June 1, 2010

Cadangan Membina Flyover Di Beberapa Bulatan Bandar Baru Bangi, Larangan & Sokongan

MPKj, 17 J.Awal = 31 Mei (Isnin):

Di dalam Mesyuarat Penuh MPKj Bil 5/2010 hari ini, tatkala Ahli-Ahli MPKj membincangkan mengenai Infrastruktur & Lalulintas ADNS Bangi mencadangkan agar tiga bulatan di Bandar Baru Bangi diangkat taraf ketiga-tiga bulatan ini kepada flyover. Ini ialah kerana bulatan-bulatan berkenaan tidak dapat menampung kenderaan yang menggunakan bulatan-bulatan tersebut pada hari-hari bekerja, terutama pada sebelah pagi dan pada waktu petang. Flyover di atas bulatan-bulatan yang dimaksudkan ialah:

1) Flyover di atas Bulatan selepas Tol Bangi ke Bandar Baru Bangi dan ke kawasan industri dan ke Teras Jernang dan ke Pekan Bangi-Semenyih-Dengkil.
2) Flyover di atas Bulatan dari Jalan Reko ke Seksyen 7, 9 dan ke Syeksen 2 & 3 ke Bulatan ke UKM.
3) Flyover dari Kajang Utama ke Jalan Utama dari Jalan Reko ke Flyover ke Seksyen 7, 9 dan ke Bulatan UKM. Flyover ini memberi ruang jalan keluar penduduk Kajang Utama ke Bandar Baru Bangi, ke UKM-Dengkil-Pekan Bangi dan juga ke Bandar Kajang. Kos bagi flyover ini akan ditanggung oleh beberapa Syarikat Perumahan di Kajang Utama. Projek ini boleh disegerakan oleh syarikat-syarikat perumahan berkenaan. Dengan adanya flyover ini hartanah bagi syarikat dan penduduk Kajang Utama akan meningkat.

Pihak MPKj bersetuju mengambil ingatan, catatan dan cadangan bagi dikemukakan ke dalam Rancangan Malaysia ke sebelas kelak (terutama no 1 & 2).

2. Larangan

Sementara itu ADNS juga meminta pihak MPKj menulis surat ke PKNS, agar tanah seluas setengah ekar di hadapan Dewan Orang Ramai Seksyen 2 Bandar Baru Bangi tidak digunakan untuk bangunan, tetapi untuk parking bagi Dewan Orang Ramai yang diangkat tarafnya kepada Dewan Serbaguna dan juga untuk parking bagi masjid yang akan dibina di kawasan bersebelahan. Pihak ADNS Bangi telah menulis surat berkenaan perkara ini kepada PKNS pada 7 Mei 2010 dan salinan kepada MPKj dan Pejabat Daerah/Tanah, Hulu Langat. Setakat ini surat ini belum berjawab dari PKNS. Pihak MPkj mengambil perhatian dan tindakan.

3) Sokongan

Mesyuarat hari ini juga mengambil ketetapan menyokong arahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor melarang Judi Bola Sepak Dunia 2010 di Negeri Selangor.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment