September 10, 2018

ULASAN DAN PENDAPAT


ULASAN  DAN  PENDAPAT
BBB, 28 Zul-Hijjah 1439H. = 09  September 2018M. (Ahad ):
Ulasan terhadap kertaskerja tentang `Memperkasakan Institusi Masjid, Pengalaman Masjid Al-Hasanah adalah dilakukan oleh pertama:
Tuan Haji Kamaruddin bin Muhammad. Beliau adalah merupakan Setiusaha  bagi Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah. Beliau tidak membuat kritik terhadap apa yang telah dibentangkan oleh Ustaz Idris Yussoff, sebaliknya menambah:
a)      Pengajian seperti  Tafaq               quh fi al-Din di Masjid Al-Hasanah adalah dikehendaki mengikut kitab yang ditentukan. Guru yang mengajar dikehendaki mengikuti apa yang terkandung di dalam kitab dari awal sehingga ke akhirnya. Dengan cara ini bidang sesuatu ilmu itu dapat dihadhamkan dan persoalan kandungan dapat difahami secara seturut. Guru tidak menerawang kepada persoalan-persoalan yang lain dan tidak releven bila tidak menggunakan kitab. Para pengaji juga  sepatutnya mempunyai kitab (membeli) dan mengikuti kandungan dengan teratur. Dengan adanya kitab dapat ditanya atau dirujuk perkara-perkara yang ditanya dengan mudah.
b)      Menurut Tuan Haji Kamaruddin Masjid Al-Hasanah dapat dikatakan ruang bagi jama`ah, khususnya pada hari Juma`at adalah penuh. Jama`ah yang lewat terpaksa berada di luar dan bahagian tambahan sementara. Keadaan kekurangan tempat ini dapat ditampung oleh surau-surau yang mendirikan solat Juma`at. Setakat ini surau-surau yang dibenarkan  mendirikan Juma`at  di bawah Masjid Al-Hasanah adalah lapan buah. Tanpa surau-surau yang dibenarkan mendirikan Juma`at sudah pasti ramai yang bermasalah untuk menunaikan solat Juma`at. Aoabila Masjid  Al-Umm didaftar dan dapat mendirikan solat Juma`at, maka sebahagian dari kekurangan tempat dapat ditampung oleh Masjid Al-Umm.
c)       Pembahagian surau-surau di Bandar Baru Bangi akan dibahagikan semula, khususnya apabila Masjid Al-Umm didaftarkan secara rasmi di bawah JAIS. Surau-surau akan dibahagi dan diletakkan kelak sama ada di bawah Masjid Al-Hasanah, Al-Umm atau Masjid Teras Jernang.
Pengulas kedua ialah Dr. Shafie Abu Bakar. Beliau juga tidak menyentuh kertaskerja yang dianggapnya sudah sempurna. Beliau adalah menambahkan beberapa maklumat, bahawa:
a)      Sebelum ada Masjid Al-Hasanah, jama`ah dari Bandar Baru Bangi, mendirikan solat Juma`at  di Masjid UKM yang mula digunakan pada 16 April 1982.
b)      Masjid Al-Hasanah mula digunakan secara rasmi selepas dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Mac 2000 bersamaan 4 Zul-Hijjah 1420. Dengan pembukaan Masjid Al-Hasanah penduduk bersolah Juma`at di Masjid Al-Hasanah di samping surau-surau yang dibenarkan mendirikan Juma`at.
c)       Sebagaimana disebutkan walaupun Masjid Al-Hasanah sudah didirikan, tetapi hingga tahun 2010 didapati Masjid Al-Hasanah mulai tidak dapat menampungkan jama`ah di Bandar Baru Bangi, sehingga beberapa surau dibenarkan mendirikan Juma`at, sebab itu oleh kerana terdapat tanah yang disediakan di Seksyen Satu seliuas 2 ekar untuk mendirikan masjid, maka adalah wajar dipohon untuk mendirikan masjid, agar dapat menampung kekuranganb tempat bagi mendirikan solat Juma`at. Kalau tapak ini tidak digunakan, ianya akan digunakan bagi kepentingan yang lain. Sebab itu pihak Jawatankuasa memohon supaya tapak berkenaan digezetkan untuk masjid dan mesyuarat bagi mendirikan Masjid Al-Umm diadakan pada 4 Februari 2010 yang membawa kepada terdirinya Masjid Al-Umm.
Antara cadangan yang dilakukan oleh peserta:
1)      Dato` Dr. Wahid Samsuddin
Kegiatan Biro Pendidikan di Masjid Al-Hasanah menjadi faktor penting bagi pengimarahan Masjid Al-Hasanah. Masjid Al-Umm hendaklah mempelajari cara yang dilakukan di Masjid Al-Hasanah. Kita tidak mau masjid setakat mendirikan solat semata-mata.
2)      Puan Hajah Kamariah Yusof.
Pemuda dan remaja Masjid Al-Hasanah banyak melakukan kegiatan bagi mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Masjid Al-Umm mempunyai sekolah menengah dan rendah yang berjiran dengannya, maka hubungan baik hendakl;ah dilakukan dengan kedua sekolah berkenaan dan memupuk pelajar-pelajar berkenaan rapat dengan masjid
3)      Imam Rahmat
Mengharapkan Masjid Al-Umm mencontohi Masjid Al-Hasanah yang pernah disifatkan mencapai taraf `Lima Bintang`.
4)      Tuan Haji Kalyubi Ghazali
Beliau mau keterlibatan keluarga keliling Masjid Al-Umm  bagi menyertai segala kegiatan, terutama di dalam berjama`ah.
·         Tambahan
Imam Idris Yussoff, mengakui setakat ini Masjid Al-Hasanah belum lagi dapat menarik warga industri (kilang) melibatkan diri dengan Masjid Al-Hasanah.
Pihak institusi yang memberi kerjasama dengan Masjid Al-Hasanah ialah Pelajar-pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS).
Tuan Haji Kamaruddin menambah, ``Masjid perlu menguasai bidang ICT` bagi memudahkan komunikasi dan meyibarkan maklumat.
Seminar adalah berjaya, banytak maklumat yang dapat dimanfaatkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment