July 31, 2010

Bukit Kajang Baru: Masyarakat Bersatu Turun Bergotong Royong

Kajang, 13 Sya'ban = 25 Julai (Ahad):


Penduduk di sini dikejutkan dengan kes-kes denggi yang berlaku di Bukit Kajang Baru. Ini menggerakkan penduduk di sini bersatu untuk mengadakan gotong royong bagi membasmi denggi di sini. Ketua Persatuan Penduduk di sini diketuai oleh En. Vivek bekerjasama dengan Saudara Abu Bakar dan AJK dari Pejabat ADNS bagi mengadakan gotong royong berkenaan. Pihak AJK ADNS dan Persatuan Penduduk mendapat kerjasama yang baik dengan pihak Jabatan Kesihatan Hulu Langat, MPKj, Rukun Tetangga setempat dan penduduk.


Di atas kesepakatan yang diambil, maka pada pagi ini dilancarkan gotong royong oleh pihak ADNS Bangi. Hadir sama ke Majlis ialah Dr. Veronica Pegawai dari Jabatan Kesihatan, Encik Faisal dari MPKj, En. Vijayan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ahli-ahli MPKj iaitu Sdr. Adram Musa Ahli MPKj bagi kawasan 22 yang merangkumi tempat diadakan gotong royong, Ustaz Shafie Ngah yang menjaga kawasan di sini sebelumnya dan saudara Chandra Mohan Ahli MPKj Zon 14.


ADNS Bangi di dalam ucapan pelancaran mengucapkan terima kasih terutama dari Jabatan Kesihatan, MPKj, Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga yang memberi kerjasama yang baik bagi mengadakan gotong royong. Beliau berpendapat kesedaran masyarakat tentang bahaya denggi makin tinggi. Demam denggi bukan demam biasa, tetapi ianya boleh membawa padah dan kemungkinan maut. Masyarakat menyedari seriusnya penyakit ini dari apa yang dialami jiran, keluarga dan mungkin diri sendiri. Bahkan ada yang mengalami tragedi sedih dengan kehilangan mereka yang dikasihi. Dengan kesedaran dan pengalaman membawa masyarakat beramai-ramai menyertai gotong royong yang diadakan. En Veved di dalam ucapan alu-aluan menekankan akan perlunya dijaga kawasan dari sampah, kotoran dan longkang. Kerja hari ini lebih kepada mencari tempat-tempat dan bekas-bekas yang boleh membiakkan nyamuk untuk kita angkat dan bersih.



Sementara itu ADNS Bangi dan Saudara Adhram dibawa oleh Mr. Yong ke bahagian belakang bahagian taman yang bersempadan dengan bukit. Satu masa dulu bukit ini sering mengalami keruntuhan. Tapi tempat ini tidak diberi perhatian dari semak samun yang menjadi tempat membiaknya nyamuk dan binatang-binatang buas seperti ular dan sebagainya. Saudara Adram, yang kawasan ini merupakan kawasan zonnya berjanji akan mengambil perhatian.


Gotong royong hari itu berlaku dari lorong ke lorong dan lori-lori mengangkut longgokan sampah dan bahan-bahan yang mungkin menjadi punca denggi- Gotong royong yang bermula dari pagi itu berterusan ke tengaharinya.


Terima kasih kepada semua.

Dari Isra` Mi`raj Ke Persediaan Ramadhan

BBB, 18 Sya'ban = 30 Julai (Jumaat):


Suasana ibadat Ramadhan al-Mubarak sebenarnya mulai terasa dari bulan Rajab lagi, khususnya bila sambutan Isra' Mikraj diadakan di sana sini bermula 27 Rajab. Pembicaraan dominant selain dari kisah-kisah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan cerita-cerita di dalam peristiwa Mikraj, penekanan adalah penerimaan salat fardu lima kali sehari semalam. Sembahyang selain dari kewajipan harian penekanan juga di dalam bulan Ramadhan dari tarawih, tahajjud, tasbih, hajat, duha juga terhadap tadarrus al-Qur`an. Puasa-puasa sunat lebih diberi tumpuan mulai dari Rajab dan Sya'ban. Sementara itu Masjid al-Hasanah turut mengadakan ceramah, surau al-Nur mengadakan forum dan di Surau al-Umm tazkirah mengenai persiapan Ramadhan.


Di dalam hal ini Pejabat ADNS dengan AJK Penerangan dan Kebajikan juga terasa dengan sentuhan bulan-bulan ibadat ini. Misalnya bahagian penerangan mengadakan Sambutan Isra' Mikraj pada 25 Julai (13 Sya'ban) 9.30 malam bertempat di Medan Usahawan. Penceramah yang dijemput khas pada malam tersebut ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman AJK Pas Pusat dan juga sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka. Tumpuan ceramah beliau pada malam itu, ialah ingatan-ingatan dan tauladan-tauladan yang dapat diambil dari Isra' Mikraj yang dipadankan dengan suasana masyarakat dan politik semasa dalam mana berlaku berbagai penyelewengan dan ketirisan. Beliau membandingkan kepimpinan yang baik ialah kepimpinan yang dilambangkan dengan imam dan makmum di dalam sembahyang. Sebelumnya ADNS Bangi, ketika mengalu-ngalu kehadiran Peneceramah dan para hadirin memaklumkan bahawa ceramah pada malam tersebut adalah merupakan siri lanjutan kegiatan memasyarakatkan ilmu. Beliau berterima kasih, walaupun cuaca agak hujan, tetapi kehadiran tetap memuaskan. Beliau memaklumkan Medan Usahawan adalah merupakan ruang aktiviti yang akan terus dimanfaatkan bagi kegiatan ilmu dan penerangan – sesuai dengan isu dan keadaan.


Sementara itu Lajnah Kebajikan yang memang aktif akan lebih aktif menjelang Ramadhan dan di dalam bulan Ramadhan. Berbagai program sedang diatur untuk turun kepada masyarakat menjelang Ramadhan. Masjid-surau akan menjadi tumpuan kebajikan di samping turun kepada masyarakat bagi menziarah faqir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan mereka yang sakit. Mereka juga akan bekerjasama dengan surau-surau dan masjid-masjid untuk mengadakan kegiatan-kegiatan seperti memasak bubur lambuk, menganjurkan kegiatan ibadat dan majlis-majlis berhubung dengan kebajikan. Pendek kata suasana ibadat makin terasa dan makin dihidupkan dengan kegiatan-kegiatan berkenaan.


"Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-Mubarak"

July 30, 2010

Pendemokrasian Dalam Islam - Oleh Yusuf Al-Qardhawi

Kediaman MB, Shah Alam, 10 Sya'ban = 22 Julai (Khamis):


Entah kali keberapa kuliah bulanan di kediaman Menteri Besar yang diadakan petang hari Khamis (malam Jumaat) aku tidak tahu, tapi inilah kali kedua yang aku ada masa menghadirinya. Siapa pun yang mengajar dia mesti menyambung pengajaran yang telah dilakukan oleh guru sebelumnya. Teks adalah satu, iaitu Fiqhud-Daulah fi al-Islam oleh al-Allamah Syeikh Yusuf al-Qardhawi ulama semasa yang amat terkenal itu. Buku mengenai Politik Pentadbiran Di Dalam Islam. Tetapi tafsiran berpelbagaian bergantung kepada guru. Masa aku hadir kali pertama dulu yang mengajar – Mentafsir ialah Prof. Madya Ustaz Ruslan Muhammad dari Universiti Malaya. Kali ini yang mengajar ialah Ustaz Dr. Azhar Yaakob dari Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Bezanya kali ini berganda ramainya yang datang berbanding kali pertama aku datang dahulu. Jumlah mencecah 250 orang. Ada ketua-ketua kg. dan ahli JKK datang sejauh Tanjung Karang dan Kuala Langat.

Kali ini topik dari buku yang aku beri rumusan sebagai – Pendemokrasian Di Dalam Islam. Sebenarnya masa mengikuti kuliah tiap orang dibekalkan dengan teks berkenaan, macam baca Yasin dan tahlil semua orang diedar dan diberi satu naskhah untuk dibaca. Sesudah dibaca dipulangkan. Banyaknya teks Fiqhud- Daulah, hampir setiap orang mendapati teks untuk diikuti, ia diedarkan kepada hadirin selepas wirid dan doa sembahyang Maghrib. Ada seorang jamaah mendekati Menteri Besar (selepas pengajaran) memohon memiliki sebuah teks yang diikuti.

Kata Menteri Besar, ``Ok, boleh, ambil, ambillah.``

Barangkali yang datang dari jauh. Mungkin untuk buat kenang-kenangan. Bukan mudah dapat bersama Menteri Besar, berpeluang bersembahyang sama sesaf, macam di surau di kampong sama berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat yang sudah agak lusuh dan dapat bersalam selepas wirid dan doa. Kedua-dua kali aku datang YAB Menteri Besar Tan Sri Dato` Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir – aku tak tahu pada kali yang lain. Suasana mencerminkan sifat demokrasi, ketua negeri bersama bersila bersama rakyat, bagai tidak ada beza. Mana biasa sebuah kediaman Menteri Besar dapat dinikmati duduk di dalamnya rakyat jelata. Sekurang-kurangnya rumah bagai istana, bukan saja dapat didatangi, tetapi dapat dinikmati bersama, walaupun di dalam tempoh masa yang terhad.


Teks yang dibaca dan dihurai oleh Dr. Azhar tentang pendemokrasian di dalam Islam. Bahawa pada harta kekayaan yang dimiliki individu, ada bahagian daripadanya menjadi hak bagi rakyat miskin. Pemilikan harta kekayaan oleh orang kaya, tidak didapati kekayaan secara berseorang. Misalnya kalau dia seorang kontrektor, dia bergantung kepada tenaga pekerja boroh dan banyak lagi konteknya dengan manusia dari berurusan seperti pentadbir, perkeranian dan membawa kepada jaga. Mungkin dari segi bayaran dibuat lebih rendah dan tidak sepadan dengan tenaga yang diberi oleh pekerja-pekerja kepada majikan. Di samping itu banyak lagi kemudahan yang didapati, misalnya dari segi keselasaan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan dan keamanan yang dinikmati dari wujudnya polis dan tentera yang dinikmati dari pemerintah yang sebenarnya tidak dibayar nilainya. Sebab itu orang kaya ini sebenarnya perlu membayar hak-hak rakyat, kuli, boroh dan kemudahan dari pemerintah yang dinikmati. Hak yang kena dibayar ini ada atas nama zakat, cukai, lesen, hasil tanah dan sebagainya. Ini adalah kewajipan orang kaya yang harus dibayar secara tidak langsung yang merupakan hak bagi rakyat, apabila hasil bayaran itu digunakan untuk kemudahan rakyat seperti jalanraya, khidmat kesihatan, air percuma dan sebagainya. Ayat al_Qur`an menegaskan:

Bermaksud:

Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sadaqah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka dari akhlak yang buruk; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan ingatlah Allah Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui. (Al-Taubah: 103).

Ayat di atas menegaskan sifat pendemokrasian di dalam Islam. Dari satu sudut lagi mencerminkan sifat kebajikan di dalam Islam. Ustaz Dr. Azhar menyebut bahawa tidak sempurna iman seseorang, walaupun dia menunaikan kewajipan fardu seperti sembahyang, puasa dan Haji jika jiran dan dalam kelompok masyarakatnya ada anak yatim dan fakir miskin tidak diambil perhatian dan dibiarkan mereka di dalam kesusahan dan penderitaan. Mereka ini patut dibela oleh pemerintah dan orang-orang yang berada. Firman Allah bermaksud:

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajatinya dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati, ``Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu, semata-mata kerana Allah; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.`` (Al-Insan: 8-9).

Tentang anak yatim Al-Qur`an mengingatkan, jika ada harta peninggalan bagi anak yatim, maka hendaklah dijaga sebaik mungkin bagi manfaatnya. Firman Allah bermaksud:

Janganlah kamu mendekati (menggunakan) harta anak yatim melainkan dengan cara terbaik bagi manfaatnya sehingga dia mampu mentadbir hartanya sendiri (Al-An`am: 152).
Ustaz Dr. Azhar menambah, kita hendaklah mengasihi dan rahmat terhadap anak yatim. Mereka kehilangan kasih sayang yang sepatutnya didapati dari ibu bapa mereka yang telah meninggal. Beliau menyebut maksud Hadith:

Jika kita bersua dengan anak yatim kita hendaklah melahirkan rasa rahmat dan kasih sayang, seseorang yang mengusap rambut kepala anak yatim nescaya Allah memberi pahala kepadanya sebilangan rambut anak yatim tersebut.

Pengajaran yang didapati pihak pemerintah dan juga mereka yang berada tidak boleh mengabaikan faqir miskin, orang susah dan anak-anak yatim. Mereka hendaklah dibela dengan menyediakan skim bantuan, perumahan yang mampu mereka miliki dan pekerjaan yang boleh mereka dapati bagi menampung kehidupan mereka. Bagi anak yatim pula mereka hendaklah dijaga dan dibela dari segi persediaan tempat tinggal, makan minum, pelajaran dan kebajikan. Mereka hakikatnya sebahagian dari masyarakat yang menyempurnakan masyarakat berkenaan sekiranya mereka disempurnakan.


Demikianlah dua aspek penting yang dibicara dan dihurai oleh Ustaz Dr. Azhar pada malam itu.
Lebih kurang 9.30 malam sembahyang Isyak berjamaah didirikan di bawah pimpinan Imam Muda yang mungkin setiap kali Kuliah didatangkan dari Masjid Negeri. Selepas bersembahyang sunat dan bersalam-salaman semua yang hadir, terutama dengan MB, dijemput makan malam.
Aku juga makan bersama MB bersebelahan dengannya dan di Sebelahku YB Dr. Ahmad Yunus bin Hairi ADUN Sijangkang, seorang lagi Wakil Rakyat yang hadir ialah YB Yaakob bin Sapari Exco, tapi beliau tidak berkesempatan makan bersama kerana ada urusan. Selepas makan, hampir semua yang datang, sebelum pulang datang menemui YAB Menteri Besar bersalam dan tentunya bersalam sama denganku dan yang lain semeja dengan YAB. Kami menunggu hingga orang terakhir datang menemui YAB dan tentunya antara yang terakhir pulang.

Sekian.

Sekolah Pelajar Mengandung ?

BBB, 17 Sya'ban = 29 Julai (Khamis):

Begitulah berita di dalam beberapa media cetak hari ini. Cadangan ini datangnya dari seorang Ketua Menteri – Ali Rustam. Termenung kita seketika dengan cadangan ini, wajarkah diadakan Sekolah Pelajar Mengandung? Bernaskah cadangan ini ?

Sepintas lalu adakah cadangan Ketua Menteri Melaka ini di dalam konteks negeri Melaka menandakan beliau lebih peka dan mendahului negeri lain? Statistik yang dicatat secara rasmi tentang pembuangan bayi sejak 2005 – 2010 adalah sebagaimana berikut:

(Sumber: Sinar, Khamis, 8 April 2010: 1 - 2).

Berdasarkan catatan di atas Melaka tidaklah serius dengan pembuangan bayi. Tapi melihat keseluruh Negara, khususnya Selangor adalah serius dan membimbangkan. Cadangan yang bernas dan lebih efektif ialah melihat kepada gejala-gejala yang membawa kepada Pelajar Mengandung dan Membuang Bayi dan membasmikan gejala-gejala tersebut.

Adapun cadangan mendiri atau mewujudkan Sekolah Pelajar Mengandung, seolah-olah melihat gejala mengandung di kalangan pelajar perkara biasa dan bukannya bersalah. Sebarang kejadian mengandung, maka Kerajaan sedia mengambil tanggungjawab. Akibatnya akan berleluasalah gejala mengandung di kalangan pelajar. Sebagai natijah semakin meningkatlah statistic pelajar mengandung dan juga semakin banyaklah berlaku pembuangan bayi. Mahukah kita dengan fenomena sedemikian ?.

Pelajar mengandung adalah diakibatkan oleh:

* Dasar pendidikan Negara yang kurang menekankan akhlak, moral dan tidak
berfokus mendidik warga Negara kepada berkeperibadian tinggi.

* Dasar hiburan Negara yang tidak berfokus kepada pendidikan akhlak
Sekolah kurang memberi penekanan kepada nilai agama dan moral
Ibu bapa tidak memberi perhatian terhadap anak-anak, khususnya dari persoalan agama dan moral
Ibu bapa tidak mengawal anak-anak daripada membaca dan menonton bahan-bahan lucah.
Ibu bapa tidak menghadkan pergaulan anak-anak - mereka dibiarkan bebas.
Membiarkan anak-anak keluar khususnya di kota dan bandar bersendirian

Bagi membasmi gejala pelajar mengandung hendaklah mengambil pendekatan yang holistic melibatkan dari peringkat atas dari aspek dasar dan polisi hinggalah ke peringkat bawah dan akar umbi.

Lantaran itu sesuai dengan kerancakan perbincangan mengenai mau menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR atau sebaliknya hendaklah sama dibincangkan pengisian pendekatan di dalam dasar dan prinsip pendidikan Negara yang mau membentuk generasi yang bermoral dan berkeperibadian tinggi dan Negara janganlah semata-mata mementingkan keuntungan material dan menjerumus, terutama golongan muda ke dalam kehidupan yang bderfalsafahkan hedonisme.

Kurikulum persekolahan pada semua peringkat di samping mewujudkan golongan pelajar yang berilmu hendaklah membentuk pelajar berakhlak dan berkeperibadian tinggi. Kursus-kursus komuniti keluarga bahagia dan pengajian agama hendaklah dirangka bagi keluarga mengikuti dan membentuk keluarga berjaya dan bermoral. Mereka tidak sepatutnya mementingkan career semata-mata bagi yang bekerja, tetapi hendaklah ditanam di dalam diri anak-anak dengan nilai moral, tanggungjawab dan patuh pada nilai agama. Mereka seharusnya tidak dibiarkan bebas tanpa kawalan dan pemantauan. Hendaklah dipupuk bagi semua golongan meletakkan nilai kekeluargaan di tempat yang tinggi dan memandangnya sebagai yang suci dan murni. Kesalahan moral contoh pelajar mengandung dan ibu mengandung di luar nikah bukan saja salah dari segi agama, tetapi dipandang sebagai satu kesalahan besar dari segi sosio-budaya dan kehidupan kemasyarakatan.

Cadangan mengadakan Sekolah Pelajar Mengandung semata-mata , tanpa melihat kepada gejala dan sebab akibat yang memerlukan kepada pembasmian dari akar umbi adalah cadangan yang cetek. Jika pun wujud, pelajar mengandung, maka ianya lebih sesuai dihantar ke Pusat Pemulihan dan apabila benar-benar pulih baru dikembalikan kepada masyarakat.

Sekian.

July 29, 2010

Sambutan Hari Guru Di Serdang Dan Syukur Kemenangan

BBB, 13 Sya'ban = 25 Julai (Ahad):

Biarpun Hari Guru yang jatuh pada setiap 16 Mei telah berlalu, tetapi untuk dikenang jasa guru sebenarnya tiada had waktu dan batas ruang. Demikianlah Pasti Kawasan Serdang memilih hari ini sebagai hari menyambut dan menghormati guru-guru yang terus berkorban bagaikan lilin terus memancarkan cahaya kepada semua. Sempena sambutan Hari Guru ini juga sebagai Hari Keraian dan Kesyukuran di atas kemenangan pasukan bola sepak dari Serdang (Gandingan dari Pasti Raudah, Kajang Utama dan Kuala Langat) sebagai Johan pada peringkat Kebangsaan dan juga kemenangan pasukan bola jaring (perempuan) dari Serdang (Impian Ehsan, Balakong), No. 3 pada peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 27 Jun 2010 yang lalu. Sebelum itu Serdang pernah menang 2004 Johan Cerita pada peringkat Pusat, 2006 Johan Azan pada peringkat Negeri, 2008 Pidato (Perempuan) pada peringkat Negeri dan 2009 Kedua pada peringkat Negeri.


Majlis Hari Guru dan Kesyukuran yang diadakan di Restoran Rimba berhampiran Tasik Cempaka BBB itu dihadiri oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar ADNS Bangi selaku Perasmi, Ustaz Hasbullah Pengarah Pasti Negeri Selangor, Sdr. Adram Musa Ketua Pemuda Pas Serdang, Sdr. Shahrul Nizam Pengerusi Pasti Kawasan Serdang, Ketua Majlis Guru Negeri dan Kawasan, AJK Negeri dan Kawasan, ibu bapa dan anak-anak yang diraikan. Keraian ditujukan kepada sejumlah 86 guru dari 21 Pasti di Serdang yang membimbing 1079 murid-murid dan murid-murid yang berjaya di dalam dua bidang sukan yang disebutkan.


ADNS Bangi dalam ucapannya menyatakan, memang wajar jasa guru dan anak-anak yang berjaya diberi penghormatan dan pengiktirafan. Insentif ini diharap mereka akan terus meningkatan perkhidmatan dan kejayaan. Beliau berharap usaha meningkatkan kualiti pendidikan terus dilakukan. Faktor guru adalah penting, sebab itu guru hendaklah mempertingkatkan kualiti masing-masing. Insentif terhadap bidang sukan juga hendaklah diteruskan bagi mengharumkan nama Pasti, Kawasan dan Negeri. Ustaz Hasbullah yang sebelumnya berucap mengucap tahniah terhadap Tokoh Guru dan Pasukan Sukan yang menang. ADNS Bangi menyampaikan Sijil Pengiktirafan terhadap guru-Guru antaranya ialah Cikgu Norli, Cikgu Aini dan Cikgu Faridah. Beberapa orang Murid yang berjaya dalam sukan juga diberi pengiktirafan.



Sekian.

Pasti Taman Kajang Utama dan Taman Jasmin Adakan Sukan Bersama

Kajang Utama, 13 Sya'ban = 25 Julai (Ahad):


Kedua-dua Pasti dari kedua-dua taman, iaitu Pasti As-Syakirin, Kajang Utama dan Pasti Taman Jasmin memang sering bekerjasama, sekurang-kurangnya mengadakan Sukan Tahunan. Tahun lepas Sukan Pasti 2009 diadakan di Padang di Taman Jasmin dan tahun ini Sukan Pasti diteruskan kerjasama dengan mengadakan Sukan Pasti 2010 secara gabungan yang diadakan di Padang Awam, Apartment Seraya, Jalan Seksyen 3/1A, Taman Kajang Utama. Pasti Kajang Utama mempunyai 94 orang murid dan Pasti Jasmin mempunyai 50 orang murid.


Sejak jam 7.00 pagi murid-murid berhimpun diiringi guru-guru dan AJK Sukan. Perasmi Sukan Gabungan ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar ADNS Bangi. Turut hadir ialah Saudara Adram Musa Ahli MPKj Zon 22 yang baru dilantik, Tuan Haji Azhar bin Arshad Pengerusi Sukan, Saudara Khairul Anuar Ismail Pengarah, Saudara Abdul Aziz Che Min Pengerusi Surau Jasmin, Tuan Haji Abdul Razak Abdullatif Pengerusi Pasti As-Syakirin, Kajang Utama. Sebelum upacara Perasmian dilakukan murid-murid kedua-dua Pasti bergerak berarak dalam barisan berlintas langsung di hadapan tamu-tamu kehormat dan ibu bapa.


ADNS Bangi di dalam ucapannya mengucapkan tahniah kerana sekali lagi kerjasama diadakan antara Pasti A-Syakirin Kajang Utama dengan Pasti Taman Jasmin dan kali ini Sukan Pasti 2010 diadakan di Kajang Utama. Dengan penggabungan ini sudah pasti dapat menjimatkan tenaga dan perbelanjaan dan mutu pertandingan sukan tentulah lebih tinggi, kerana pertandingan bukan melawan sesama sendiri, tetapi dengan Pasti yang lain. Melalui sukan ini sudah pastilah setiap Pasti dan pasukan mempunyai azam yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Dengan ini dapat memupuk semangat pertandingan yang sihat dan berlumba-lumba mencapai kemenangan. Kecemerlangan di dalam sukan juga adalah pencapaian yang baik dan diiktiraf di dalam bidang ko-korikulum.


ADNS Bangi menyatakan, ``Saya mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang mewakili Negeri Selangor dan menjadi Johan Bola Sepak pada peringkat Nasional di Pulau Pinang pada 17 Julai baru-baru ini. Sebahagian dari pemain adalah dari Pasti Kajang Utama di samping Pasti Ar-Raudah Seksyen 5 BBB. Tahniah juga kepada Pasti dari Impian Ehsan yang memenangi tempat ketiga pertandingan Bola Jaring.. Kita harap dengan kombinasi mengadakan Sukan Pasti 2010 dan penggabungan pemain-pemaian akan lebih lagi menjayakan di dalam bidang sukan. Kita juga berharap Pasti dari Kawasan Serdang akan lebih bersungguh-sungguh dan banyak lagi mencapai kejayaan di dalam bidang-bidang sukan yang lain baik pada peringkat negeri, maupun pada peringkat nasional. Semangat untuk mencapai kejayaan sedemikian hendaklah digerakkan kepada pasti-pasti yang lain di Serdang yang berjumlah 21 buah itu.


Saudara Adram yang turut dijemput berucap menyebut bahawa baik secara langsung atau tidak secara langsung pendidikan pra-sekolah Pasti memberi sumbangan kepada tahap pendidikan ini antara 15 – 20 %. Kini Pasti mendidik murid-murid dalam lingkungan 60,000 murid. Kita berperanan besar dalam mendidik anak-anak dari segi akhlak , nilai dan pendidikan keislaman. Mereka juga dididik di dalam pelajaran akademik dan mencapai kemajuan yang baik. Pada kebiasaan anak-anak dari Pasti apabila masuk Sekolah rendah, mereka berada di kalangan sepuluh ke hadapan di dalam kelas. Kualiti yang ada pada Pasti, menarik ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti.

Pengarah Pasti Sdr. Khairul sebelum daripada itu memaklumkan di Pasti As-Syakirin Kajang Utama terdapat seorang murid India yang dihantar ibu bapanya belajar di Pasti itu, selain daripada itu terdapat juga 2 pelajar Arab yang keluarga mereka tinggal di Kajang Utama.


Jenis sukan dipertandingkan dari pagi ke jam 1.00 tengahari antaranya ialah larian, lelaki dan perempuan, lari berganti-ganti juga lelaki dan perempuan, lari dalam guni lelaki dan perempuan, boling padang, susun tin, jalan tempurung, lelaki dan perempuan,, bawa bola dengan sudu, perempuan dan tarik bola dengan gelung, perempuan , jalan ikat kaki, lelaki, isi bijirin dalam botol, perempuan, mengecam gambar, lelaki dan tiup belon, perempuan. Manakala untuk ibu bapa ialah sepak raga bulatan, lelaki, baling belon, ibu bapa, kepit bola pengpong, ibubapa, tiup belon, ibu, tarik tali, bapa dan boling padang/sepak, guru.

ADNS Bangi tidak berkesempatan menyaksikan semua pertandingan kerana mempunyai program-program di tempat-tempat lain, tetapi berkesempatan memilih no.-no. cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah-hadiah.

Sekian.

July 28, 2010

Sampaikan Bantuan Di Kajang Utama Dan Masjid Al-Salihin

BBB 12 Sya'ban = 24 Julai (Sabtu):

ADNS Bangi petang ini bersama AJK Kebajikan ke Town House, di Kajang Utama melawat keluarga Siti Mariam Binti Muhammad (38) Ibu anak sembilan orang. Berasal dari Kelantan. Suaminya En. Othman bin Atan (49) Bekas Polis, berasal dari Perak. Kini pembantu peniaga, tidak mempunyai pendapatan tetap. Ketika kami datang ke rumah keluarga ini, En. Othman belum pulang. Keluarga ini baru diminta pindah dari rumah sewa di Kajang Utama, kerana dilelong dan kini berpindah ke Town House dan tidak dapat membayar deposit rumah yang baru pindah. Siti Mariam datang ke Pejabat bagi memohon pertolongan dari ADNS. Perkara ini dirujuk kepada AJK Pas Cawangan Kajang Utama dan AJK Kebajikan. Kami turun berdasarkan perakuan Ketua Cawangan dan AJK Kebajikan menyampaikan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga yang mempunyai anak ramai ini. Kebanyakannya masih bersekolah.


Sementara itu pada sebelah malam ADNS Bangi bersama Saudara Azizi ke Masjid al-Salihin, Teras Jernang, bersembahyang berjamaah Isyak menemui seorang Bekas Penganut Catholic dari Filipina, iaitu Encik Sunyir yang sudah memeluk agama Islam. Kini menetap di Teras Jernang bersama keluarganya. Encik Sunyir menjadi Siak di Masjid al-Salihin di sini. Dengan keadaan fizikal yang sudah berumur dan sebagai Siak berpendapatan tidak sebanyak mana, beliau dan keluarga memohon bantuan, khususnya apabila anaknya Nur Khairiyah ditawarkan ke Matrikulasi. ADNS Bangi datang ke Masjid Al-Salihin bagi menemui Encik Sunyir dan menyampaikan bantuan.


Sekian.

