FIKRAH
BANGI
(Fikrah Bangi 1)
BBB, 9 Safar 1440H. = 19 September 20`8M.
(Rabu):
Mulai hari ini Penulis memulakan siri penulisan
`Fikrah Bangi`, bermaksud ` Pemikiran`
atau `Minda` Bangi. Istilah ini lebih ringkas, padat dan menarik
berbanding dengan istialh-istilah yang lain yang sama maksuddengannya.
Sungguhpun siri ini adalah baharu, tetapi pada hakikatnya adalah kesinambungan
dengan apa yang Penulis hasilkan, iaitu:
1) Bangi Bandar Ilmu (2012)
2) Gagasan Bangi (2012)
3) Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu (2014)
4) 40 Tahun Bandar Baru Bangi (2017)
Cuma keempat buah buku berkenaan bersifat
melihat ke dalam, bermaksud melihat kepada persoalan (keilmuan) yang berhubung dengan Bandar Baru Bangi,
sebaliknya melalui `Fikrah Bangi` Penulis seolah-olah berdiri di Bangi dan
melihat keliling – khususnya keluar secara meluas (termasuk persoalan di Bangi
sendiri). Penulis menggunakan `Bangi` sahaja, tidak Bandar Baru Bangi, kerana
pada pendapat Penulis, setelah usia Bandar Baru Bangi melebihi 40 tahun (1977-2017),
maka ianya sudah tidak sesuai dipanggil `Bandar Baru Bangi`, sebaliknya
dipanggil `Bangi` sahaja. Jika hendak dibezakan dengan Bangi Lama dipanggil
`Pekan Bangi` bagi Bangi Lama.
Fikrah Bangi akan membincangkan tentang segala
persoalan, khususnya semasa yang difikirkan releven, termasuk isu yang
berhubung dengan ummah, politik , sosio-budaya, pendidikan, ekonomi, alam
sekitar, seni, peradaban dan tamadun sama ada bersifat lokal dan global.
Masa yang dipilih kini adalah sesuai dengan:
a) Bangi melangkah ke ambang 50 tahun.
b) Berlaku perubahan besar dari segi landscape politik dan pemerintahan
negara
c) Bangi turut berubah dari segi kekuasaan politik
d) Suasana politik, pentadbiran dan ekonomi tanahair yang masih tidak stabil
e) Keresahan masyarakat, ke mana mereka hendak
dihala, termasuk generasi muda.
Oleh kerana Penulis terlibat sekian lama di
dalam bidang penulisan, Penulis berpendapat tidaklah wajar Penulis hanya
menumpukan pada Bangi semata-mata . Adalah tidak wajar tidak melihat kepada
arus perubahan besar yang berlaku di sekeliling melanda. Namun begitu Penulis menyedari,
sejauh mana sekerdil diri mampu
memperkatakan persoalan-persoalan besar yang diri berada di pinggirnya.
Walau bagaimana dengan suasana yang lebih
terbuka dan berdasarkan kebebasan mengeluarkan pendapat, Penulis mengambil
bahagian mengeluarkan pendapat, mengkritik, membuat cadangan yang difikirkan
sesuai dengan menyedari kedudukan diri dan siapakah yang mau memberi perhatian
terhadap pendapat terpinggir. Tanpa
mengira terhadap apa nilai yang diberi
dari luar, Penulis menulis, sekurang-kurangnya merakamkan pengalaman dan pendapat mengenai
isu-isu yang Penulis lalui paling tidak sebagai arkif diri sebagaimana berbagai-bagai
penulisan yang Penulis hasilkan.
Menyedari apa yang dihasilkan adalah dalam
penelitian dan penilaian zaman, maka di dalam menulis Penulis:
·
Berpandukan
ilmu dan pengalaman yang Penulis alami dan lalui
·
Bersifat
objektif berdasarkan fakta, kecuali yang bersifat kreatif.
·
Mengelak dari
bersifat bias
·
Mengkritik
bagi yang sesuai dikritik dan membuat cadangan bagi yang sesuai diberi cadangan
·
Membina
budaya ilmu termasuk di dalam bidang penulisan.
Semoga diberi pertunjuk dan Hidayah oleh
Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment