August 6, 2014

Pemilihan Kontrektor Pembinaan Masjid Al-Umm

BBB, 09 Syawal 1435 = 05 Ogos 2014 (Selasa):

Tender bagi pembinaan Masjid Al-Umm dikeluarkan dua minggu sebelum tarikh penjualan dan penjualan dokumen  dimaklumkan pada Rabu  2 Oktober 2013 bersamaan 26 Zulkaedah 1434 di Pejabat No. 3, Medan Usahawan Jalan 1/4A, 43650 Bandar Baru Bangi. Dokumen adalah berharga RM500/=. Tarikh tutup jawapan ialah pada 16 Oktober, tetapi kemudian dilanjutkan  kepada Rabu 21 Oktober 2013 bagi memberi peluang bagi kontrektor yang mendapat maklumat lewat..


Seramai kontrektor atau wakil telah datang membeli dokumen, iaitu:

1)      GIS Contractor Sdn. Bhd.
2)      Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
3)      Mergong Jaya Services Sdn. Bhd.
4)      Vastec Engineering Sdn. Bhd.
5)      Twinty  Enterprise Sdn. Bhd.
6)      Iqtiqad Maju Sdn. Bhd.
7)      Bangi Mas Sdn. Bhd.
8)      Pembinaan Sham

(Tiga lagi kontrektor yang dijangka hadir tidak hadir).

Pada hari penjualan mereka diberi taklimat di Bilik Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi bersebelahan dengan Pejabat Pembinaan Masjid Al-Umm, Kemudian mereka dibawa melawat bersama AJK Pembinaan Masjid dan Juru Perunding ke tapak Masjid Al-Umm yang telah dibersih dan berpagar. Berpandukan pelan mereka diberi taklimat bahawa:


Keluasan Lantai ialah 4,317 meter persegi bersamaan 46,456 kaki persegi yang boleh menampung seramai 3,000 jamaah secara serentak.

Masjid adalah tiga tingkat.
Tingkat Tengah (Utama) untuk Ruang Solat Utama, Ruang Lempah, Bilik Pengurusan Jenazah, Bilik Mesyuarat, Bilik Pentadbiran, Kelas Tadika dan Ruang Wudhu` dan Tandas
Tingkat Atas untuk Ruang Solat Wanita, Bilik Mesyuarat (2), Bilik Seminar, Bilik IT dan Kelas Tahfiz
Tingkat Bawah, Ruang Serbaguna, Bilik Akad Nikah, Bilik Air, Bilik Persalinan, Bilik Persediaan Kenduri dan Bilik Peralatan.


Pemohon-pemohon dipanggil interview oleh AJK  antaranya Penulis selaku Pngerusi Induk, Tuan Haji Ishak bin Arshad Pengerusi AJK Teknikal, Tuan Haji Abdul Rahman bin Daud, Tuan Haji Mohd bin Haji Yasin, Dr.Tajul Ariffin Noordin, Tuan Haji Ghazali Hussein dan yang lain-lain.

Daripada kontrektor yang membeli dokumen tiga daripadanya tak hadir, iaitu Bangi Mas Sdn. Bhd., Ufukrata Sdn. Bhd. dan Pembinaan Sham, tetapi satu kontrektor tambahan yang membeli dokumen pada hari penjualan, tapi lewat tiba ialah SDE Bina Sdn. Bhd. Menjadikan tujuh kontrektor semua yang datang.


Antara perkara-perkara yang diberi perhatian dan penilaian dalam interview adalah:

1)      Pengalaman dan sejarah kontrektor di dalam pembinaan
2)      Kemantapan dari segi organisasi dan penyeliaan projek
3)      Kewujudan jentera bagi melaksanakan pembinaan
4)      Projek yang di dalam perlaksanaan
5)      Modal yang dibuktikan bagi perlaksaan pembinaan
6)      Kesanggupan bertahan jika berlaku masalah gangguan
7)      Harga tender yang ditawarkan
8)      Kewujudan pekerja-pekerja mahir dan berpengalaman
9)      Percentage potongan yang dapat ditawarkan bagi kerja kebajika – Membina masjid
10)  Sudah berpengalaman membina masjid.

Penginterview bebas mengemukakan pertanyaan selagi releven.

Semua yang hadir interview berpengalaman dari segi pembinaan. Perbincangan di kalangan AJK yang menginterview bagi membuat keputusan untuk ditawatrkan kepada yang terpilih.


Sekian.

No comments:

Post a Comment