PILIHANRAYA BAGI MENEGAKKAN DEMOKRASI: SURUHANJAYA PERLU BERINTEGRITI
(Fikrah Bangi – 5):
BBB, 13 Muharram, 1440H. = 23 September 2018M.
(Ahad):
Pilihanraya adalah dianggap cara terbaik dalam
sistem demokrasi bagi memilih pimpinan sesebuah negara. Negara kita telah memilih sistem ini sejak
merdeka. Pada dasarnya berjalan dengan baik, tetapi kaedah perlaksanaannya
berbagai dan ada ruang bagi memperbaikinya. Bagi melaksanakan pilihanraya ada
Suruhanjaya dilantik dan pada 21 September 2018 lepas pihak Ketua Setiausaha Negara telah melantik Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Negera yang baru, iaitu En. Azhar Azizan (56) sebagai
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Negara. Beliau adalah berpengalaman di dalam
bidang undang-undang dan sarjana di
dalam bidang berkenaan yang lulus dari Fakulti Undang-Undang Universitri Malaya
dan dari Universiti London. Tahniah untuk permulaan.
Sebagai institusi penting di dalam memlih
kepimpinan negara, maka adalah diharapkan badan ini berwibawa dan mempunyai
kebebasan tanpa kongkongan oleh pemerintah dan parti politik antaranya
diharapkan badan ini secara terus berada di bawah parlimen dan perlantikan
pengerusinya dilulus parlimen dan dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.
Rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur
21 tahun ke atas berhak mengundi atas dasar setiap orang satu undi. Ada desakan seperti dari Pemuda PH agar
diturunkan umur bagi kelayakan mengundi kepada 18 tahun. Ada kewajaran, tetapi
perlu kepada perbincangan yang lebih
mendalam dengan melihat kepada kewajaran dan implikasinya.
`Undi Pos` Istilah ini tidak sesuai perlu
ditukar kepada `Undi Kritikal` perlu diketatkan, hanya kepada yang benar-benar
bertugas dan tidak melibatkan keluargadan seluruh institusi.
Bagi calon yang mau bertanding adalah
dicadangkan seorang yang mempunyai kesihatan yang baik yang perlu mendapat
pengesahan dari doktor perubatan yang bertauliah selain dari bebas dari kes
jenayah. Adalah wajar seorang calon tidak boleh bertanding pada satu masalebih
dari satu kerusi sama ada pada peringkat DUN atau Parlimen bagi mempastikan
calon yang menang dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.
Setiap calon yang menang, ditegah sama sekali
dari meletakkan jawatan, kecuali sebab kesihatan atau terlibat dengan jenayah, jika
diletak jawatan, misalnya bagi memberi ruang calon lain bertanding, maka ianya
hendaklah didenda berdasarkan kos bagi menjalankan pilihanraya – denda adalah
dua kali ganda jumlahnya atau jumlah yang difikirkan setempal. Ini bagi
mengelak dari berlaku perletakan jawatan
secara sewenang-wenang.
Begitu juga bagi menjaga prestasi calon yang dipilih,
wajar difikirkan tempoh maksimum bagi seorang calon yang menang hendaklah tidak
melebihi tiga penggal. Bagi yang kalah lebih tiga kali wajar juga ditegah dari
bertanding,
Begitu juga sebagaimana yang diamalkan oleh
negara-negara pendukung demokrasi seperti Amerika bahkan Indonesia, wajar
dihadkan tempoh menjadi Presiden atau Perdana Menteri hanya dihadkan kepada dua
penggal sahaja,
Jika pemerintahan adalah berdasarkan kepada
pemilihan dari rakyat, adalah wajar di negara kita hanya ada Dewan Rakyat yang
dipilih rakyat dan tidak perlu kepada Dewan Negara yang didasarkan kepada
lantikan. Dengan ini bolehmenepati mereka yang memimpin adalah dari kalangan yang dipilih rakyat.
Dengan demikian boleh menyelamatkan peruntukan dan dapat mengelak dari karenah
yang tidak demokratik.
Melalui sistem demokrasi adalah wajar pihak
pembangkang yang menang, tetapi tidak dapat memerintah, kerana tidak mendapat
majoriti diberi hak secara adil, bahawa pihak pembangkang, terutama ketua
pembangkan dan timbalan wajar diberi kedudukan sebagai Menteri dan Timbalan
Menteri yang tugasnya mengurus kepentingan pihak yang menang dan tidak dapat memerintah.
Mereka diberi penghormatan dengan ada pejabat dan kemudahan-kemudahan yang selayaknya.
Kemudahan yang diberi hendaklah berdasarkan peratus kemenangan mereka dan untuk
diberi hak misalnya mestilah mendapat sokongan (menang) tidak kurang dari 10%
undi. Makin besar undi dan kerusi yang dimenangi, makin ramai berhak mendapat
kedudukan.
Adalah wajar diberi pertimbangan, bahawa calon
Perdana Menteri atau Presiden Negara boleh ditandingi bukan saja dari wakil
parti, tetapi tokoh berwibawa yang bebas dan berintegriti. Calon dipilih secara
langsung oleh rakyat dan mengatasi pengaruh politik. Pemilihan calon sedemikian
hendaklah diluluskan oleh badan berwibawa dan tidak dibenarkan manayang tidak
berkelayakan.
Kita mau Suruhanjaya Pilihanraya dan pemimpin kita berwibawa., berintegriti dan dihormati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment