March 18, 2018

DATO` DR. HARON DIN PENGGERAK UTAMA DANA MASJID AL-UMM



29 Jamadil-Akhir 1439H. = 17 Mac 2018M. (Sabtu):
Sebagaimana telah disebut Dato`Dr. Haron Din selepas merasmikan Penentuan Arah Qiblat Masjid Al-Umm pada 2 Januari 2014 beliau telah menjanjikan untuk menderma bagi Masjid Al-Umm sebanyak RM1.5 juta, dua hari kemudian beliau telah menunaikan janjinya dengan menyerahkan cek dirumahnya  bukan sejumlah RM1.5 juta, tetapi menambahkan RM200,000 lagi dengan menjadikan jumlah derma beliau sebanyak RM1.7 juta.
 Usaha Dato`Dr. Haron Din di dalam menambahkan dana Masjid  Al-Umm tidak setakat itu, tetapi  terus dilakukan.  Misalnya dari hubungan rapat beliau dengan  Tan Sri Dato` Seri Syed Anuar  bin Syed Putra Jamalullail Pengerusi Zakat Selangor beliau telah membuat temu janji dengan Tan Sri untuk mengunjugi rumahnya pada 6 Februari 2014 dan  dengan dihadiri Dato` Dr. Haron Din beberapa orang Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm termasuk Pengerusi dan Bendahari membincangkan kemungkinan mendapat dana dari Pusat Zakat Selangor sebagai hasilnya.
Pada 24 April 2014 (Khamis) bersamaan 24 Jamadil-Akhir 1435H. berdasarkan usaha Dato` Dr. Haron Din membuat temujanji, maka mulai dari petang itu kami bersama dengan Dato`  Dr. Haron Din dan Keluarganya, Penulis sebagai Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm, Tuan Haji Mohd. Nor bin Yasin selaku Bendahari, Haji Suib bin Maulud selaku Setiausaha, Haji Abdul Rahman Daud selaku AJK, saudara Azizi selaku juru gambar, hadir ke rumah Tan Sri Dato` Seri Anuar Pengerusi Zakat Selangor. Turut hadir Tuan Syed Raslan, beberapa pegawai dari Masjid Negeri dan beberapa yang lain. Kami berjamaah solat Maghrib dan berlaku penyerahan cek dari Tan Sri Dato` Seri Syed Anuar cek berharga RM1.8 juta kepada Masjid Al-Umm melalui usaha Dato` Dr. Haron Din. Cek ini merupakan penyerahan zakat dari sebuah institusi kewangan terkenal yang sejumlah di atas diserahkan kepada Masjid Al-Umm. Sebelum berakhir majlis, selepas solat Isya semua menikmati jamuan makan malam di rumah Tan Sri Dato` Seri Anuar.
Dalam tempoh antara tahun 2014 dan 2015, progress pembinaan Masjid Al-Umm berlaku dengan rancak dan memerlukan aliran kewangan yang agak banyak bagi membayar progres perkembangan pembinaan masjid. Kos Masjid Al-Umm yang asalnya RM12 juta (bertambah RM2 juta dari anggaran awal RM10 juta), kini melonjak kepada RM15 juta.
Pungutan pada akhir 2014 adalah sebanyak RM9,888,477.48
Perbelanjaan pada Januari  2015                     RM5,172.942.07
Sedangkan perkembangan pembinaan pada Februari 2015 baru pada tahap 58.76%
Berlaku kelewatan dari segi pembinaan ialah RM10.58 %.
Pada peringkat ini semua rangka fizikal masjid telah naik, tetapi masih belum  ada bahagian tetulang untuk bumbung dan semuanya belum berplastar. Sudah ada rangka bagi tempat kubah, tetapi belum berkubah dan belum naik dua menara.
Ini bererti untuk siap pembinaan  dan keperluan yang lain memerlukan sekali ganda lagi jumlah yang dipungut (termasuk perbelanjaan bukan fizikal bangunan). Walaupun cash flow masih ada ditangan Bendahari, adalah dirasakan perlu kapada penambahan dana.
Atas ehsan daripada Dato` Dr. Haron Din yang mempunyai dana bagi Tabung Keluarga yang dikenali dengan Birr al-Walidayn, maka pada pertengahan  September 2015 beliau telah sudi memberi pinjam sebanyak RM1 juta kepada Tabung Masjid Al-Umm.
Di atas kepercayaan masyarakat terhadap Dato` Dr. Haron Din, maka pada 19.11.2015   seorang hamba Allah menderma sebanyak RM50,000 kepada Masjid Al-Umm dan pada:
25.11.2015 bersamaan 13 Safar 1437 Seorang hamba Allah (muslimah) menyerahkan dana sebanyak RM1 juta ringgit kepada Dato` Dr. Haron Din untuk masjid Al-Umm.
Dengan pertambahan dana dari Dato` Dr. Haron Din dan dana yang disalurkan melalui Dato` Dr. Haron Din memberi sedikit kelawasan kewangan bagi Ahli Jawatankuasa Pembinaan menguruskan pembinaan Masjid Al-Umm. Dapatlah dikatakan bahawa Dato` Dr. Haron Din merupakan Penggerak Utama bagi Tabung Kewangan bagi pembinaan Masjid Al-Umm.
Sekian.

March 17, 2018

KRONOLOGI MENUNGGU DANA KERAJAAN NEGERI: HARAPAN TERGANGGU PERTUKARAN MB BARU



BBB, 28 Jamadil-Akhir 1439H. = 16 Mac 2018M. (Juma`at):
Sebagaimana disebut bahawa Dato` Menteri Besar Selangor pada masa itu Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim  semasa datang merasmikan Tapak Masjid secara Kenduri Kampung pada 6 Januari 2013 menjanjikan dana berdasarkan pungutan dolar to dolar sehingga jumlah RM6 juta. Pada peringkat ini dana yang dapat dikumpul, pihak Jawatankuasa Pembinaan adalah minimum (RM2.6 juta) dan mengharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat mendahulukan dana sebelum jumlah pungutan dapat dikumpul sebab itu:
·         Pihak AJK menulis surat kepada Menteri Besar agar dapat mendahulukan peruntukan RM6 juta yang dijanjikan, tetapi jawapan dari pihak Pejabat Menteri Besar Pada 19 Februari 2013  - Surat MB Sel. 30/1 Jld. 67 (8) pihak AJK perlu mencari dana sejumlah RM6 juta terlebih dahulu sebelum dari dana kerajaan negeri dapat dikeluarkan.
·         Pada 21 Mac 2014 (21 Rejab 1435) Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm sekali lagi menulis surat memohon agar janji memberi dana sebanyak RM6 juta dapat ditunaikan, tetapi tidak mendapat respond.
·         24 Jun 2014, mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan buat keputusan berjumpa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
·         Pada 25 Jun 2014 hubungi pihak SUK melalui kaunter pertanyaan, janji pihak berkenaan akan menyiasat akan janji yang dibuat.
·         Pada 26 Jun 2014 Haji Abdul Rahman Daud dan Haji Suib Maulud ke Pejabat Menteri Besar, mereka berdua diminta menyertakan surat-surat lepas berhubung dengan janji dana RM6 juta, sama ada akan disalurkan melalui peruntukan JAIS atau Kerajaan Negeri. Pokoknya  hingga ke masa tersebut tiada jelas adakah  kemungkinan janji ini ditunaikan atau tidak.
Pertukaran Menteri Besar Selangor
Kenaikan Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim bagi penggal kedua sebagai Menteri Besar Selangor tidak kekal, selepas lebih kurang setahun menjadi  Menteri Besar Selangor, beliau tergugat kedudukan selepas PKR mengambil pendekatan dengan apa yang dikatakan `Kajang  Move`. Adun Kajang dari PKR diminta letak jawatan dari DUN Kajang, untuk memberi laluan kepada Wan Azizah bertanding di kerusi DUN Kajang, kononnya bagi mengukuhkan polisi `Road to Putrajaya` dan membuka jalan juga baginya menjadi Menteri Besar Selangor. Wan Azizah memangnya menang pilihanraya DUN Kajang.
Tan Sri Khalid yang memang berkempen bagi memenangkan Wan Azizah  di  DUN Kajang tersepit, lantaran kerusi Menteri Besar yang didudukinya perlu dikosongkan. Bukan setakat dikosongkan, tetapi dari percaturan yang diatur  pada 10 Ogos 2014 beliau dipecat dari PKR bagi memberi laluan bagi Wan Azizah berkemungkinan menjadi Menteri Besar Selangor. Namun hasrat sedemikian tidak diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Berikut dari itu timbul spekulasi nama beberapa orang akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor antaranya  saudara Abdul Samad Pesuruhjata Pas Selangor dan juga Dr. Ahmad Timbalan Pesuruhjaya. Namun akhirnya yang menjadi realiti Saudara Azmin Ali diperkenan oleh Tuanku Sultan  Selangor menjadi Menteri Besar Selangor.
Dengan pertukaran Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim yang membuat janji mau menyumbangkan  dana RM6 juta kepada Masjid Al-Umm dan kini jawatan Menteri Besar bertukar kepada Azmin Ali menjadikan janji dibuat itu keawang-awangan. Persoalan adakah janji yang asalnya diungkap secara lisan itu dapat ditunaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dengan pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor, sukar bagi Menteri Besar yang baru untuk menunaikan janji yang dibuat secara lisan oleh Menteri Besar yang dahulu. Sudah tentulah jika ditunaikan atas nama Menteri Besar yang lama tidak memberi kelebihan bagi Menteri Besar yang baru. Namun bagi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm mengharap bahawa janji yang dibuat atas  nama Menteri Besar, seharusnya ditunaikan oleh kerajaan Negeri Selangor.
Walau bagaimana dengan pertukaran Menteri Besar kepada Azmin Ali menyebabkan terencatnya tuntutan bagi mendapat dana RM6 juta ini selama lebih kurang setahun lamanya.
Dalam masa tersebut tidak timbul kesungguhan membuat tuntutan bagi mendapatkan dana sebanyak RM6 juta ini, walau bagaimana pembangunan fizikal Masjid Al-Umm, diteruskan berdasarkan kepada derma orang ramai yang meyakini pembangunan Masjid benar-benar berlaku dengan kenaikan bangunan sudah dapat dilihat berlaku pada tapaknya. Perkembangan pembangunan fizikal Masjid Al-Umm hingga Ogos 2014 adalah sebanyak 18.45%. Usaha mendapatkan dana dari orang ramai terus dipertingkatkan.
Sekian.

March 16, 2018

MENCARI PEREKA BENTUK KUBAH BERWIBAWA



BBB,  27 Jamadil-Akhir 1439H. = 15 Mac 2018M. (Khamis):
Dalam hal mempastikan terbinanya kubah yang baik bagi Masjid Al-Umm, maka Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm agak teliti dan mengambil masa yang agak panjang untuk mendapat keputusan yang memuaskan, sebab itu walaupun pembinaan sudah berlangsung selama setengah tahun – sehingga  30 Jun 2014 masih belum mendapat kepastian.
Sebenarnya untuk mencari pereka dan pembina yang berkelayakan ini, iklan dan pencarian  telah dibuat sejak awal tahun 2014 lagi dan beberapa syarikat kecil dan besar telah datang menunjukkan model dan kemampuan mereka untuk membina kubah bagi Masjid Al-Umm.
Syarikat  yang paling awal menawarkan kepakaran mereka ialah:
Tri Arch Sdn. Bhd. Syarikat ini telah datang pada 11.9. 2013. Mereka menunjukkan berbagai design bangunan yang kubah adalah sebahagian dari rekabentuk yang mereka dapat bina. Namun kami merasakan mereka bukan pakar yang memberi tumpuan pada membina kubah, bahkan kubah dilihat terasing dan tidak berjiwa Islamic, menyebabkan kami menangguhkan komitmen kami dengan mereka.
Turut datang menawarkan kepakaran membina kubah bagi Masjid Al-Umm ialah Syarikat yang menamakan ``Kubah Anum`  dari Setapak, sebuah syarikat bumiputra dari Setapak. Mereka datang pada 14.5. 2014 untuk menunjukkan kepakaran mereka. Syarikat ini agak kecil dan berpengalaman membina kubah bagi surau-surau dan kurang meyakinkan untuk membina kubah yang agak besar. Tiada komitment pihak Masjid Al-Umm dengan syarikat berkenaan.
Pada 14.5.2014 ini juga pihak jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm menjemput Syarikat  Aktif  Aluminium Sdn. Bhd. dari Cheras.  Syarikat ini bukan pakar membina Kubah secara khusus, sebaliknya ianya adalah sampingan  dan tiada contoh ketara yang menarik minat
Syarikat lain yang dijemput pada 14.5.2014 ialah TA Decke Sdn. Bhd. Subang sebuah syarikat pembinaan moden  dan pembinaan bersifat kepelbagaian, namun tidak terasa dari segi roh Islamic. Dapat dikatakan semua syarikat berkenaan yang menampilkan contoh-contoh kubah, masih tidak memberi keyakinan kepada  kami untuk memilih yang pada pendapat kami terbaik, walaupun kos jauh lebih tinggi  dari reka bentuk yang hanya bersifat biasa.
Oleh kerana  pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Um m masih belum  lagi berpuashati dengan contoh-contoh  kubah dari berbagai syarikat sebagaimana telah disebutkan, pihak Jawatankuasa belum dapat menemui syarikat-syarikat bekemamuan membina Kubah bagi Masjid Al-Umm. Oleh kerana itu pesoalan membina kubah ini ditawaqquf terlebih dahulu untuk beberapa bulan lamanya. Tumpuann lebih diberi kepada pembinaan fizikal bagi  pembangunan masjid  didalam bidang-bidang yang lain.
Pada akhir bulan Ogos 1014 (28.8.2014) pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan menerima permohonan dari Syarikat Majleza Aluminium Sdn. Bhd.  Syarikat Bumiputra yang berpangkalan di Johor dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Majleza specialise di dalam mumbuat dan memasang bahan-bahan dari aluminium dan kaca. Telah merekabentuk dan memasang kubah-kubah masjid di dalam negara dan luar negara. Antara kerja yang telah dilakukan membina dan memasang kubah di Masjid Yong Peng, Johor, Masjid Desa Petaling, Masjid Puchong, Air Kroh Melaka dan beberapa yang lain. Majleza mempunyai makmal dan peralatan bagi membuat dan membina kubah-kubah masjid.
Pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm berpuashati dengan kemampuan dan kepakaran Majleza di dalam merekabentuk, mengeluar dan memasang kubah bagi Masjid Al-Umm, lantaran  itu akhirnya  pada 2 hb. September 2014  pihak Majleza dipanggil untuk diinterview dan seminggu berikut iaitu pada 9 September 2014 dibuat keputusan menerima Majleza untuk mereka bentuk kubah bagi Masjid Al-Umm.
Antara kriteria yang diminta dari Majleza mereka bentuk, ialah berbentuk bulat bujur sebagai separuh bulat telur, kalau boleh jangan meniru dari bentuk-bentuk kubah yang sedia ada. Ianya unik bagi Masjid Al-Umm. Pihak Majleza antaranya menyebut bahawa pada kubah akan ada lampu-lampu menghiasi kubah dan kelihatan lebih ceria, terutama pada waktu malam.
Kubah perlu disiapkan pada awal tahun 2015. Kos bagi pembinaan dan pemasangan kubah dijangka mencecah harga lebih dari RM2 juta.
Sekian.

March 15, 2018

PERKEMBANGAN PEMBINAAN DAN PERLU KUBAH LEBIH MENARIK



BBB, 26 Jamadil Akhir 1498H. = 14 Mac 2018M. (Rabu):
Lebih kurang setengah tahun dari tarikh mula `Masuk Tapak`, iaitu hingga Jun 2014, kerja-kerja masih lagi pada peringkat `Kerja  Tanah`. Dari segi jadual kerja yang dicapai yang tercatat di dalam buku laporan,  sehingga pada 30 Jun 2014:
 jadual kerja sepatutnya ialah  12.91%
Tetapi kerja yang sebenarnya yang dicapai  ialah                 14.04%
Ini dilihat lebih cepat dari normal pergerakan kemajuan      1.13%
Kerja-kerja tanah yang dilakukan di tapak tanah mencapai  100%
Kerja-kerja menanam cerocok                                                     100%
Kerja-kerja membuat retaining wall                                            100%
File cap                                                                                              100%
Lower ground beam                                                                         75%
Ground beam                                                                                    85%
K.C. Shear wall                                                                                   90%
Lower ground slab                                                                            25%
Ground floor slab                                                                              25%
Dari laporan bergambar menunjukkan bahawa permukaan tapak sudah ditanam cerocok sebagai tapak asas  dan tulang utama yang mengkuhkan bina-binaan.
Salah satu binaan yang mengidentitkian masjid ialah  bentuk kubahnya, khususnya jika dapat memberi keunikan seperti Kubah Masjid Sultan Salahuddin – Masjid Negeri Selangor yang begitu unik.
Sehingga pertengahan tahun  2014 belum dikenalpasti siapa yang akan membina kubah  bagi Masjid Al-Umm. Dengan perkembangan pembinaan tapak bererti masa makin dekat kepada perlunya penentuan  ukuran kubah yang akan dibina oleh kontrektor. Sebenarnya  dari segi plan asal yang disediakan oleh pihak arkitek  Urusbina Sdn. Bhd. sudah ada bentuk kubah yang dicadangkan, namun plannya agak sederhana dan kecil, sebagai layak seperti sebuah surau. Dilihat pada gambaran , kubahnya  agak kecil, kelihatan bersegi bulat, manakala menaranya bersegi-segi ke atas tiga tahap dan tidak berciri bulat sebagaimana difahami bahawa kebanyakan menara adalah bulat sebagai melambanglan falsafah dan Takmilah keislaman yang asli. Walau bagaimana gambaran bentuk awal yang disediakan oleh arkitek ini adalah sesuai dengan kos bagi peringkat awal ialah RM10 juta ringgit, tetapi kemudiannya meingkat kepada RM12 juta ringgit. Bentuk inilah dipamerkan pada  ketika pelancaran derma kali pertama bagi Masjid Al-Umm pada 19 Mei 2012 dan juga ketika kunjungan Dato` Menteri Besar Selangor bagi merasmikan tapak pada 6 Januari 2013. Kos awal bagi pembinaan kubah hanya dalam limgkungan RM200 ribu sahaja.
Pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm cenderung kepada bentuk kubah beridentiti masjid Al-Umm dan tidak mau mengikut kubah-kubah dari masjid-masjid yang lain secara menyeluruh. Lantaran itu ada kecenderungan untuk mengubahkan plan asal, secara perbincangan bukan saja berlaku perubahan pada kubah, tetapi juga pada menara, pada lapisan bawah tanah yang asalnya untuk parking bertukar kepada aras bawah tanah.
Perubahan juga berlaku terhadap susun atur dalaman. Oleh kerana masjid mau dijadikan pusat ilmu yang ada kuliah dan seminar, lantaran itu diwujudkan Dewan Konvensyen, Dewan Seminar, bilik-bilik kuliah, perpustakaan, bilik  IT, tahfiz dan sebagainya, sesuai sebagai keperluan dipusat pengajian tinggi.
Hasrat mau rubah bentuk kubah yang menjadikannya lebih baik telah dibincang berkali-kali dalam mesyuarat. Akhirnya bersetuju di dalam kalangan Ahli Jawatankuasa bahawa perlunya dicari kontrektor – bermaksud sub kontrektor yang mampu membina kubah bagi Masjid Al-Umm, iaitu satu kubah yang menarik, sesuai pula dengan masjid baru, maka perlunya ada identiti, khususnya kubah bagi masjid Al-Umm.
Sekian.

March 14, 2018

APA YANG DILAPORKAN - MEMENUHI TUNTUTAN TAKMILAH



BBB, 25 Jamadil Akhir 1439H. = 13 Mac 2018M. (Selasa):
Apa yang dilaporkan di dalam Buku Laporan Projek Pembinaan, ialah tahap kemajuan dari segi pembinaan yang bermula dari 10 Disember 2013 (Masuk Tapak) dan tarikh dijangka siap (asal) ialah 25 Mei 2015, iaitu dijangka pada asalnya memakan masa hanya 76 minggu dengan harga kos asal, iaitu RM10,556,800.00. Namun apa yang ditargetkan ini mengalami perubahan baik dari segi tempoh masa, maupun dari kos perbelanjaan.
Walau bagaimana dengan adanya buku laporan, kita dapat mengikuti perkembangan pembinaan.
Misalnya selepas sebulan kerja tanah dilakukan,
Masa terpakai sehingga 9 Januari 2014 ialah 31 hari daripada 532 hari, iaitu 5.8%
Peratus kerja sepatutnya 1.78%, kerja sebenar adalah 1.66, maka dalam sebulan pertama berlaku kelewatan 0.12 %, iaitu lewat satu hari mengikut CPM.
Jika dilihat pada laporan bagi bulan kedua (2) bertarikh 6 Februari 2014, sehingga 5 Februari 2014 masa terpakai 58 hari daripada 532 hari, iaitu masa yang telah digunakan sebanyak 10.9%. Jadual kerja sebenar ialah 3.76%, tetapi kerja sebenar yang telah dilakukan ialah 3.86 yang menandakan bahawa pada bulan kedua kerja yang dilakukan lebih cepat sebanyak 0.10 %.
Di dalam Buku Laporan Kerja ini juga  disertakan senarai tenaga dan pegawai-pegawai Kontrektor Tekad secara bergambar terdiri dari:
Pengarah: Tuan Haji Marzuki bin che Omar
Pengarah Eksekutif:  Abdul Aziz Hussein
Pejabat Urusan: Norpipah bt. Hj. Sajat
Site Agent: Razak Rahman
Site Supervisor:  Mohd. Ikhwan Ab. Aziz
M & E. Coordinator:   Akbar Khan
Forman:     Subhan
Disertakan bidang tanpa nama pekerja, iaitu Air Condition,  Elektrical, Cold Water and  Sanitary
Dan Fire Fighting.
Di dalam Buku Laporan ini juga diberi keterangan berkenaan:
Detail perkembangan kerja, tentang laporan cuaca, tentang sumber tenaga pekerja di site.
Terdapat ruang-ruang arahan dari consultant yang masih kosong dan belum ada arahan dari pihak consultant berkenaan.
Juga ada ruang sample bagi bahan binaan yang digunakan.
Keputusan-keputusan makmal yang telah dijalankan terhadap bahan-bahan yang digunakan. Misalnya tentang semin dan concrete dan salinan-salinan resit.
Dan pada akhir dari kandungan buku ialah ruangan bergambar tentang kegiatan pembinaan. Yang padanya ada papan tanda kontrektor dan syarikat-syarikat terlibat dan nama pihak  berkuasa yang terlibat.
Gambar bagi bulan pertama kelihatan dalam kawasan tanah berpagar zink berwarna biru boldozar sedang mengaut, menolak dan meratakan tanah, pokok-pokok makin kurang kerana telah ditolak dan diratakan tanah. Gambar-gam,bar lori-lori sedang bergerak memindahkan tanah-tanah ke  bahagian belakang yang lebih rendah. Gambar terakhir bagi bulan pertama kelihatan ruang tanah  yang diratakan keseluruhanya.
Manakala pada ruang bergambar pada buku yang kedua,iaitu awal Februari 2014, pada permukaan tanah yang telah diratakan, mulai dipancang dengan penanda-penanda kayu bagi ruang pembinaan.
Pada bahagian akhir sudah naik besi-besi konkrit bagi mendirikan dinding kukuh yang akan menjadi dinding memisahkan tanah bagi aras bawah tanah yang kedudukannya terendah dari segi level bangunan. Diakhiri dengan gambar makmal yang menguji bahan-bahan yang digunakan.
Dari segi persiapan dan laporan kerja adalah menunjukkan tahap professional yang tinggi. Dari awal semua aspek pembinaan dilakukan dengan penuh teliti dan memberi kepuasan serta memenuhi tuntutan Takmilah..
Sekian.

March 13, 2018

KERJA-KERJA PERINGKAT AWAL DAN LAPORAN



BBB, 24 Jamadil-Akhir 1439H. = 12 Mac 2018M. (Isnin):
Selepas `Masuk  Tapak`  pada 10.12.2013 semua pihak bergerak dan bertugas  dengan licin. Dengan peruntukan yang ada selepas Dato` Dr. Haron Din menambahkan dana hingga menjadikan jumlah lebih RM4 juta, tekanan `Kurang Dana` menurun.  Selepas `Penentuan Arah Qiblat` disempurnakan, tumpuan kerja adalah pada `Kerja Tanah`. Kerja-kerja yang dilakukan oleh kontrektor `Tekad Nusantara Sdn. Bhd` adalah professional.  Setiap kerja dalam sebulan dilaporkan oleh Site Agent Tekad (Sdr. Razak Rahman) dalam buku Laporan Bulanan. Buku pertama dikeluarkan ialah pada 9 Januari 2014, iaitu sebulan selepas  `Masuk Tapak` (10.12.2013). Buku ini diedarkan kepada setiap  Ahli Jawatankuasa Teknikal  Masjid Al-Umm yang bermesyuarat  (Teknikal) pada bulan tersebut. Turut juga kepada consultant-consultant yang dilantik.
Apa yang dilaporkan dalam Buku Laporan bagi bulan Januari 2014 Bilangan 1 berwarna jingga itu setebal 86 halaman (90 hlm. Kulit depan dan belakang) ialah:
Pada kulit hadapan ialah Nama Pegawai Penguasa dan alamat:
Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid,
Masjid Al-Umm,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Perunding Arkitek,
Arkitek Urusbina,
No. 47 Taman Sri Medan,
Jalan Raja Syed Ali,
0100 Kangar Perlis
Perunding Kejuruteraan Awam
Safari Ingeniuers,
No. 20-3 Jalan 18/23E,
Taman Danau Kota,
Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Perunding Ukur Bahan
May Consult,
No. 48B, Jalan Jernai
Medan Idaman Business Centre,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Perunding Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal
Perunding Azfar Sdn. Bhd.,
No. 7-1 & 7-2 Jalan 3/23A,
Danau Kota, Setapak,
53300  Kuala Lumpur.
Kontrektor
Tekad Nusantara Sdn. Bhd.,
No. 11, Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
Bandar Baru Bangi,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(Catatan: Pemilihan secara interview dilakukan terhadap Tekad Nusantara, manakala yang lain bersifat jemputan).
Pada peringkat kerja tanah ini melibatkan plan arkitek. Pada masa ini di dalam kerja tanah sudah dikenal pasti kawasan level aras bawah tanah yang diubahsuai terhadap plan asal yang hanya mempunyai dua tingkat sahaja.
Buku Laporan yang dikeluarkan adalah bertujuan:
·         Pihak kontrektor melaporkan, terutama kepada pihak Penguasa tentang kerja-kerja yang dilakukan dalam tempoh sebulan mengenai kemajuan atau terlambatnya kerja-kerja yang dilakukan.
·         Boleh disemak oleh pihak Penguasa  dan consultant-consultant kepada Penguasa  tentang  sokongan atau sebaliknya terhadap laporan dan realiti pembangunan yang dilakukan dan apakah ianya menurut  plan arkitek yang seharusnya menjadi panduan. Jika ada perkara yang tidak mengikut aturan, maka kontrektor  ditegur dan melakukan pembaikan.
·         Sebarang tuntutan bayaran yang dibuat kontrektor kepada pihak Penguasa, maka pihak consultant akan memberi persetujuan atau sebaliknya. Jika tidak disetujui maka pihak kontrektor perlu memperbaiki agar kembali kepada spesifikasi awal dan bila sempurna, maka bayaran dibuat selepas diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan.
Laporan kemajuan ini penting kepada semua pihak yang berkait dengan pembangunan.
Sekian.