Sub Box Letrik Rosak: Dua Baris Perumahan Alami Kerosakan

Bukit Mahkota, 12 Sya'ban = 24 Julai (Sabtu):

Kembali dari menyampaikan bantuan di Masjid Teras Jernang, ketika diri mulai rehat dan mengikuti berita semasa, handphone berbunyi memaklumkan banyak rumah dan alat-alat letrik meletup dan rosak di Seksyen 3/5 Bukit Mahkota. ADNS Bangi diminta melawat. Jam 10.00 malam ADNS Bangi rujuk perkara ini, kebetulan Saudara Azizi masih berada di Pejabat Amir di Medan Usahawan. Kami bersetuju pergi – termasuk Amir bertiga ke Bukit Mahkota. Tiba dapati sebahagian rumah gelap dan sebahagian telah dipulihkan api secara terhad. Daripada 40 rumah dalam 2 baris, 10 buah mengalami kerosakan disebabkan oleh wire neutral pada sub box putus di tiang 3/5, menyebabkan voltage tak setabil dan overloaded supply. Sebuah rumah hujung no. 42 paling teruk hampir terbakar. Semua alat letrik musnah. Dua buah lagi rosak bekalan dan tiada letrik. Semua rumah ini dan rumah yang lain (7 buah lagi) yang sedang menggunakan peralatan letrik terbakar. Alat-alat yang rosak ialah tv, astro, lcd, laptop, freeze, home teatre, kipas, recorder dan dapur letrik. Kerugian peralatan letrik dijangka berjumlah RM50,000. Empat orang anak muda yang sedang menonton tv di rumah sewa mereka ketika kejadian, menyangka tv rosak, mereka menukar dan memasang tv yang lain, kedua-dua tv terbakar. Beberapa pelajar KUIS yang menyewa di sini juga mengalami kerugian, kerana laptop mereka rosak. Pihak bomba dihubungi dan datang. Tumpuan utama bomba pada rumah hujung No. 42 yang hampir terbakar. Kami melawat dan masuk melihat kerosakan-kerosakan yang dialami beberapa buah rumah. Pihak TNB juga datang membaiki sub box yang rosak dan memulihkan api kepada sebahagian besar rumah. Penduduk dinasihati buat tuntutan ganti rugi secara kumpulan kepada pihak TNB.






Pada malam ini kebetulan pemilik salah sebuah daripada 40 buah rumah mengadakan kenduri, kami dijemput sama makan kenduri. Selepas membuat lawatan, kami singgah menerima pelawaan ke kenduri yang juga sebelumnya terganggu ketiadaan api. Pulang ke rumah 11.30 malam keletihan.

Sekian.

July 27, 2010

RM50 Ribu ADNS Bangi Luluskan Untuk Surau-Masjid di DNS Bangi

Pejabat ADNS – Bangi, 14 Sya'ban = 26 Julai (Isnin):

Ahli Dewan Negeri Selangor (ADNS) Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar petang ini meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada seluruh surau dan masjid di Dewan Negeri Selangor – Bangi bagi dimanfaatkan bagi kegiatan ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak. Kelulusan ini diambil melalui keputusan Mesyuarat AJK Kewangan Peruntukan ADNS Bangi yang dipengerusikan oleh Ustaz Shafie Ngah Timbalan YDP Pas Serdang.

Peruntukan ini akan dibahagikan secara sama rata kepada semua surau dan masjid di DNS Bangi yang berjumlah sebanyak 100 buah itu. Surau-surau dianggap lebih memerlukan bantuan ini, kerana surau-surau kekurangan sumber, manakala masjid dan surau besar yang mendirikan sembahyang Jumaat diberi jumlah sama dengan surau-surau biasa, iaitu RM500/=, kerana masjid dan surau-surau besar yang mendirikan sembahyang Jumaat mempunyai sumber kewangan tetap hasil dari kutipan mingguan pada setiap hari Jumaat. Jumlah RM50,000 dianggap jumlah yang besar, kerana ia melibatkan 10% daripada peruntukan tahunan ADNS. Ini bererti setiap surau dan masjid di DNS Bangi, sekurang-kurangnya mendapat 1% (RM500/=) dari peruntukan tahunan ADNS Bangi. Ini tidak termasuk permohonan-permohonan yang lain yang di pohon untuk surau dan masjid – misalnya pembaikan kerosakan, pembelian peralatan dan berbagai kegiatan yang lain.

Sementara itu pihak AJK Kebajikan ADNS Bangi yang diketuai oleh Haji Rushdi memohon sebanyak RM25,000 bagi kegiatan Ramadhan seperti membantu faqir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya. AJK Kewangan meluluskan sebanyak RM10,000 terlebih dahulu dan mengharapkan AJK Kebajikan berusaha mendapat kewangan dari sumber-sumber yang lain seperti derma dari orang ramai, sadakah dan sebagainya. Sekiranya peruntukan tidak mencukupi, maka permohonan tambahan boleh diajukan untuk pertimbangan.

Sekian.

Menyampaikan Sumbangan Komputer dan Kerusi Ke SRAI Bangi

image

Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru Bangi bersebelahan Balai Polis BBB adalah Sekolah SRAI kedua terbesar di Selangor, selepas SRAI Seksyen 19, Shah Alam. Kini SRAI BBB mempunyai 4 buah bangunan empat tingkat di atas tanah berkeluasan 12 ekar. Murid-murid berjumlah 1,200 orang dengan guru berjumlah lebih 80 orang. Walaupun merupakan Sekolah kedua terbesar, tetapi tidak mempunyai kelengkapan yang cukup. Bangunan yang terbaru siap hingga kini belum disempurnakan dengan letrik dan belum mempunyai bekalan air. Sekolah tidak mempunyai computer untuk urusan pentadbiran dan perkeranian. Perpustakaan yang agak besar (Guna dua kelas yang disatukan), tetapi hampir kosong dari buku-buku dan kekurangan dari kerusi-meja. Lantaran itu pihak Sekolah memohon dari ADNS Bangi peruntukan bagi melengkapkan keperluan. ADNS Bangi meluluskan sejumlah wang (RM4,000) membeli dua buah computer dan 70 buah kerusi.

image

Pagi ini ADNS bersama dengan pembantu-pembantu ADNS Bangi datang ke Sekolah bagi menyerahkan dua computer dan sejumlah kerusi tersebut. Kehadiran kami – diminta sampai jam 8.00 pagi disambut oleh Pengerusi PIBG Sekolah Yang Berbahagia Dr. Zainuddin Sajuri dan Guru Besar Ustaz Razali Ahmad Sihat yang baru bertukar ke Sekolah ini lebih sebulan yang lepas. Kami agak terkejut, kehadiran kami untuk membuat serahan secara biasa, diadakan secara ijtimak. Murid-murid berhimpun di pekarangan Sekolah sebelum masuk ke kelas, diadakan acara ringkas dalam mana Pengerusi PIBG berucap ringkas berterima kasih di atas sumbangan kami yang tidak seumpamanya dan memaklumkan kekurangan-kekurangan yang dihadapi oleh Sekolah, juga memaklumkan kegiatan-kegiatan yang diadakan oleh pihak PIBG bagi memajukan Sekolah, Pengerusi PIBG berpendapat, jika Sekolah lengkap dari segi prasarana, maka Sekolah akan lebih maju lagi. Menurut Dr. Zainuddin Pengerusi PIBG, hingga kini, walaupun Sekolah ini kedua terbesar di Selangor, masih tidak mempunyai seorang keranipun. Sekolah tidak mempunyai peruntukan tahunan dari pihak Kerajaan. Bergantung kepada pihak PIBG untuk mendapatkan dana. Kerja-kerja perkeranian terpaksa dilakukan oleh Guru Besar, manakala Guru Besar pula melaporkan tentang prestasi Sekolah yang agak meningkat. Sekolah menerima permohonan yang tinggi daripada ibu bapa bagi memasukkan anak-anak mereka ke Sekolah, tetapi terpaksa ditolak. Murid-murid yang belajar di Sekolah ini berada di Sekolah dari jam 8.00 hingga jam 4.00 petang. Mereka mengikuti pengajian secara integrasi antara pendidikan agama dan akademik. Bayaran dikenakan bagi makan minum adalah sebanyak RM50/= sahaja sebulan. Dengan menghantar ke Sekolah integrasi, murid-murid bukan saja dapat mengikuti dua jenis pengajian secara serentak, bahkan ibu bapa – terutama kedua ibu bapa yang bekerja merasakan anak-anak mereka lebih selamat kerana berada di Sekolah sepanjang hari dan dapat mengelak anak-anak merayau-rayau yang boleh mengakibatkan mereka terjebak di dalam gejala sosial.

image

ADNS Bangi di dalam ucapan ringkasnya berbangga dengan kewujudan SRAI di BBB dan berharap Sekolah ini menjadi salah sebuah Sekolah terkenal di BBB, maju dari segi akademik, ko-kurikulum dan murid-murid terkenal dengan akhlak yang baik. Beliau mengucapkan tahniah hasil dari kerjasama antara guru-guru, PIBG dan ibu bapa maka Sekolah ini menjadi salah sebuah SRAI termaju di Selangor. Berhubung dengan kekurangan peralatan di Sekolah ADNS Bangi akan bekerjasama bagi melengkapkan keperluan Sekolah. Menurutnya pihak kerajaan negeri berusaha bagi menyediakan peluang pelajar-pelajar terpilih bagi melanjutkan pelajaran ke Sekolah-sekolah terpilih pada peringkat menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi di dalam maupun di luar Negara. Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan jumlah kedua besar bagi pendidikan dan agama Islam. Beliau berharap BBB dan Negeri Selangor terkenal sebagai pusat pendidikan sama ada pendidikan umum maupun agama, sesuai dengan Bangi sebagai Bandar Ilmu.

 

image

Penyampaian dua buah computer dilakukan oleh ADNS Bangi dengan diterima oleh Pengerusi PIBG dan Guru Besar di hadapan ijtimak murid-murid dan guru-guru. Selepas majlis penyampaian ADNS Bangi diiringi Pengerusi PIBG, Guru Besar dan guru-guru melawat Perpustakaan yang agak luas. Di Perpustakaan ini ditempatkan kerusi-kerusi plastic yang dihadiahkan oleh ADNS Bangi. Perpustakaan mempunyai amat sedikit buku-buku yang diatur di atas satu dua rak buku sahaja. Tiada sebarang hiasan atau ungkapan-ungkapan yang menyemarakkan ruang perpustakaan dan menggalakkan murid-murid suka membaca dan berada di Perpustakaan. Melihat kekosongan ADNS Bangi teringat kepada sejumlah frame-frame ayat Qur`an dan gambar-gambar yang ADNS terima semasa kunjungan dilakukan, maka ADNS meminta dihantar wakil-wakil datang mengambilnya dari Pejabat ADNS. Selepas minum dan memohon diri, sejam berikutnya Guru Besar dan Pembantunya datang ke Pejabat menerima frame-frame ayat-ayat Qur`an dan gambar-gambar dihadiah oleh ADNS Bangi kepada pihak Sekolah untuk dihiaskan sama ada di Perpustakaan atau tempat-tempat yang sesuai.

image

image

Sekian.

Two West Countries In Serdang: To West of The West Country I Need To Attend

BBB, 13 Sya'ban = 25 July (Sunday):


Do you know, that there are two West Countries in Serdang Parliament? I was invited by Charity & Trustees of Child to open The Child Preschool Combined Story Telling, Rhymes & Coloring Competition at 9.00 am or to close at 12.00 pm on 25th July 2010. The venue: SJK(T) West Country - West, P.O. Box 84, 43200, Kajang Selangor. I agreed to attend the invitation as the venue as I thought in my constituency. The letter faxed on 20 of July 2010. On the early Sunday morning I arranged the programs that I need to attend chronologically. However I realized that I have four programs from 8.00 am to 11.00 in the morning that included the preschool invitation. I found that I cannot attend the preschool either at 9.00 and neither at 12.00 pm. So I phoned the Manager of the preschool – Sister Sarada that I only could attended the invitation around 10.30-11.00 on the way to Shah Alam for discussion (munaqashah).

To my surprised that West Country that I need to attend is not the West Country Section five in Bandar Baru Bangi, but the West Country in Serdang that situates near the Serdang Hospital, along the way to Kuil and Briani Gum Shop. From that information just I know that there are two West Countries, the East West Country in Bandar Baru Bangi and the other West, West Country beside the Serdang Hospital. Both West Countries has a Tamil School and the preschool invitation in SRJKT, West of the West Country.


So after finishing programs at other places I with my friend Mr.Azizi went to SRJKT, where in the compound of the school a preschool building for the children. We were welcomed by Manager of preschool Sister Sarada to school classes where the competitions among 16 Tamil Schools in Selangor are in progress. As I came neither at 9.00 for opening and nor at 12.00 for closing I was arranged to classes where competitions are in progress. The programs include Kadavul Vaiyhu & opening Dance, Welcome Speech by Mr. Arumugam the Head Master, Opening Speech by me (I do not know who replaced me), Introduce Judges & Grouping and from 10.00 am to 12.00 pm Competitions such:


Story Telling 6 Years Group 1 & 2
a) English
b) Bahasa Malaysia
c) Tamil

Rhyme 5 & 6 Years Group 1 & 2
a) English
b) Bahasa Malaysia
c) Tamil

And Coloring 4 & 5 years
And 12.00 pm – 12.15 Closing Speech
And 12.15 - 1.00 Price Giving Ceremony


As I came neither for opening time and nor for closing I only accompanied by Sister Sarada to two classes and heard the Story Telling in English, Malay and Tamil and indeed very fascinating. Before leaving the preschool compound I promise to Sister Sarada to consider the application for some aids for the charity of the preschool.


I thank Mr Arumugum and Sister Sarada for inviting me, but asked for a forgiveness as I could not attend at the right time. From here we moved to Shah Alam for discussion (Munaqashah).

Thank You.

July 26, 2010

Beranekdot Di Samping Menghimpun Dana

Medan Usahawan, BBB, 13 Sya`ban = 25 Julai (Ahad):


Banyak projek dan program yang memerlukan kewangan, lantaran itu pihak Kawasan dan Cawangan melancarkan program – antaranya mengadakan "Hi-Tea" bagi memungut derma. Bagi menarik kehadiran beberapa tokoh dijemput hadir.

Pada masa yang ditentukan tamu belum ramai hadir, Pengerusi menggelabah dan terpaksa menjemput YDP, selaku Tuan Rumah bagi mengalu-ngalukan yang hadir yang pada peringkat awal memang kurang kehadiran, di samping menunggu kehadiran seorang lagi VIP (seorang telah tiba).


Untuk menenangkan suasana kata YDP dalam ucapannya, ``Tetamu yang membeli tiket ke Hi-Tea petang ini, bukan tak mau datang, tetapi kerana mereka menderma secara ikhlas, mereka fikir, tak perlu datang petang-petang begini. Sebab itu kurang yang datang.``
Tambah YDP, ``Majlis macam ini, sebenarnya tak perlu ramai kehadiran, yang perlu ialah jumlah sumbangan !`` Sebenarnya katanya, ``Bila ramai yang tak datang menyelamatkan peruntukan, tapi adakah disertakan kad survey jawapan``datang/tidak datang`` ?
Jawab AJK dan tamu yang hadir, ``Tidak ada kad jawapan !`` Kata YDP, ``Kalau tidak ada kad jawapan dan tidak diketahui jumlah yang sanggup datang, terpaksa disediakan anggaran jumlah makanan yang banyak – hampir sejumlah kad dijual, sebab itu bila tak ramai datang AJK dan para hadirin kena makan banyak-banyak !!!"
Secara bergurau kata YDP, "Majlis kita ni, Majlis Hi-Tea, makna harfinya 'Tea Tinggi', cukup sebenarnya disediakan air tea saja dengan "Hi-Cup", boleh selamatkan peruntukan!"


