah didirikan, tetapi hingga tahun 2010 didapati Masjid Al-Hasanah mulai tidak dapat menampungkan jama`ah di Bandar Baru Bangi, sehingga beberapa surau dibenarkan mendirikan Juma`at, sebab itu oleh kerana terdapat tanah yang disediakan di Seksyen Satu seliuas 2 ekar untuk mendirikan masjid, maka adalah wajar dipohon untuk mendirikan masjid, agar dapat menampung kekuranganb tempat bagi mendirikan solat Juma`at. Kalau tapak ini tidak digunakan, ianya akan digunakan bagi kepentingan yang lain. Sebab itu pihak Jawatankuasa memohon supaya tapak berkenaan digezetkan untuk masjid dan mesyuarat bagi mendirikan Masjid Al-Umm diadakan pada 4 Februari 2010 yang membawa kepada terdirinya Masjid Al-Umm.
Antara cadangan yang dilakukan oleh peserta:
1)      Dato` Dr. Wahid Samsuddin
Kegiatan Biro Pendidikan di Masjid Al-Hasanah menjadi faktor penting bagi pengimarahan Masjid Al-Hasanah. Masjid Al-Umm hendaklah mempelajari cara yang dilakukan di Masjid Al-Hasanah. Kita tidak mau masjid setakat mendirikan solat semata-mata.
2)      Puan Hajah Kamariah Yusof.
Pemuda dan remaja Masjid Al-Hasanah banyak melakukan kegiatan bagi mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Masjid Al-Umm mempunyai sekolah menengah dan rendah yang berjiran dengannya, maka hubungan baik hendakl;ah dilakukan dengan kedua sekolah berkenaan dan memupuk pelajar-pelajar berkenaan rapat dengan masjid
3)      Imam Rahmat
Mengharapkan Masjid Al-Umm mencontohi Masjid Al-Hasanah yang pernah disifatkan mencapai taraf `Lima Bintang`.
4)      Tuan Haji Kalyubi Ghazali
Beliau mau keterlibatan keluarga keliling Masjid Al-Umm  bagi menyertai segala kegiatan, terutama di dalam berjama`ah.
·         Tambahan
Imam Idris Yussoff, mengakui setakat ini Masjid Al-Hasanah belum lagi dapat menarik warga industri (kilang) melibatkan diri dengan Masjid Al-Hasanah.
Pihak institusi yang memberi kerjasama dengan Masjid Al-Hasanah ialah Pelajar-pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS).
Tuan Haji Kamaruddin menambah, ``Masjid perlu menguasai bidang ICT` bagi memudahkan komunikasi dan meyibarkan maklumat.
Seminar adalah berjaya, banytak maklumat yang dapat dimanfaatkan.
Sekian.

