February 13, 2013

Menyampaikan Hadiah & Menutup Pertandingan Karate Do Di Pekan Bangi

-->
Pekan Bangi, 1 Rabiul Akhir 1434 = 11 Februari 2013 (Isnin):

Pada 4.30 petang hari ini Adun bersama saudara Azizi ke Pekan Bangi bertempat di Dewan Orang Ramai bagi menyampaikan Hadiah Pertandingan Karate Do (Do bererti Centre) dan menutup pertandingan Karate berkenaan.


Untuk pertandingan Karate Do, Adun telah menerima permohonan peruntukan dari pengurusan sejak dua minggu dahulu. En Murgayah Ketua Pasukan Karate Do Pekan Bangi & Dengkil datang sendiri lebih dari sekali berunding dengan Adun bagi menjayakan pertandingan yang dianjurkan pada hari ini, iaitu bermula dari pagi hingga ke petang. Ketibaan Adun disambut oleh En. Murgayah dan En. Pamirselvam Presiden dan Ketua Jurulatih Karate Do peringkat negeri Selangor. Manakala En. Murgayah merupakan Pengadil Pertandingan Karate Do peringkat Asia.


Menurut En. Pamirselvam, setakat ini terdapat 30 cawangan Karate Do di negeri Selangor, iaitu antaranya di Banting, Kelang, Puchong, Balakong, Bandar Baru Bangi, Semenyih, Serdang, Kapar, Sepang dan lain-lain. Dulu Karate Do ini didaftar di bawah kategori Business Registration, tetapi sekarang didaftar di bawah Sukan Malaysia. Ditanya, ``Berapa jumlah keahlian, En Pamirselvam menganggarkan lebih dari 1,000 ahli. Ditanya, ``Adalah keahlian Karate Do terhad kepada orang India ?`` Beliau menjawab, ``Tidak``, Kelab atau Persatuan Karate Do adalah berbagai kaum.  Beliau menambah, ``Hari ini walaupun kelihatan ramai anak-anak India, tetapi terdapat beberapa daripada mereka anak-anak orang Melayu.


Berhubung dengan pertandingan hari ini menurut En. Murgayah adalah seramai 50 orang yang mengambil bahagian dalam pertandingan. 30 orang daripada mereka telah bertanding pada sebelah pagi dan telah disampaikan hadiah. Pada petang ini 20 orang bertanding. Dilihat kepada kategori Karate Do adalah banyak iaitu sebanyak 14 kategori yang melibatkan peringkat paling muda dari kalangan anak-anak membawalah kepada paling tua. Ada perbezaan pada peringkat tertentu, tetapi tertakluk pada aturan, tidak boleh reka dan tokok tambah sendiri, sehingga cara meletakkan logo juga ada peraturan yang perlu diikuti. Misalnya pakaian adalah putih, tetapi ada perbezaan pencapaian yang dikenali dengan pemakaian tali pinggang putih paling bawah, dikuti kuning, hijau, ungu, Brown (4 kategori), membawa kepada biru, merah dan hitam yang dikira paling tinggi (hitam pula ada 10 kategori).



Menurut En. Murgayah, Karate Do adalah berasal dari Jepun, manakala Tekwandio berasal dari Korea. Walau bagaimana kedua-dua sukan ini terkenal di seluruh dunia dan dipraktis di berbagai pertubuhan dari berbagai Negara.

Sebelum pertandingan peringkat akhir bagi 3 kumpulan yang sengaja dijalankan selepas ketibaan Adun, maka Adun dijemput menyampaikan ucapan.


Adun mengucapkan terima kasih di atas jemputan bagi menyampaikan hadiah dan merasmikan Majlis Penutup. Kita sentiasa memberi galakan bagi perkembangan sukan, bahkan mengadakan berbagai pertandingan seperti bola sepak- termasuk klinik bola sepak, badminton, sepak takraw, futsal, pengpong dan berbagai-bagai kegiatan sukan yang lain. Untuk pertandingan hari ini Adun memperuntukkan sebanyak RM1,500. Adun berharap kita bukan setakat mengadakan pertandingan semata-mata, tetapi akan lahir bakat terselah di dalam beberapa bidang sukan – termasuklah Karate Do.


Selepas itu pertandingan Peringkat Akhir bagi tiga pasukan di adakan sehingga menghasilkan tiga kategori pasukan yang menang, iaitu Pasukan A, Pasuka B dan Pasukan C.  Dengan penyampaian hadiah, maka Adun menutup Pertandingan Karate Do Peringkat Pekan Bangi.

Sekain.

No comments:

Post a Comment