BARANG BAIK DIDATANGI, JIKA BURUK ORANG JAUHI
(Fikrah Bangi: 11):
BBB, 19 Muharram 1440H. = 29 September 2018M.
(Sabtu):
Demikianlah ibarat kepada Umno kini. Pengumuman Dato` Sei Zahid Hamidi
Presiden Umno,bahawa parti Umno mengambil pendekatan untuk menubuhkan `Keranjaan Perpaduan` yang terdiri antaranya dari parti yang
memerintah. Pengumuman ini agak mengejutkan dan timbul pertanyaan, apakah
releven kenyataan ini dikeluarkan sekarang
? Ini memandangkan Umno sekarang
di dalam keadaan lemah dan menghadapi berbagai-bagai masalah. Jadi dalam
keadaan lemah ini dan tiada kekuasaan, tiada parti mau mendekati, bahkan ada
yang bertindak melarikan diri darinya. Sebagai contoh satu demi satu
pemimpin-pemimpin parti berkenaan bertindak keluar parti. Sebaliknya jika
sesebuah parti itu baik, lebih-lebih lagi jika mempunyai kekuasaan orang
berlumba-lumba mendekatinya, mau menjadi ahli atau menjadi pemimpin, kerana
jika mendapat peluang berkenaan banyak faedah dan kesempatan yang bakal
didapati. Lihatlah PKR, ramai yang mencari peluang menjadi ahli dan menjadi
pimimpin. Pemilihan parti menjadi kecoh dan perbalahan, kerana masing-masing mau memastikan hak dan peluang
tidak terlepas. Demikianlah dengan parti Bumiputera Bersatu, parti yang tidak
jauh dari segi nama dan perjuangan dengan Umno – menekankan bumiputera dan ada
unsur perkauman ini l bagi mengambilalih peranan Umno tetap menjadi rebutan. Parti yang tidak
teratur dari segi penyusunan itu sedang memperkemaskan diri bagi lebih mendapat sokongan dari rakyat. Bila barang baik,
ada kuasa dan peluang mendapat kedudukan dan pulangan orang berebut datang untuk
mencari peluang.
Sebagai reaksi terhadap cadangan Dato` Seri
Zahid Hamidi di atas, pihak Pakatan Harapan, membuat kenyataan, bahawa pihak PH
tidak sekali-kali mau bersama Umno. Wan Azizah Timbalan Presiden PKR dalam satu
kenyataan melalui media eloktronik pada 28.9.2018, ketika ditanya mengenai
cadanga Dato` Seri Zahid Hamidi mau mengadakan Kerajaan Perpaduan dengan parti
pemerintah sekarang menyatakan bahawa, beliau tidak tahu menahu berkenaan
perkara tersebut dan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan.
Dalam kata lain, hasrat Presiden Umno lebih
bersifat sebelah pihak, tidak munasabah,
tergesa-gesa dan kurang kena dengan masa. Ianya boleh diibaratkan sebagai kata
pepatah. `Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong`.
Apa yang patut dalam keadaan sekarang Umno,
harus memperbaiki diri terlebih dahulu.
Kita berpendapat masa yang diambil untuk bermuhasabah dan bertindak agak lewat,
iaitu sesudah empat bulan berlalu, sesudah ahli gelisah dan setengahnya keluar parti,
maka baru permasalahan mau dibincangkan di dalam Perhimpunan Agung yang kini dalam perjalanan. Perhimpunan
Luar Biasa sepatutnya diadakan sebaik
keputusan pilijanraya diketahui.
Perkara yang menbjadi prioriti ialah mengusahakan pembersihan parti dari berbagai
tuduhan, terutama yang melibatkan pemimpin terdahulu. Perlu diperjelas di
antara tindakan individu dan parti. Pihak parti
jangan membelakangkan pendapat pemimpin vetreran yang berjasa terhadap
parti, sehingga mereka tidak nerkecil hati. Mereka adalah aset bagi parti.
Perlu diingat di kalangan parti-parti yang
memerintah juga ada perlumbaan mendapat dan memperkuat pengaruh, khususnya yang
masih muda dan kurang dari ahli dan cawangan. Tokoh-tokoh penting dari Umno,
sudah pastilah menjadi sasaran untuk menarik mereka menyertai parti
masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan. Jadi tidak hairan dan
berkemungkinan ada antara yang keluar parti dipujuk atau bertujuan untuk
menyertai parti baru yang ada kekuasaan. Bagi ahli-ahli di dalam Umno, perlu
disedarkan, bahawa mereka seharusnya kekal dan mempertahankan Umno baik di
dalam masa senang dan susah.
Umno perlu mengadakan perubahan dari dalam dan
luar dengan menampilkan pendekatan dan
imej baru yang meyakinkan. Perlu diingat pihak yang memerintah juga tidak
kurang dari wujudnya elemen yang boleh membawa kepada perpecahan yang jika
tidak dikawqal juga boleh membawa kepada keruntuhan.
Pihak Umno, dalam keadaan kini perlu mencari
pendekatan yang boleh diyakini semua pihak. Umno perlu bangkit dengan
pendekatan dan azam baru serta mempunyai slogan baru iaitu, ``Bangkit`.
Jika Umno berjaya dibaiki orang dekati, tetapi
jika masih buruk imejnya orang jauhi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment