June 10, 2009

HARAPAN TUAN GURU PADA BANGI


Surau an-Nur Bandar Baru Bangi 14 J. Akhir = 8 Jun: Bangi tanah sejuk dan bertuah, terus berlempah dengan cahaya ilmu dan terus dikunjungi para ilmuan silih berganti. Demikianlah pada malam Isnin lalu surau An-Nur Bandar Baru Bangi dikunjungi tamu paling istimewa YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan diiringi oleh YBhg Dato' Dr. Harun Din sebagai wakil tuan rumah. Mengiringi maghrib, beliau telah berceramah berhubung dengan kegiatan ilmu yang dipimpinnya di Kota Bharu sebagai Bandar Islam dan mengharapkan kegiatan sedemikian berlaku di Bangi sebagai Bandar Ilmu. Kehadiran Tok Guru disambut para hadirin yang melimpah ruah di surau An-Nur. Beliau juga melancarkan pungutan derma bagi membantu Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Ustazah Zailah yang juga hadir bersama. Turut sama hadir ialah Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rusli Che Mat dan ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar yang bersama makan malam semeja dengan Tuan Guru.


No comments:

Post a Comment