SEDIH
MELIHAT NASIB UMNO – CADANG UBAHSUAI NAMA
(Fikrah Bangi – 2).
BBB, 10 Muharram 1440H. = 20 September 2018M.
(Khamis):
UMNO bersama BN yang kalah dalam pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 lalu di tangan Pakatan Harapan terus dirundung
malang dari kehilangan negeri-negeri, kecuali Pahang dan Perlis kepada
kehilangan ahli-ahli. Terbaru mengumumkan perletakan jawatan berturut hari
ialah Tan Sri Mustapa Mohamad Ahli Parlimen Jeli, Kelantan - Bekas Menteri Perdagangan Malaysia pada 11
September 2018 dan hari ini (19 September) turut keluar dari UMNO ialah Tan Sri Anipah Aman ahli Parlimen Kimanis, Sabah
- Bekas Menteri Luar Malaysia. Kedua-dua
mereka merasa tidak senang denganperkembangan
dan prestasi UMNO selepas Mesyuarat Agung yang melantik Tan Sri Ahmad Zahid
Hamidi menjawat jawatan Presiden UMNO. Perletakan jawatan ini memberi isyarat
berkemungkinan berlaku perletakan-perletakan jawatan selanjutnya dari
kepimpinan yang lain.
Dalam pada itu kelemahan parti terserlah dan tidak bertindak terhadap ahli-ahli yang
terang-terang menyatakan sokongan terhadap pihak lawan dan bersedia untuk
berkempen bagi memenangi pimpinan parti lawan dalam pilihanraya kecil bakal
ditandingi di Port Dickson. Kecelaruan seperti ini mengeciwakan
pemimpin-pemimpin veteran seperti Tan Sri Mustapa Mohamad dan Tan Sri Anipah
Aman. Walau bagaimana kelemahan atau kesalahan tidak boleh dibebankan ke atas
Ahmad Zahid Hamidi semata-mata, kerana beliau adalah mewarisi kemelut dan
permasalahan kepimpinan sebelumnya, khususnya dari Dato` Seri Najib Tun Razak
yang bukan sahaja hilang kepimpinan dan kekuasaan, tetapi berdepan dengan
berbagai tindakan mahkamah.
Sebagai parti yang teguh dalam warisan sejarah
dan parti utama yang berjuang dan menghasilkan kemerdekaan tidak seharusnya
dibiar runtuh dengan sendirinya. 61 tahun usia UMNO tidaklah terlampau tua,
sedangkan usia bagi kematangan sesebuah negara menurut Ibn Khaldun adalah dalam
lingkungan seratus tahun. Kita fikir , bukan saja ahli, tetapi juga dari
pemimpin parti-parti lawan tidak mau UMNO yang bersejarah menghadapi kematian.
Banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari
apa yang dihadapi UMNO, Tiada siapa yang meyangka, termasuk parti lawannya,
bahawa UMNO bersama Barisan Nasional yang begitu kukuh dapat dikalahkan pada
pilihanraya 9 Mei 2018 yang lepas.
Tentulah ada sebab yang besar di samping sebab-sebab yang lain yang menyebabkan
rakyat bangkit serentak menafikan UMNO dan Barisan Nasional dari terus
memerintah. Rakyat merasa amat terbeban dengan cukai GST dan kenaikan kos sara
hidup yang amat membebankan mereka. Sebahagian dari pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai
selama ini bermaharajalela melakukan rasuah dan kesalahan yang menjadi budaya
negatif berterusan, kerana mereka tidak menjangka satu perubahan besar akan berlaku dan akan
turut sama menimpa mereka. Hingga kini kita menyaksikan tangkapan demi tangkapan
terus dilakukan terhadap pelaku-pelaku rasuah. Ia merupakan proses pembersihan,
walaupun menimbulkan keadaan yang merimas dan membimbangkan bahawa ianya
memberi imej yang buruk bagi negara sebagai `Negara Rasuah !
Walau bagaimana UMNO masih mempunyai peluang
dan masa depan dengan syarat mesti mengkoreksi diri dan memperkasakan UMNO
dengan perubahan dan penyesuaian.
Adalah didapati UMNO, walaupun sudah diadakan
mesyuarat agung dan pemilihan, tetapi imej dan watak serta gaya kepimpinan
tidak berubah. Tiada dinamika baru yang dapat memberi semangat dan tenaga baru
yang segar yang dapat membawa kepada perubahan dinamik dan meyakinkam
masyarakat.
Beberapa cadangan diajukan untuk UMNO bangkit
kembali
1) Ubahsuai nama UMNO
UMNO dijenamakan kepada
`UNITED MALAYSIANS NATION ORGANISATION` dengan nama singkatnya tidak berubah,
iaitu UMNO. Dengan cara ini UMNO dilihat tidak bersifat perkauman. Ianya dapat
disertai oleh semua kaum sama ada secara perseorangan atau badan-badan.
Dengan ini UMNO yang
disesuaikan nama dapat menandingi parti-parti lain dan lawan seperti PKR, DAP
dan sebagainya yang namanya tidak bersifat perkauman. Penyatuan dari berbagai
parti perkauman seperti dalam BN sudah
tidak sesuai lagi pada masa kini.
2) Perlembagaan parti UMNO hendaklah diubahsuai dan usaha
hendaklah dilaklukan bagi kemasukan pelbagai kaum dan organisasi di dalam UMNO
yang diubahsuai.
3) Buat permulaan keahlian secara jemputan hendaklah
dilakukan terhadap tokoh-tokoh penting berbagai kaum yang berjasa yang berpengaruh dan mempunyai bakat
kepimpinan untuk menjadi ahli kehormat dan seterusnya ahli biasa yang dapat sama
memimpin UMNO yang diubahsuai.
4) UMNO yang diubahsuai hendaklah bergerak sama
dengan parti-parti yang lain sama menjunjung prinsip demokrasi bertujuan bagi
membangun negara, bangsa dan keyakinan pegangan.
5) Motto yang sesuai hendaklah dicipta yang dengannya menaikkan semangat semua ke arah
bersatu, maju dan menjadi kebanggaan
bersama sebagai contoh:
`CINTA MALAYSIA`, `SATU MALAYSIA`, `MAJU MALAYSIA`, SEJAHTERA MALAYSIA dan sebagainya.
Kita simpati terhadap UMNO dan mengharapkannya
bangkit terus berjuang bergandingan
dengan parti-parti lain bagi menegakkan idealisme masing-masing di negara
tercinta - Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment