PAKATAN HARAPAN MENANG HASIL DARI KEMARAHAN
RAKYAT !
(Fikrah Bangi – 4):
BBB, 11 Safar 1440H. = 21 September 2018M.
(Juma`at):
Setelah 13 kali pilihanraya, maka pilihanraya
kali ke 14 adalah paling mengejut dan di luar dari jangkaan. Pada jangkaan BN
akan terus menang dan memerintah, walaupun dijangka majoritinya berkurangan. Namun
pengumuman yang dibuat hasil dari keputusan pilihanya ke 14, pada 10 Mei 2018
itu menunjukkan bahawa kerajaan yang memerintah iaitu BN kehilangan majoriti
dan kalah kepada Pakatan Harapan (nama parti ini masih belum popular pada masa
itu).
Daripada keputusan menunjukkan kerusi yang dimenangi pada masa itu ialah:
Barisan Nasional 79
PKR 113
Pas 18
Warisan 8
Star 1
Bebas 3
Dalam Pakatan harapan (menggunakan lambang
PKR) parti yang paling tinggi dan
dominan ialah PKR, tetapi Perdana Menteri yang dipilih secara kompromi dan ada
janji bukan dari PKR.
Kemenangan PH adalah hasil dari kemarahan
rakyat terhadap BN yang perit dengan GST, kenaikan harga barang berterusan dan
harga rumah di luar dari kemampuan. Fokus kemarahan ialah terhadap Perdana
Menteri Dato` Seri Najib Tun Razak. Penyebaran maklumat yang membawa kemenangan
kepada PH ialah antaranya dengan menggunakan media baru – internet adalah mekanisme
utama memberi kemenangan kepada PH. PH juga mendapat dokongan dari kalangan
generasi muda. Kini PH telah mengagihkan jawatan-jawatan dari Menteri kepada
Timbalan Menteri dan yang lain-lain kepada mereka yang terpilih. Setengah
daripada mereka tergamam dan kekok dalam
menjalankan tugas pada peringkat permulaan. Ada yang berpendapat kemenangan PH
akibat dari kata pepatah, ``Marahkan nyamuk, bakar kelambu.`` Bermaksud kerana
marahkan Najib, maka semua ditolak dan ada setengah meluahkan kekesalan.
Dalam tempoh empat bulan kata Presiden Pas Dato`
Seri Abdul Hadi Awang, ``Pemerintahan PH lebih teruk dari BN memerintah 61
tahun !``
Sebagai bukti pola cukai GST, masih diikuti, cuma
diubah nama dan peratus percukaian dengan satu jumlah barang-barang yang
dikecualikan cukai. Tidak adakah pakar ekonomi yang kreatif dan genius yang dapat
menampilkan kaedah cukai yang berlainan dari pola GST yang menyenangkan rakyat
? Adalah dijangkakan beban cukai SST yang seperti GST
berterusan dan sememangnya harga barang-barang sedang naik dan rakyat
makin menderita dan amat terbeban.
Sebenarnya PH sedang menghimpun kemarahan
rakyat yang kalau tidak terkendali akan menjadi bom jangka yang akan
memusnahkan PH. Lihatlah:
Belum cukup tempoh 100 hari memerintah, PH
mengaku tidak dapat menunaikan manifesto yang dijanjikan dan Dr. Mahathir
berharap janji-janji berkenaan dapat di review kembali.
Mazlee Malik Menteri Pelajaran yang tidak
berpengalaman membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan rakyat, dengan
kenyataan mau mengiktiraf kelulusan dari
Taiwan, Beliau juga tidak peka, sebagai
Menteri Pelajaran menerima perlantikan sebagai Presiden bagi UIAM, sepatutnya
beliau tidak menerima, Ia mendiskriminasikan dari segi kedudukannya bagi
universiti-universiti yang lain di Malaysia. Walaupun beliau dikecam dan ada
pelajar-pelajar yang menunjuk perasaan, beliau nampaknya masih tidak mau
berundur.
Orang Melayu amat sensitif dengan institusi
Felda dan Mara. Ada percubaan untuk memecahkan kedua-dua institusi berkenaan,
tetapi mendapat tentangan hebat dan terpaksa dihentikan, buat sementara ?
Satu lagi institusi yang amat sensitif bagi
umat Islam yang dianggap institusi itu berjaya selama ini, ialah percubaan
untuk mengubah JAKIM. Namun mendapat tentangan hebat dan terpaksa ditarik balik
dan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengendalikan JAKIM yang pada
permulaannya menteri berkenaan membuat kenyataan beberapa perkara yang
menyakitkan hati umat Islam. Menteri yang mempopularkan pendekatan Islamnya
dengan konsep `Rahmatan lil `alamin` itu kini lebih berhati-hati di dalam membuat
kenyataan.``
Penarikan balik beberapa projek yang memberi
faedah kepada rakyat seperti Projek Keretapi laju ke Pantai Timur mendukacitakan rakyat. Ia ibarat hukuman
terhadap penduduk Pahang, Terengganu dan Kelantan yang tidak menyokong PH.
Dato` Seri Anwar Ibrahim yang parti PKR
mempunyai kerusi terbanyak dan mempunyai pengaruh terbesar di dalam PH,
nampaknya tidak sabar-sabar untuk menduduki kerusi Perdana Menteri hingga sanggup
bertanding pada kerusi yang sepatutnya tidak sengaja dikosongkan. Banyak pihak
berpendapat cara `Langkah PD` tidak
wajar dilakukan. Cara ini pernah dilakukan pada `Langkah Kajang` oleh Wan
Azizah. Mungkinkah Langkah PD tidak sampai kepada maksud seperti Langkah Kajang
dulu ? Kita bersetuju dengan cadangan agar sesiapa
yang mengosongkan kerusi yang diberi mandat rakyat hendaklah didenda berganda
berdasarkan kos bagi mengendalikan pilihanraya bagi kerusi dikosongkan.
Sebenarnya PH sekarang sedang menghimpun
bara-bara api kemarahan rakyat, termasuk kes Lim Guan Eng yang banyak pihak
terkejut dengan keputusan buang kesnya. Api-api kemarahan rakyat terus
bertambah, jika tidak dipadamkan dengan bijaksana. Tiba masanya akan meledak
sebagaimana pernah meledak terhadap Dr. Mahathir sendiri berhubung dengan kes
Dato` Seri Anwar dulu dan kini ledakan itu berlaku terhadap Dato` Seri Najib !
Sekian.
No comments:
Post a Comment