October 19, 2012

Bantuan PEKAWANIS dan Ziarah Pesakit Di Hospital Serdang

Pejabat Adun Bangi, 28 Zulkaedah 1433 = 14 Oktober 2012 (Ahad):


PEKAWANIS ialah Persatuan Kebajikan Wanita Isteri-Isteri Wakil Rakyat Pakatan di Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Puan Seri Salbiah isteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul KhalidIbrahim Menteri Besar Selangor. Pekawanis mengadakan mesyuarat dan kegiatan dari semasa ke semasa. Antara kegiatan ialah kuliah dan pengajian agama, mengadakan Projek Laman Dapur dan bantuan kepada Ibu Tunggal dan Fakir-Miskin.


Antara projek yang diadakan ialah menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal dan mereka yang susah sebelum menyambut Hariraya Eidul Fitri yang lepas. Namun projek bantuan ini ada yang tertangguh termasuklah di Dun Bangi. Pada masa yang lepas projek antara Bangi dan Kajang disatukan bagi menjaga waktu bila Puan Seri turun melaksanakan program Namun oleh kerana projek ini tertangguh dan peruntukan diturunkan, maka penyampaian bantuan ditangguhkan kepada hari ini. Jumlah bantuan yang disampaikan ialah bagi 30 orang. Cawangan-cawangan di bawah Dun Bangi diminta senaraikan mereka yang berkelayakan dan pada hari ini mereka dijemput datang ke Pejabat Adun Bangi. Peruntukan ditambah dengan bantuan barangan dari Pejabat Adun Bangi. Khemah dipasang bagi kehadiran jemputan.

Dalam ucapan alu-aluan Adun Bangi memaklumkan tentang peruntukan kepada hadirin yang kebanyakannya terdiri dari ibu-ibu tunggal dan yang susah dari berbagai kaum, termasuk juga beberapa dari kalangan lelaki. Adun maklumkan bahawa bantuan yang akan disampaikan adalah dari Isteri YAB Dato` Menteri Besar Selangor yang prehatin terhadap rakyat negeri Selangor terutama dari kalangan ibu tunggal dan mereka yang susah, miskin dan sakit. Adun juga memaklumkan beberapa skim dan program di bawah kerajaan negeri Selangor yang diharap berbagai pihak berkenaan mengambil faedah seperti Skim Warga Emas, Tawas, Air Percuma, Si Kembar, Pinjaman Mimbar dan Skimsel dan sebagainya.
Sementara itu penyampaian bantuan dilakukan oleh Puan Hajjah Mu`minah Binti Yusoff selaku AJK Pekawanis. Bantuan berupakan kewangan dan barangan keperluan harian. Jamuan makan tengahari juga disediakan kepada semua yang hadir.

Manakala pada sebelah petang hari tersebut Adun bersama AJK Kebajikan yang diketuai Tuan Haji Rushdi dan saudara Hasan ke Hospital Serdang bagi melawat isteri kepada Encik Razali Ketua salah satu Cawangan di Balakong. Isteri En. Razali Puan Mariam bt. Hussein mengalami sakit buah pinggang yang terpaksa menjalani dylisis tiga kali seminggu. Kini isteri beliau demam dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Serdang ini, iaitu di sini juga beliau mendapat rawatan dylisis.. Menurut En. Razali dari segi kos rawatan adalah sebanyak RM660.= seminggu dan sebanyak RM2,640 sebulan. Walau bagaimana menurut En. Razali beliau berterima kasih kepada pihak MAIS yang memberi bantuan bagi isterinya dalam menjalani dialisis. Kami berharap pihak En. Razali dan keluarga bersabar dan sebagai menyatakan simpati kami, kami menyempaikan sedikit bantuan dan cenderamata.

Sekian.

No comments:

Post a Comment