June 12, 2009

KEM IBADAH DAN MOTIVASI REMAJA


Kem dua hari bermula 10 – 11 Jun 2009 mensasarkan golongan remaja berumur antara 10 hingga 17 tahun. Kem ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Bangi,Surau Muhajirin Taman Seri Melor dengan kerjasama Perunding Fokus Budi. Dihadiri oleh 40 orang remaja kebanyakkannya dari Taman Seri Melor sendiri. Antara objektif kem ini adalah memberi kesedaran dan memperkasakan aspek ibadah dalam diri setiap individu. ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berucap semasa menutup majlis tersebut mengharapkan agar remaja dapat menmafaatkan apa yang mereka perolehi sepanjang kem tersebut . Penekanan terhadap sikap menghormati ibu bapa sebagai punca kejayaan dimasa hadapan.

No comments:

Post a Comment