September 8, 2018


  PENGALAMAN  MASJID  AL-HASANAH
BBB, 25 Zul-Hijjah 1439H. = 06 September 2018M. (Khamis):
Seterusnya Imam Ustaz Mohd.  Idris bin Mohd. Yussoff yang juga bagi pihak Ustaz Dr. Mohd. Sukki (Shauki) bin Othman membentangkan di dalam kertaskerja mereka berhubung dengan `Pengalaman Masjid Al-Hasanah` bermula dengan kegiatan harian dan mingguan.
Sesungguhnya diri kita adalah terdiri dari fizikal, minda dan  rohani. Sebagaimana fizikal perlu bergerak bekerja bagi memenuhi keperluan fizikal, iaitu makan dan minum yang biasanya lima kali sehari dari makan pagi, minum dan makan jam 11.00, makan tengahari, minum petang dan makan malam, maka demikian juga dari segi rohani memerlukan makan kerohanian, iaitu dengan menunaikan solat lima waktu. Bagi memenuhi keperluan semua dengan secara sempurna hendaklah melalui ilmu bagi meningkatkan keperluan secara lebih berkualiti. Ini semua adalah bagi memenuhi keperluan pada peringkat minimum baik bagi keperluan fizikal, rohani dan akli. Banyal lagi tuntutan tambahan, baik atas nama sunat dan berbagai tuntutan yang mau diusahakan oleh seseorang atau jama`ah.
Di dalam memenuhi tuntutan minimum ini dipenuhi oleh pihak Masjid Al-Hasanah. Apa yang ditawarkan kepada jama`ah di Masjid Al-Hasanah ialah menurut kesesuaian dan munasabah dengan  masa normal seorang jamaah. Maksudnya jika sesudah tunaikan tuntutan fardhu bagi waktu subuh pada pagi subuih hari-hari biasa diisi dengan tazkirah ringkas sebagai bekalan rohani pagi bagi mereka yang mempunyai masa terhad bagi mengejar waktu bekerja atau urusan keluarga yang perlu dituaikan seperti menghantar anak-anak ke sekolah dan  bagi para ibu bagi menyediakan sarapan pagi bagi anak-anak dan sebagainya. Biasanya bagi tazkirah subuh dikendalikan oleh Imam bertugas atau imam jemputan. I mam biasanya memilih topik yang releven dan semasa yang sesuai disampaikan dan diterima oleh para jama`ah. Pada kebiasaan Imam memilih kitab-kitab tertentu yang dibicara secara tersusun dan bersiri dari berbagai topik, misalnya dari kitab Hadith tertentu. Dengan cara sedemikian dapat  membantu imam atau pihak yang menyampaikan tazkirah dari tercari-cari topik dan tidak berulang dari segi tema dan persoalan  jika penyampaian tidak berdasarkan kitab khusus.
Bagi waktu zohor dan asar, masjid Al-Hasanah menetapkan , bahawa mengiringi waktu solat zohor diisi dengan `tadabbur`, Penyampaian tadabbur ini dilakukan oleh Imam bertugas. Imam yang bertugas hendaklah memilih ayat-ayat Al-Qur`an yang sesuai untuk disampaikan bagi slot tdabbur yang dipetik induk persoalan dari ayat-ayat Al-Qur`an secara berturut atau bersifat petikan.  Juga dari Hadith bagi persoalam yang dibicarakan menurut releven.
Waktu yang amat penting  bagi menyampaikan pengajaran ialah waktu antara Maghrib dan `Isya`. Dianggap penting ialah kerana waktu ini, waktu pekerja-pekerja sudah pulang dari kerja, sedikit masa terluang bagi mereka dan yang lain-lain bagi mengikuti pengajaran bila datang ke masjid bagi menunaikan solat Maghrib. Setengah mereka tidak pulang higgalah waktu Isya` selepas berjama`ah bersama, atau sengaja ditunggu bagi mengikuti pengajian.,
Bagi waktu penting dan biasanya jama`ah lebih ramai datang berbanding dengan waktu zohor dan `asar, maka ianya diisi dengan pengajian atau yang dinamakan kuliah, Kuliah tidak saja disampaikan oleh Imam tetap yang bertugas, tetapi juga oleh imam-imam jemputan. Imam jemputan ini sebenarnya adalah guru-guru yang  mengajar slot waktu antara Mgh rib dan `Isya`. Biasanya bagi setiap hari ditentukan bidang pengajaran dengan guru atau imam berlainan. Misalnya:
Isnin  pengajian `aqidah
Selasa pengajaianmn fiqh
Rabu   Pengajian Hadith
Khamis pengajian tafsir
Juma`at Baca Yasin atau surah-surah pilihan
Melalui aktiviti pengajian, jama`ah dapat mengikuti pengajian menambah keilmuan dan membaiki dan mempertingkatkan amalan.
Pada hari minggui  Sabtu dan Ahad berbagai pengajian di atur memenuhi masa kedua hari berkenaan seperti pengajian Al-Qur`an, bahasa `Arab, kursus-kursus seperti Haji  dan pengajian-pengajian pilihan  yang lain.
Pendek kata masa harian dan mingguan Masjid Al-Hasanah dipenuhi kegiatan ibadat dan pengajian dan mendapat sambutan menggalakkan dari para jama`ah dan pengaji-pengaji secara khusus.
Sekian.

No comments:

Post a Comment