Tiba giliran tamu berucap, Saudara Azman Shapawi – Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, (tamu mulai sedikit ramai), antara yang disebut dalam ucapannya,
"Pada tahun 1970an, antara penentangan Umno terhadap Pas, bahawa Umno menuduh `Pas Sesat !"Sekarang dalam kemuflisan isu, maka Umno timbulkan kembali ``Pas Sesat !``Kata Saudara Azman, ``Kalau Pas Sesat mengapa Umno kini beria-ria nak berbaik dengan Pas ? Mau menyatukan Melayu !!! Tak patut berbaik dengan orang sesat, nanti turut sesat !!!`` Tambah Saudara Azman, ``Begitulah gelabahnya Umno kerana mengalami kemerosotan sokongan dan takut hilang kekuasaan !!!``. ``Sebenarnya Umnolah yang sesat !``
Buktinya kata Saudara Azman lagi, ``Pernah ditanya pihak Kerajaan antara hasil cukai biasa dengan hasil cukai judi – termasuk judi bola, bagaimanakah dibezakan untuk membayar gaji pekerja. Jawab mereka, mereka campur, tanpa mengasingkan antara satu dengan yang lain.`` Saudara Azman menekankan, ``Inilah menyebabkan gelapnya hati orang-orang Umno dan sesatnya perjalanan mereka kerana memakan hasil syubhah dan haram. Sebab itu dakwah kita terhadap mereka ke arah menegakkan Islam lebih 50 tahun tidak berkesan. Ini menunjukkan gelap dan sesatnya Umno !!!`` kata Saudara Azman.

Secara sindir kata Saudara Azman, ``Sekarang Kerajaan kurang wang, cukai minyak, gas dan gula dinaikkan.`` Tambah Saudara Azman, tentang gula, mereka guna hujah bodoh, ``Kita naikkan harga gula, kerana gula membawa penyakit, terutama kencing manis !``
Saudara Azman berhujah, ``Kalau begitu, mengapa tak dinaikkan harga garam, kerana garam membawa penyakit darah tinggi ?``

Contoh hujah bodoh lagi kata Saudara Azman, ``Kerajaan Terengganu tertipu dan membazirkan duit dengan mengadakan perjanjian dengan sebuah Syarikat mengadakan carnival dan sukan laut di musim tengkujuh yang dikenali sebagai ``Monsoon Cup``.Dengan perjanjian ini Kerajaan Terengganu terpaksa membelanjakan sebanyak RM3.2 billion selama untuk 8 tahun perjanjian. Setakat ini telah empat tahun diadakan. Perbelanjaan ini langsung tidak memberi faedah kepada rakyat. Antara jawapan bodoh kerajaan mendepani kritik, ``Dengan adanya `Piala Monsoon tiap tahun rakyat Terengganu dapat melihat pelancong-pelancong dari barat datang ke Terengganu !!!


Saudara YB Dato` Haji Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden Pas Tamu Utama menyatakan kepada tamu yang mulai ramai, ``Orang kita dibodohkan oleh istilah-istilah yang molok-molok. Contoh makanan yang diistilahkan dengan ``Banana Ball``sebenarnya bila dilihat dan dirasa ianya ialah jejemput atau cokodok !!! Namun kerana nama dan dihidang di hotel lima bintang, harganya berganda mahal ! (Tambahan penulis, kerana kebodohan dan tertipu dengan kelicikan dan istilah `Monsoon Cup` terjadi pembaziran duit, yang untung pihak luar, negeri rugi dan rakyat tak mendapat apa-apa).

Menurut Haji Mahfuz kita jangan percaya dengan gembar gembur kerajaan bahawa ekonomi Negara makin cemerlang dan Wawasan 2020 akan dapat dicapai pada tahun 2020, sedangkan Idris Jala mengatakan jika tidak dihapuskan subsidi, maka negera akan muflis pada tahun 2019. Macam mana kenyataan bercanggah. Sebenarnya ekonomi Malaysia makin teruk, terkebelakang dari kebanyakan Negara-negara Asean. Baru-baru ini nilai FDI Negara menurun dari 23.5 billion kepada 4 billion. Sebab itu harga minyak, gas dan gula naik dan saman ekor yang tak sempat dikejar masa berlaku, kini disemak dan dikejar dengan denda-denda menggila !!!

Sekian.

July 25, 2010

Program Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air & Gotong Royong: Apa Muslihat Syabas ?

Seksyen 4, BBB, 12 Sya'ban = 24 Julai (Sabtu):


Sebaik menerima surat jemputan dari Syabas kelmarin mengenai program di atas terbetik di dalam mindaku, apa kena mengenanya Syabas datang menganjur gotong royong di kawasanku di atas. Gotong royong ini kerja Wakil Rakyat dengan penduduk kawasan bagi membersih kawasan di samping menjalin kemesraan dengan penduduk setempat. Sebenarnya aku faham gotong royong walaupun bukan kerja Syabas, tetapi inilah mekanisme bagi Syabas menyerang/membalas serangan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang mau mengambil alih urusan air daripada exploitasi pihak swasta kepada pengawalan di bawah Kerajaan Negeri bagi kepentingan rakyat. Pembelaan terhadap kepentingan rakyat tak dapat dipertikaikan. Komitmen Kerajaan Negeri Selangor telah memberi kekecualian kepada rakyat jelata Negeri Selangor - kekecualian dari membayar bil air yang digunakan di bawah 20 kubik meter seharga RM20.00 bulanan.

Sekiranya pengurusan air dikembalikan kepada Kerajaan negeri maka harga air akan lebih murah, sebagaimana murahnya harga air di Pulau Pinang. Bayangkan air yang dapat diuruskan oleh satu institusi – sebelum diswastakan setengah dekad yang lepas, memang air di bawah kawalan Kerajaan Negeri dikenali dengan Jabatan Bekalan Air Selangor. Bayangkan kerja mengurus air yang dikurniai oleh Allah secara percuma memang amat menguntungkan ! Sebab itu selepas diswastakan berbagai syarikat air lahir bagi mentadbir air bagi mengaut keuntungan.

Kalian tahu lahirnya syarikat seperti Syabas, Abas, Splash, Puncak Niaga, Puspel dan Luas (Indah Water dulu disatukan di bawah Jabatan Bekalan Air Selangor) dengan pejabat-pejabat berlainan membanyakkan pejabat, membanyakkan pentadbiran, membanyakkan tempat operasi–tetapi tak mengapa. Pendapatan masih banyak untuk membahagi-bahagikan keuntungan! Bayangkan menurut Ustaz Badrul Amin Ketua Penerangan PKR, Gaji tahunan seorang Pengerusi RM5.1 juta setahun - dipecahkan RM425,000 sebulan, RM14,166.00 sehari (8 jam), RM1,770.00 sejam dan RM29.51 seminit. Wow! Gaji sehari seorang Pengarah lebih tinggi dari gaji seorang Exco Kerajaan Negeri. Keuntungan memang tinggi. Ada baiknya dibagi-bagi di kalangan syarikat-syarikat swasta. Tetapi alangkah baiknya keuntungan dibahagi-bahagikan kepada rakyat!

Sekarang serangan dihalakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, Negeri Selangor akan bermasalah dari segi bekalan air menjelang 2012, sedangkan Kerajaan Negeri berpendapat, tiada masalah kekurangan air di Selangor sehingga 2019. Mengapa timbulnya serangan? Kerana cadangan membawa air dari Pahang ke Selangor yang akan meningkatkan kos air dan meningkatkan bil bayaran, tetapi menguntungkan pihak swasta akan terencat. Kerajaan negeri menangguhkannya, kerana Negeri cukup air dan mengelak dari merosakkan environment. Kos pembawaan air asalnya dalam lingkungan RM2 billion kini meningkat kepada RM8 billion. Bayangkan kos yang akan dikenakan terhadap pengguna kelak.

Hadir Ke Jemputan

Aku memang buat keputusan dari awal, walaupun berdepan dengan institusi yang bercanggah polisi dengan Kerajaan Negeri dan Pakatan. Tujuan hadir untuk mendapat maklumat tentang kegiatan, meraikan program yang diadakan di tempat ADNS Bangi dan bersama dengan rakyat setempat dan melibatkan diri bergotong royong. Namun di dalam fikiranku ada reservation agar kehadiranku jangan sampai digunakan sebagai memihak kepada Syarikat yang menganjur.

8.45 pagi semasa bertolak bersama saudara Azizi ke Surau al-Kauthar tempat diadakan program dan gotong royong, aku mengingatkan kepada Saudara Azizi, bahawa kita akan hadir ke satu majlis yang dianjur oleh satu institusi yang bercanggah polisinya dengan Kerajaan Negeri dan Pakatan Rakyat. So berhati-hati dari segi tindakan dan percakapan.

Ketibaan kami di pekarangan Majlis bagi Program di tepi Surau Al-Kauthar disambut oleh Pengerusi Surau Tuan Haji Nazri bin Daud, Timbalan En. Zulkifli Salleh, Setiausaha Encik Ridhuan Harun dan Bendahari Haji Mukhtar Adnan. Kami diperkenalkan dengan Pengarah Operasi Syabas Tuan Haji Ariff Ibrahim, Timbalannya Encik Zulkifli Salleh dan pegawai-pegawai dan kakitangan dari Syabas berjumlah lebih kurang 50 orang. Lebih ramai dari ahli kariah yang datang. Mereka datang dengan peralatan dari lori-lori Syabas, peralatan untuk pameran dan penerangan dan banner-banner yang dipasang. Setelah bercakap-cakap dan minum keraian. Majlis Perasmian dimulakan. Aku diberi penghormatan merasmikan.

Dalam ucapan alu-aluannya Tuan Haji Ariff Ibrahim berterima kasih kepada pihak ADNS Bangi kerana sudi datang dan kepada pihak Surau al-Kauthar yang menjadi tuan rumah. Menurut Tuan Haji Ariff, "Hulu Langat yang lebih khusus Bangi adalah tempat keempat pilihan Syabas di Selangor bagi mengadakan Program Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air & Gotong Royong Anjuran Syabas,". Menurutnya, "Pilihan Seksyen 4 dekat Surau al-Kauthar, kerana ada aduan dan gangguan air di kawasan ini."
"Kita mahu memastikan perkhidmatan terbaik bagi penduduk di Bangi, sebab itu kita memberi perhatian terhadap sebarang gangguan."

Bagi menambah Kualiti air, kata Haji Ariff, "Syabas telah mengadakan projek penukaran dan penaikan taraf paip dan saluran air di sebahagian kawasan di Hulu Langat." Menurut Haji Ariff lagi, "Bangi bernasib baik, penukaran paip dan saluran air dilakukan 2006 dan siap 2007 yang melibatkan 2,500 rumah. Selepas itu projek itu dihentikan, kerana masalah peruntukan dan pentadbiran." Haji Ariff mengingatkan, Bangi adalah merupakan sebahagian dari lembangan tadahan hujan di Hulu Langat, iaitu Sungai dan tadahan air kedua terbesar di Selangor, selepas Hulu Selangor. Kita mau memberi kesedaran kepada masyarakat, pengusaha-pengusaha dan kilang-kilang agar mengelak dari pencemaran air yang boleh merosakkan kualiti air dan jika berlaku pencemaran yang teruk terpaksa bekalan air ditutup sebagaimana pernah berlaku beberapa kali.


ADNS Bangi, ketika menyampaikan ucapan ringkas bagi perasmian mengucapkan syabas kepada Syabas! (ketawa), kerana mengadakan Program Kesedaran dan Gotong royong, lebih-lebih lagi terima kasih kerana memilih Seksyen 4 di bawah kawasan DNS Bangi. Menurutnya "Air Amat Penting kepada Kehidupan." Beliau memetik ayat Quran dan memberi maksudnya,

"Dan kami jadikan daripada air itu segala yang hidup. Apakah mereka itu tidak beriman" (Al-Anbiya': 30).

Sebab itu kita kena bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang diberi dan menjaga air yang diberi Allah secara percuma dengan membahagi pula secara saksama dan adil menurut keperluan.

Elemen yang penting bagi keperluan bagi air ialah kebersihan. Kita memerlukan air bersih bagi makan, minum, membersih pakaian dan sebagainya. Air yang bersumber dari sungai ini memerlukan kepada pembersihan. Proses ke arah pembersihan memerlukan kos. Hari ini kita akan mendapat penerangan, bagaimana air mentah dari sungai ini yang biasanya kotor perlu diproses dan memerlukan kos yang perlu kita tanggung bersama. Dalam hal ini kerajaan Negeri Selangor memberi percuma penggunaan air dibawah 20 kubik meter. Konsep kebersihan air bukan setakat untuk makan minum dan menjalankan perusahaan yang memerlukan air, tetapi untuk ibadat kita juga memerlukan air bersih seperti untuk berwuduk dan mandi. Sebab itu kita seharusnya mengambil bahagian di dalam menjaga kebersihan air, seperti tidak mencemarkan air, tidak membuang sampah dan kotoran di dalam air dan sebagainya. Air sumber hayat dan sama-samalah kita jaga air. Dengan maksud menjaga kebersihan juga kita adakan gotong royong pada hari ini supaya surau dan kawasan surau dalam keadaan bersih, ia adalah tempat ibadat kita yang perlu kita bersih. Bahkan dari bersih fizikal Islam menekankan kebersihan jiwa, maka selain dari bersih jiwa melalui ibadat solat, kita juga bersih sekitaran surau bagi persediaan untuk menyambut Ramadhan. Ibadat yang menekankan pembersihan jiwa. Begitulah Islam menekankan pembersihan lahir dan batin. Sebab itu utamakan kebersihan. Sesungguhnya Sabda Rasulullah bermaksud – Bersih adalah sebahagian daripada Iman.


Encik Mokhtar dari Syabas diberi tugas memberi taklimat. Beliau menyatakan:

  • Kempen yang dijalankan bagi mendidik pengguna bagi menghargai dan memelihara air
  • Air di sini bersumbarkan kawasan tadahan di Hulu Langat. Bangi mendapat sumber air dari Sungai Semenyih.
  • Hulu Langat, lembangan kedua terbesar di Selangor seluas 2,423 km.
  • Di Bangi ada tiga anak sungai, iaitu Sungai Ramal, Air Hitam dan Sungai Tangkas
  • Laporan Alam Sekitar 2008 daripada 143 kawasan tadahan, hanya 76 saja yang bersih. Berbanding pada 2007 sebanyak 91 bersih. Bererti kualiti air makin merosot
  • Daripada 48 batang sungai di Selangor 6 tercemar 15%, 18 sederhana 45% dan 16 bersih 40%.
  • Kualiti Sungai Langat juga merosot daripada kedudukan kedua 2007 menjadi ketiga 2008.
  • Berbagai sebab pencemaran seperti buangan industri, air kumbahan, sisa domestic, pembuangan sampah, pengorekan pasir?
  • Kerjasama antara Syabas dan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi menjaga mutu air.
  • Pihak awam perlu sama peka menjaga kebersihan dan kesihatan.

Selepas taklimat, kami dibawa melihat pameran dan diberi penerangan mengenai peralatan-peralatan yang dipamerkan. Bila melihat gambar aktiviti melombong pasir ADNS Bangi bertanya, gambar ini bila diambil? Menurut yang memberi penerangan, ianya diambil tahun 2007. Kata ADNS Bangi, "Ini bererti aktiviti sedemikian dilakukan sejak sebelum kerajaan PR lagi? Semua ketawa!





Selepas itu kami dibawa ke lokasi gotong royong di dalam Surau dan di luar surau. Selepas itu ADNS memohon diri dan tidak berkesempatan makan tengahari yang disponsor seorang ahli pendukung Syabas bagi mereka yang bergotong royong.


Terima kasih