June 23, 2010

Atiqah Perlu Cermin Mata Untuk Menghadapi Peperiksaan PMR

Pejabat ADNS BBB, 05 Rajab = 18 Jun (Jumaat):


Nurul Atiqah Binti Zulkifli akan menghadapi peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama pada tahun ini. Beliau menghadapi masalah rabun mata dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran oleh gangguan mata. Gurunya menasihati beliau memeriksa matanya. Ibunya dalam keadaan tertekan, berfikir panjang untuk membawa Atiqah ke kedai cermin mata. Masalahnya dia tidak mempunyai wang.

Atiqah tinggal bersama keluarganya menyewa di rumah pangsa Pesona, Kajang Utama. Ayahnya Zulkifli bin Salim (37) bekerja sebagai pemandu van dengan gaji bulanan sebanyak RM850.00 sebulan. Sewaan bulanan rumah pangsa ialah RM350.00 sebulan. Selebihnya adalah untuk perbelanjaan keluarga 6 orang anak – termasuk Atiqah. Ibunya Salina binti Salakin suri rumah sepenuh masa.

Memikirkan kepentingan Atiqah, ibunya membawanya ke kedai cermin mata dan Atiqah dinasihati memakai cermin mata. Cermin mata ditempah, tetapi ibunya hanya mempunyai wang RM50.00 dan digunakan untuk cagaran bagi tempahan cermin mata berkenaan.

Pada 15 Jun ADNS Bangi didatangi ibunya memohon bantuan bagi mengambil cermin matanya yang ditempah untuk anaknya, sepatutnya hari ini.
Setelah mengetahui tujuannya ADNS Bangi bertanya,
"Mengapa dari awal tidak pergi periksa di klinik kerajaan ?"
"Kalau datang awal, kita boleh buat surat mohon kekecualian dari bayaran."
"Jauh dan lambat, tapi cermin telah ditempah," jawabnya.


ADNS Bangi meminta resit tempahan. Darinya ADNS dapat maklumat, bahawa wang sebanyak RM130/= lagi diperlui untuk mengambil cermin tempahan. ADNS berjanji untuk menulis surat kepada kedai cermin mata untuk memohon dikurangkan harga kepada RM150/= dan bakinya akan dibayar ADNS Bangi.

ADNS Bangi, meminta kerani di pejabat ADNS pergi ke kedai berkenaan menguruskan permohonan dan disetujui bayaran dikurangkan dan membayar RM100/= baki dari yang dikurangkan.


Pada pagi Jumaat ini Atiqah bersama ibunya datang mengambil cermin mata berkenaan dan memakainya. Dia tersenyum puas. Menurutnya dia dapat membaca dengan baik. Diharap Atiqah dapat menghadapi pelajarannya dengan selesa dan insya Allah dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dapat mencapai keputusan yang baik. Insya Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment