CADANGAN
NENYAMBUT HIJRAH AL-RASUL S.A.W.
BBB, 29
Zul-Hijjah 1439H. = 10 September 2018M. (Isnin):
Kira-kira sepuluh hari sebelum (Sabtu 20
Zul-Hijjah = 01 September), Penulis telah berbincang dengan Ir. Tuan Haji Ishak
Arshad Timbalan Pengerusi Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm tentang sambutan
Hijrah al-Rasul di Masjid Al-Umm (lupa, sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat
J/K Bulanan pada Selasa 28 Ogos lepas) bagi tahun 1440H. Kami bersetuju untuk tidak
menyambutnya secara ceramah sebagaimana dibuat bagi Maulid al-Rasul, Isra`
Mi`raj dan Nuzul Al-Qur`an yang telah disambut di Masjid Al-Umm. Sebaliknya
sambutan akan dibuat secara kreatif bersifat seni Islam. Penulis berjanji untuk
menggubah puisi ala tradisional berhubung dengan Hijrah al-Rasul s.a.w. Dalam
tempoh sepuluh hari itu, setelah membaca tentang Sirah al-Rasul, penulis
siapkan puisi ala syair berhubung dengan Hijrah al-Rasul s.a.w. sebagaimana
berikut:
Hijrah Al-Rasul
S*alla Allah `ala Muhammad S*alla Allah `alayhi wa sallam (2 x)
S*alawat dan salam ke atas Junjungan
Muhammad Rasulullah di utus ke seluruh alam
Biarpun permulaan di Makkah mendapat tentangan
Dengan Hijrah ke Madinah Islam berkembang.
Hijrah Al-Rasul s*alla Allah `alayhi wa sallam
Dari Makkah al-Mukarramah tanah kelahiran
Ke Madinah al-Munawwarah menyibarkan Islam
Rahmat limpah
meluas ke seluruh alam.
Tiga belas tahun Rasulullah berdakwah
Penerima sedikit berbanding yang membantah
Awal penerima Islam dan pembela Rasulullah
Ali Abi Talib, Abu Bakar al-S*iddiq dan
Khadinah.
Dakwah Rasullah mendapat penentangan
Dari pembesar Quraisy dan pemimpin tempatan
Abu Jahal dan Abu Lahab bertindak kejam
Menyekat makanan mengadakan kepungan.
Keperitan Rasulullah lebih ketara
Selepas kematian Abu Talib dan Khadijah
tercinta
Kematian mereka tidak melemah semangat Baginda
Terus berdakwah walau antara mereka disiksa.
Antara strategi diambil ialah berpindah
Pertama menuju ke T*aif berdakwah
Begitu juga dengan beberapa misi ke Habasyah
Ada penerimaan Raja Najashi tapi tidak
menyerlah.
Tahun ke 12 dibangkit Baginda Rasul Ummi
Rasulullah mengatur pertemuan rombongan haji
Bertemu 12 orang di Bai`ah al-`Aqabah pertama
kali
Diikuti pertemuan 73 orang Bai`ah al-`Aqabah
kedua kali.
Apabila Rasulullah dikepung di Makkah
Ali mengganti di tempat tidur Rasulullah
Abu Bakar menemani di Gua Thur berhimmah
Dihantar Asma`
bekalan untuk berhijrah.
Strategi Rasul Hijrah ke Madinah meyerlah
Bersama Abu Bakar al-S*iddiq tiba di Madinah
Disambut penduduk secara marhaban meriah.
Pada tahun pertama Masjid Quba` didirikan
Juga sama Masjid Nabawi dibangunkan
Adalah markas ibadat, pengajaran dan
prntadbiran
Kaum Aus Khazraj bersama Muhajirin disatukan.
Hijrah peristiwa penting dalam sirah
Bijaksana strategi diatur Rasulullah
Pandangan jauh hikmat terserlah
Pentingnya dipilih kiraan Tahun Hijrah.
Salawat dan salam ke atas Junjungan
Muhammad Rasulullah diutus ke seluruh alam
Biarpun permulaan di Makkah mendapat tentangan
Dengan Hijrah ke Madinah Islam berkembang.
S*alla Allah `ala Muhammad S*alla Allah `alayhi wa sallam. (2 x)
Sekian.
26 Zul-Hijjah 1439H.
07 September 2018M.
No comments:
Post a Comment