September 9, 2018

BERBAGAI KEGIATAN DI MASJID AL-HASANAH


BERBAGAI  KEGIATAN DI MASJID  AL-HASANAH
BBB, 26 Zul-Hijjah 1439H. =  07 September 2018M. (Juma`at):
Selain dari kuliah harian antara maghrib dan Isya`, selepas subuh dan tadabbur selepas zohor dan `asar, Pihak Masjid Al-Hasanah menganjurkan  kelas-kelas yang dipanggil  `Tafaqquh fi al-Din`. Kelas-kelas ini diadakan pada hari-hari minggu yang diisi dengan pengajian seperti bahasa `Arab, pengajian Al-Qur`an dan pengajian-pengajian berkitab di dalam bidang-bidang keilmuan terpilih. Pengajian-pengajian pada hari-hari minggu ini memberi peluang bagi mereka yang bekerja untuk sama dapat belajar  bersama dengan mereka yang bersara di dalam bidang-bidang pengajian yang diminati mereka.
Kelas-kelas ini mendapat sambutan yang hangat hingga jumlah pengaji-pengaji di dalam bidang berkenaan 854 orang dengan jumlah guru seramai 79 orang. Dengan jumlah ini mencerminkan bahawa kelas-kelas yang dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kemajuan kelas-kelas ini kerana wujudnya guru-guru yang berwibawa di dalam menyampaikan pengajaran. Menurut antara guru yang mengajar, pada mulanya  ditentukan bayaran (yuran) bagi yang mengikuti pengajian, namun ada masalah, ada yang tidak  menurut peraturan sebagaimana yang ditentukan, akhirnya bayaran berdasarkan tabung yang dibuka untuk bayaran.  Menurut guru berkenaan, cara ini  lebih mudah dan bayaran  didapati lebih baik dari menentukan jumlah bayaran.
Selain dari menganjurkan kelas-kelas Tafaqquh fi al-Din, pihak masjid juga menganjurkan berbagai-bagai kegiatan kemasyarakatan. Antaranya:
Memberi bantuan makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan dengan menyediakan stok makanan utama seperti beras, gula, gandum, minyak masak  kepada mereka yang memerlukan.
Selain daripada itu diadakan program menyumbang bantuan kewangan kepada golongan faqir miskin, iaitu dari dana yang disumbang orang ramai dan dari dana masjid yang terkumpul. Antaranya diadakan program ziarah ke rumah-rumah mereka yang daif bagi menyampaikan  bantuan kepada mereka.
Pihak masjid juga turun padang bagi melaksanakan konsep `Jom Mengaji`, iaitu dengan cara menghantar guru-guru ke kawasan yang terdapat mereka yang mau mengaji, tetapi tiada peluang selama ini dan mungkin tidak berkemampuan dari segi kewangan. Setakat ini kelas dibuka di flat-flat dan guru-guru  datang mengajar mengaji menurut jadual tertentu.  Pengajian boleh diikuti semua peringkat dari orang tua, ibu bapa dan anak-anak. Program yang mula dilancarkan pada tahun 2017 itu  adalah berjaya. Setakat ini pengajian diadakan  di 3 buah flat dengan pelajar seramai 100 orang dengan jumlah guru ialah 8 orang.
Pihak Masjid Al-Hasanah juga mengadakan kegiatan kebajikan hingga ke luar negara seperti mengadakan korban ke luar negara seperti di Kemboja, mengadakan bantuan kepada Plastin dan Rohingya.
Pihak masjid dapat mengadakan berbagai kegiatan antaranya selain dari dedikasi pimpinan masjid, masjid banyak menerima  sumbangan dari orang ramai dan mempunyai kewangan yang teguh yang membolehkan masjid mengadaka berbagai-bagai kegiatan.
Dari segi kemudahan di Masjid Al-Hasanah pihak masjid juga mengadakan kemudahan-kemudahan seperti ada bilik seminar, bilik tutor, bilik sumber, tapak futsal  dan kemudahan riadhah ringan.
Selain daripada itu, meyedari kalangan remaja adalah bakal mengambilalih pimpinan masjid, maka biro remaja digerakkan. Biro ini adalah biro yang aktif yang menggerakkan berbagai-bagai kegiatan masjid yang memerlukan tenaga remaja. Kalangan remaja banyak membantu kegiatan-kegiatan masjid melalui kumpulan remaja yang sering memberi tenaga bagi kerja-kerja gotong-royong hari-hari-raya, berbagai sambutan dan amal-amal kebajikan.
Masjid juga mengadakan sesi-sesi bimbingan kanak-kanak dan kursus yang berkait dengan penjagaan kanak-kanak.
Kumpulan yang paling aktif dan melibatkan diri di dalam menganjurkan kelas, kerja-kerja kebajikan, gotong royong memasak dan paling ramai yang mengikuti pengajian ialah golongan muslimat. Mereka dapatlah dikatakan golongan paling aktif yang menghidupkan masjid dengan kerja-kerja kebajikan, menghimpun dana dan sebagainya.
Dengan pimpinan dinamik, jawatankuasa yang dedikasi, maka Masjid Al-Hasanah berjaya menyusun berbagai proram pengajian dan berbagai kegiatan yang menarik orang ramai menyertainya. Lantaran itu Masjid Al-Hasanah semarak dengan kegiatan pengajian dan berbagai program kebajikan. Dengan berbagai-bagai kegiatanyang di atur ianya diikuti orang ramai sehingga Masjid Al-Hasaah menjadi salah satu masjid yang termaju di Selangor.
Sekian.

September 8, 2018


  PENGALAMAN  MASJID  AL-HASANAH
BBB, 25 Zul-Hijjah 1439H. = 06 September 2018M. (Khamis):
Seterusnya Imam Ustaz Mohd.  Idris bin Mohd. Yussoff yang juga bagi pihak Ustaz Dr. Mohd. Sukki (Shauki) bin Othman membentangkan di dalam kertaskerja mereka berhubung dengan `Pengalaman Masjid Al-Hasanah` bermula dengan kegiatan harian dan mingguan.
Sesungguhnya diri kita adalah terdiri dari fizikal, minda dan  rohani. Sebagaimana fizikal perlu bergerak bekerja bagi memenuhi keperluan fizikal, iaitu makan dan minum yang biasanya lima kali sehari dari makan pagi, minum dan makan jam 11.00, makan tengahari, minum petang dan makan malam, maka demikian juga dari segi rohani memerlukan makan kerohanian, iaitu dengan menunaikan solat lima waktu. Bagi memenuhi keperluan semua dengan secara sempurna hendaklah melalui ilmu bagi meningkatkan keperluan secara lebih berkualiti. Ini semua adalah bagi memenuhi keperluan pada peringkat minimum baik bagi keperluan fizikal, rohani dan akli. Banyal lagi tuntutan tambahan, baik atas nama sunat dan berbagai tuntutan yang mau diusahakan oleh seseorang atau jama`ah.
Di dalam memenuhi tuntutan minimum ini dipenuhi oleh pihak Masjid Al-Hasanah. Apa yang ditawarkan kepada jama`ah di Masjid Al-Hasanah ialah menurut kesesuaian dan munasabah dengan  masa normal seorang jamaah. Maksudnya jika sesudah tunaikan tuntutan fardhu bagi waktu subuh pada pagi subuih hari-hari biasa diisi dengan tazkirah ringkas sebagai bekalan rohani pagi bagi mereka yang mempunyai masa terhad bagi mengejar waktu bekerja atau urusan keluarga yang perlu dituaikan seperti menghantar anak-anak ke sekolah dan  bagi para ibu bagi menyediakan sarapan pagi bagi anak-anak dan sebagainya. Biasanya bagi tazkirah subuh dikendalikan oleh Imam bertugas atau imam jemputan. I mam biasanya memilih topik yang releven dan semasa yang sesuai disampaikan dan diterima oleh para jama`ah. Pada kebiasaan Imam memilih kitab-kitab tertentu yang dibicara secara tersusun dan bersiri dari berbagai topik, misalnya dari kitab Hadith tertentu. Dengan cara sedemikian dapat  membantu imam atau pihak yang menyampaikan tazkirah dari tercari-cari topik dan tidak berulang dari segi tema dan persoalan  jika penyampaian tidak berdasarkan kitab khusus.
Bagi waktu zohor dan asar, masjid Al-Hasanah menetapkan , bahawa mengiringi waktu solat zohor diisi dengan `tadabbur`, Penyampaian tadabbur ini dilakukan oleh Imam bertugas. Imam yang bertugas hendaklah memilih ayat-ayat Al-Qur`an yang sesuai untuk disampaikan bagi slot tdabbur yang dipetik induk persoalan dari ayat-ayat Al-Qur`an secara berturut atau bersifat petikan.  Juga dari Hadith bagi persoalam yang dibicarakan menurut releven.
Waktu yang amat penting  bagi menyampaikan pengajaran ialah waktu antara Maghrib dan `Isya`. Dianggap penting ialah kerana waktu ini, waktu pekerja-pekerja sudah pulang dari kerja, sedikit masa terluang bagi mereka dan yang lain-lain bagi mengikuti pengajaran bila datang ke masjid bagi menunaikan solat Maghrib. Setengah mereka tidak pulang higgalah waktu Isya` selepas berjama`ah bersama, atau sengaja ditunggu bagi mengikuti pengajian.,
Bagi waktu penting dan biasanya jama`ah lebih ramai datang berbanding dengan waktu zohor dan `asar, maka ianya diisi dengan pengajian atau yang dinamakan kuliah, Kuliah tidak saja disampaikan oleh Imam tetap yang bertugas, tetapi juga oleh imam-imam jemputan. Imam jemputan ini sebenarnya adalah guru-guru yang  mengajar slot waktu antara Mgh rib dan `Isya`. Biasanya bagi setiap hari ditentukan bidang pengajaran dengan guru atau imam berlainan. Misalnya:
Isnin  pengajian `aqidah
Selasa pengajaianmn fiqh
Rabu   Pengajian Hadith
Khamis pengajian tafsir
Juma`at Baca Yasin atau surah-surah pilihan
Melalui aktiviti pengajian, jama`ah dapat mengikuti pengajian menambah keilmuan dan membaiki dan mempertingkatkan amalan.
Pada hari minggui  Sabtu dan Ahad berbagai pengajian di atur memenuhi masa kedua hari berkenaan seperti pengajian Al-Qur`an, bahasa `Arab, kursus-kursus seperti Haji  dan pengajian-pengajian pilihan  yang lain.
Pendek kata masa harian dan mingguan Masjid Al-Hasanah dipenuhi kegiatan ibadat dan pengajian dan mendapat sambutan menggalakkan dari para jama`ah dan pengaji-pengaji secara khusus.
Sekian.