December 5, 2011

Sebuah Drama Dalam Puisi

Tiba-tiba dia melompat pantas di atas pentas
You kill me!
You want the money ?
Sorry !

Ketika semua terpinga
Lantas dia rebah
Tiba-tiba terserlah
Rahsia konspirasi terpendam
Mau dipadam
Mereka mendepani sekatan
Dan gerombolan membuat kunjungan rayuan
Bimbang terlepas peluang
Biarpun melanggar prinsip
Dimaklumi dan diamali
Siapa yang memohon jawatan dia dikesampingkan.

Telah berlalu hari-hari
Merakam episod dan tragedi
Menyepuh jiwa dan peribadi
Allah Maha Melihat perlakuan kita
Menilai sejauh keikhlasan
Atau ada udang di belakang.

Kita perlu bekerja kuat
Memenuhi amanah mandat
Biarlah mereka berebut takhta
Kita perlu terus bekerja
Ke hujung upaya.

Shafie Abu Bakar,

Bandar Baru Bangi,

09 Muharram 1433
05 Disember 2011.

No comments:

Post a Comment