August 25, 2014

Selamat Pulang Ke Tanah Kelahiran, Tapi Masih Menunggu Mistri Jawaban


Pada  pagi Jumaat 22 Ogos 2014
Aku turut mengikuti  acara
Penghormatan tragedi  mangsa
MH 17 terhempas ditembak
Di sempadan Rusia – Ukraine
Penerbangan dari Amsterdam Belanda
Ke KLIA, Malaysia
Pada 17 Julai 2014
Adalah upacara luar biasa
Menyambut kepulangan 20 jenazah
Daripada 43 mangsa warga Malaysia
(Diikuti jenazah-jenazah dikenali kemudian)
Perkabungan Negara bagi rakyat biasa
Tafakur seminit diam jam 10.54 pagi seluruh Negara.

 Kita sanjungi  dan puji penghormatan
Komitmen mereka berkenaan misi pencarian
Sekurang-kurang sedikit mengubati luka  hati
Anak, isteri, suami, ibu, bapa  dan keluarga
Kehilangan mereka yang dikasihi
Ada jenazah dan kuburan untuk dilawati.

Namun dalam memuji  cara kita berdiplomasi
Mendapat keyakinan di luar jangkaan
Diterima bagi perundingan
Menyerahkan `Kotak Hitam`
Jangan lupa banyak persoalan perlu jawaban
Sebagaimana mistri kehilangan MH370
Pada 24 Mac 2014 hingga kini
masih belum dirungkai mistri
ke mana kesasarnya destinasi
nasib semua yang malang
demikian  MH17 tak kurang persoalan
risiko terbang di ruang persengkitaan
siapa dan pihak mana yang menembak
mampukah membawa semua berkenaan
ke meja rundingan
mengenal pasati sebab musabbab
ada kesengajaan atau kekhilafan
atau konspirasi berada di belakang
termasuk konspirasi ke atas MH370
adalah lebih besar kemungkinan.

Dua tragedi,  keutamaan adalah Malaysia
Pemilik kedua pesawat  malang
Mengepalai  mencari  jawaban
Australia, Cina dan Belanda adalah rakan simpati
Antara  yang ramai kehilangan jiwa
Tetapi kita adalah pemikul  utama
Bagi  amanah antarabangsa
Perlu mendapat kerjasama
Menyelesaikan masalah antarabangsa
Jika mistri dapat diselesaikan
Adalah sebenarnya penghormatan
Semua akur dengan kebijaksanaan
Itulah harapan.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
27 Syawal 1435

23 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment