Cheras Selatan, Balakong, 28 Rabiul Awwal 1434 = 09 Februari
2013 (Sabtu):
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato`
Menteri Besar Selangor petang ini – jam 3.00 petang melancarkan Majlis Perasmian
Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013 Peringkat
Negeri Selangor bertempat di AEON Cheras Selatan, Balakong. Turut sama hadir
ialah Exco-Exco YB. Xavier, YB. Rodhiah, Adun-Adun YB. Dr. Shafie Abu Bakar dan
YB. Khasim Abdul Aziz, Ahli
Parlimen Dr. Che Rusli Che Mat, Penolong
Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor Tuan Haji Dato` Tarmidi, Pegawai Daerah
Hulu Langat Dato` Mohd. Amin Mohd Ahya, Dato` Tan Kuang Fan Ketua Pengurus
Jabatan Keselamatan Jalanraya Merangkap Setiausaha Agung Majlis Keselamatan
Jalan Raya, pegawai-pegawai jemputan dan orang ramai.
Dalam pelancarannya selepas doa dibacakanYAB Dato` Menteri
Besar mengingatkan bahawa, dalam masa cuti Tahun Baru Cina pertambahan
kenderaan di jalan raya berganda meningkat, terutama di jalan utama ke utara,
ke selatan dan ke timur, sebab itu mereka yang memandu hendaklah berhat-hati di
jalan raya. Jika mengantuk hendaklah berihat di stesyen-stesyen R & D yang
disediakan. Pengguna jalan raya pesan YAB, ``Hendaklah sentiasa berhemat dan
cermat.`` Bagi pengguna jalan raya YAB mengingatkan agar:
1) Rancang
perjalanan sebelum melakukannya
2) Guna
cermin bila membelok atau memintas
3) Elak
dari ekori kenderaan secara berterusan
4) Jangan
menggunakan telefon bimbit dalam perjalanan
5) Beri
jalan laluan bagi yang hendak memotong
6) Kawal
had laju
7) Jangan
potong garisan
8) Memakai
tali/topi kledar
YAB memberi ingatan utama kepada penunggang-penunggang
motorsikal perlu lebih hati-hati, kerana mereka lebih banyak mengalami kemalangan
dan kematian.
Kemudian dengan lafaz Bismillahir-Rhmanir-Rahim YAB
merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya, diikuti dengan Gimik Perasmian dengan
tembakan `Hujan Perada Warna Warni` berterbangan di udara dan antaranya jatuh
di atas kepala. Diikuti dengan Tarian Singa berdepan dengan Tamu-Tamu Istimewa
diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada YAB Dato` Menteri Besar oleh
pihak Penganjur.
Selepas itu YAB dan tamu-tamu kehormat bergerak keluar ke
hadapan Kompleks Bangunan AEON. Pada pintu masuk bangunan YAB Dato` Menteri
Besar melakukan `Flag Off`` dengan
memakaikan beberapa pemandu motorsikal yang single dan yang berbonceng dengan
topi keledar dan pemberian risalah-risalah panduan dan barangan hadiah.
Memasuki kembali ke dalam bangunan, para tamu dihadiahkan
dengan kotak-kotak limau yang berwarna emas. Di dalamnya terdapat dua biji
limau sebagai lambang kemakmuran bagi Tahun ini yang dikenali dengan Tahun
Ular. Para tamu juga dihadiahkan dengan beg
barangan sebagai kenang-kenangan.
Kemudian YAB diiringi ke Sidang Akhbar dan minum teh. Majlis
ringkas berakhir jam 4.30 petang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment