June 11, 2009

Terima Kasih Kepada Jawatan Kuasa Protokol Muktamar 55

Sempena Muktamar ke 55 PAS Kawasan Serdang dan Hulu Langat telah dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas protokol. YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan YB Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi diberi tugas mengemudikan bahagian itu. 15 petugas dari Hulu Langat dan 15 orang dari Serdang telah dipilih. Mereka telah bertungkus lumus bekerja selama 3 hari muktamar dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan praktikal dilokasi sebelumnya. Mereka dibekalkan dengan pakaian seragam yang berlainan bagi setiap hari, tetapi bagi hari ketiga adalah bebas. Bagi petugas-petugas dari Serdang, mereka juga perlu berkejar ke Bangi mempastikan Ceramah Perdana pada 6.Jun berjalan dengan baik. Bertugas dibahagian hadapan sesuatu majlis yang besar adalah satu penghormatan yang tinggi dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa ini.

Al-hamdulillah perjalanan protokol dengan kerjasama dari unit amal PAS berjalan dengan licin. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan 'jazakumullah khairan kathira'.

No comments:

Post a Comment