

Pn. Mariah, guru tadika berkata,”Kami bersyukur kerana tadika kami selamat. Cuma esok kami terpaksa bercuti kerana keadaan kelas masih berselerak dengan beberapa peralatan letrik dan buku-buku basah semasa operasi memadam.”
Stor penyelengaraan bangunan milik pemaju menempatkan perabut terpakai, tilam dan kusyen. Apa yang amat dikesali ialah stor tersebut tidak berpintu dan mudah dicerobohi. Ianya dijadikan tempat untuk sekumpulan remaja melepak. Demik

Menurutnya,”Asal stor dua unit rumah ini ialah surau. Berlaku berbagai kejadian yang mencemarkan surau seperti penagihan dadah dan berpeleseran dan keadaan ini tidak dapat dikawal maka surau dipindah ke blok berhampiran yang mudah dikunjungi serta selamat.”
Ahli majlis MPKj Zon 24 Hj Mazwan Johar yang hadir pada tempat kejadian dilihat memasuki stor tersebut serta melawat satu unit kediaman diatas yang terjejas. Sedikit keretakan telah berlaku walau bagaimana pun telah disahkan oleh pasukan bomba yang menyelamat tidak menjejaskan struktur bangunan. Tidak berlaku lintas pintas pada unit lain Cuma penghuninya sekumpulan pekerja yang menyewa terpaksa bermalam ditempat

No comments:
Post a Comment