March 12, 2018

PENGUMUMAN DERMA LUAR DUGAAN, SYUKUR DAN MELEGAKAN



BBB,  23 Jamadil-Akhir 1439H. = 11 Mac 2018M. (Ahad):
Salah satu syarat bagi pembinaan Masjid, termasuk Masjid Al-Umm ialah adanya dana bagi membiayai pembinaan masjid berkenaan. Ini telah disedari oleh Jawatankuasa Pembinaan sejak dari permulaan tertubuhnya jawatankuasa awal bagi membina masjid iaitu pada 4 Februari 2010. Jawatankuasa ini dapatlah dipanggil sebagai `Jawatankuasa Persediaan`  bagi membina masjid. Bermaksud jawatankuasa ini berusaha dari membuat permohonan bagi gezet tanah bagi tapak masjid, membuat permohonan bagi mendirikan masjid, memohon keizinan memungut derma dan sebagainya.
Usaha mendapat kewangan terawal ialah dengan mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm yang dilancarkan oleh ADUN Bangi di Medan Parkir berdepan tapak masjid pada 19 Mei 2012 mulai jam, 10.00 pagi. Pelancaran permulaan ini menghasil jumlah dana RM150,000 yang RM100,000 daripadanya adalah derma disampaikan oleh seorang wanita bagi mengenang jasa ibunya.
Sejak dari itu derma terus dipungut dan turut bertambah dengan sederhana. Harapan kedua bagi AJK Pembinaan ialah dari pengumuman YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor pada hari perasmian Tapak Masjid Al-Umm yang dinamakan Majlis Mesra Kenduri Kampung Bersama YAB Dato` Menteri Besar Selangor di tapak parkir berdepan Masjid Al-Umm pada 6 Januari 2013, iaitu lebih dari setengah tahun dari tarikh Pelancaran Derma Masjid Al-Umm. Pada acara itu YAB Dato` Menteri Besar Selangor  menyatakan yang Kerajaan Negeri akan  menderma berdasarkan `dolar to dolar` sehingga jumlah RM6 juta ringgit. Pengumuman itu amat menggembirakan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm dan semua yang hadir.
Atas janji sedemikian pihak Jawatankuasa Pembinaan bersemangat  untuk mencari dana sehingga sejumlah RM6 juta yang melayakkan dana Masjid Al-Umm mendapat RM6  juta lagi. Dengan jumlah ini kiranya didapati sudah mencukupi bagi kos pembinaan Masjid Al-Umm yang pada masa itu kosnya ialah RM12 juta ringgit. Dengan janji itu dan dengan rasa yakin (insya Allah) pihak AJK  telah membuat keputusan untuk mulai membina bangunan Masjid Al-Umm tidak lewat dari awal tahun 2014. Selain  dari usaha meningkatkan kerja bagi mendapatkan  derma, maka persediaan teknikal turut diperkasakan. Misalnya menubuhkan Jawatankuasa Teknikal pada bulan Ogos 2012, memilih arkitek, kontrektor dan consultant-consultant.
Walau bagaimana hingga akhir tahun 2013, iaitu dana terkumpul pada 31 Disember 2013 hanya berjumlah: RM2,641,102.35 sen sahaja lebih sedikit dari satu pertiga dari jumlah yang ditargetkan, iaitu RM6 juta. Walau bagaimana keputusan telah diambil bagi membina fizikal masjid pada akhir tahun 2013, iaitu berlaku mula `Masuk Tapak` pada 10.12.2013. Syarat untuk membangun masjid ialah perlu kepada Penentuan Arah Qiblat. Penentuan ini telah berlaku sebagaimana disebutkan dengan menjemput Dato` Dr. Haron Din merasmikan arah Qiblat iaitu pada 2 Januari 2014.
Sesugguhnya kita tidak  tahu apa yang akan berlaku dan Allah Amat Mengetahui dan Memberi rahmat kepada yang dikehendakinya, tanpa disangka-sangka.  Sesungguhnya selepas merasmikan upacara Menentukan Arah Kiblat, semasa rehat dan minum antara Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din, Penulis selaku Pengerusi bagi Pembinaan Masjid Al-Umm dan beberapa yang lain, Dato` Dr. Haron Din bertanya tentang jumalah yang telah berjaya dikutip, Penulis memberi tahu jumlah yang dapat dikutip hanya  RM2.5 juta sahaja. Pada masa itu, iaitu 2 Januari 2014 bersamaan 2 Safar 1435 sempena dengan Perasmian Arah Qiblat beliau memaklumkan bahawa beliau akan menderma sebanyak RM1.5 juta bagi menambahkan jumlah dana Masjid Al-Umm. Pengumuman oleh Dato` Dr. Haron Din ini adalah di luar dugaan kami dan amat menggembirakan kami. Ini kerana dengan derma dari Dato` Dr. Haron Din itu menjadikan Dana Bagi Pembinaan Masjid Al-Umm adalah berjumlah  RM4 juta, iaitu satu jumlah yang boleh pihak kami `bernafas` di dalam menguruskan pembinaan, khususnya bagi pembinaan tapak terlebih dahulu pada peringkat awal.  Dato` Dr. Haron Din memberi tempoh dua hari untuk beliau berurusan bagi mengeluarkan cek bagi menyerahkan dana yang dijanjikan.
Sesungguhnya pada  4 Januari 2014, kami AJK yang diketuai oleh Penulis selaku Pengerusi AJK Pembinaan dan beberapa AJK telah dijemput oleh Dato` Dr. Haron Din ke rumahnya. Kami telah pergi dengan keadaan gembira dan bersyukur. Di luar dari jangkaan kami,  Dato` Dr. Haron Din menambahkan lagi jumlah pemberian dana dari RM1.5 juta dengan tambahan lagi RM200,000, menjadikan jumlah RM1.7 juta. Dalam majlis penyerahan cek yang diurus sama oleh anak Dato` Dr. Haron Din, iaitu saudara Hamdi, cek berkenaan diserahkan kepada Pengerusi yang kemudian menyerahkannya  kepada Bendahari untuk di Bank inkan.
Sesungguhnya  terserlah sifat dermawan Dato` Dr. Haron Din terhadap Masjid Al-Umm, sifat dermawan beliau bukan sahaja terhadap Masjid Al-Umm, tetapi juga trerhadap beberapa masjid yang lain.
Semoga Allah menggandakan pahala atas sadaqah jariahnya dan dicucuri Allah rahmat  ke atas rohnya. Amin.
Sekian.