June 19, 2010

RMK10: Selangor Penting Pemangkin Pembangunan

Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor, 04 Rajab = 17 Jun (Khamis):



Fakta berhubung dengan RMK10 yang didiskusikan

Peruntukan = 230 Billion
Pembangunan Fizikal = 138 Billion 60%
Pembangunan Non Fizikal 92 Billion 40%

RMK10 diharap memandu Negara ke arah berpendapatan tinggi dan mencapai wawasan 2020. Penting memastikan RMK10 berada pada landasan yang betul. Tetapi situasi kritikal sukar untuk diperbetulkan apa yang berlaku dalam dekad terakhir. Kerajaan kelihatan sebagai mahu meminggirkan Selangor dari Peta Pembangunan yang sebenarnya mencacatkan pembangunan itu sendiri.
Sebelum Dato` Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pendapatnya, Tan Sri Khalid dijemput pengerusi menyampaikan pandangannya.
Menurut Tan Sri Khalid, Peranan Kerajaan dalam pembangunan ekonomi terlalu besar dan berbelanja lebih dari pendapatan hasil. Contoh:
2003 sebanyak 113.5 billion
2009 sebanyak 220 billion
Pada tahun 2009 berlaku defisit sebanyak 7% menurun dari positif 2008. Difisit ini akan terus bertambah, jika salah urus berterusan.

Hutang Negara 2009 lebih 60% bersamaan 362.4 billion
Dijangka meningkat pada 2015 kepada 593.9 billion
Kerajaan berhutang lebih separuh daripada seluruh ekonomi.
Dengan demikian kita mulai bimbang berhubung dengan perbelanjaan yang salah digunakan. Contoh perbelanjaan pada peringkat operasi:

2000 belanja operasi 53.4 billion
2009 belanja operasi 154.2 billion

Bagi memperbaiki prestasi ekonomi maka Selangor hendaklah diberi perhatian. Selangor penyumbang penting kepada ekonomi dan kemajuan Negara, iaitu 20% dari pendapatan Negara, Selangor seharusnya diberi perhatian, kerana maju Selangor memberi kesan kepada majunya Kerajaan Persekutuan dan juga sebaliknya. Selangor jauh berpotensi dari Koridor Iskandar, maupun koridor Utara, Timur, Sabah dan Sarawak. Kerajaan Pusat mengelak dari memberi pengiktirafan terhadap Selangor yang selama ini lokasi utamanya dikenali sebagai Lembah Kelang. Sebaliknya dalam RMK10 digunakan istilah yang merujuk kepada Kuala Lumpur sebagai `The Greater Kuala Lumpur`. Kerajaan Persekutuan amat perit dengan kehilangan Selangor dan memberi kesan dari segi prestasi ekonomi Negara.

Kerajaan Selangor mempunyai pendekatan tersendiri misalnya Projek Pemulihan Sungai Klang, pembangunan secara integrasi berhubung dengan hartanah dan bekalan air, pembangunan Bandar yang melibatkan pembangunan perindustrian, sistem pengangkutan awam, pengurusan dan delivery.

Cadangan RMK10 kurangkan penglibatan kerajaan, tetapi perlu perbetulkan konsep penswastaan dengan tidak memberi kebebasan sepenuhnya, sebaliknya dengan kawalan. Jangan ulangi kesilapan yang lepas.

Sebelum dari itu Dato`Dr. Hassan Ali menyentuh soal pengurusan di Selangor yang sedang direkonstruksi kembali. Sistem yang dibangunkan adalah secara telus dan transperensi. Beliau juga menekankan perlu dirubah delivery system. Kerajaan Selangor berusaha meningkatkan 'quality of life' yang diukur dari banyak segi seperti perbelanjaan sara hidup, kebebasan, infrastruktur, kemudahan awam, pendidikan, keselamatan dan sebagainya. Menurutnya daripada 194 negara yang dikaji, Malaysia berada pada tahap ke 85. Ini bermakna ruang bagi pembaikan dan peningkatan masih luas. Selangor sekarang sedang berusaha dari segi pembangunan yang bersifat integrated baik dari segi spiritual, fizikal, mental, emosi, sosial dan environment.

Sebelumnya Dato` Nordin bin Sulaiman mengalu-ngalukan hadirin dan menggariskasarkan pembangunan yang sedang dituju oleh Selangor sebagai Negeri Maju.

Sekian.

No comments:

Post a Comment