BBB, 27
Jamadil-Akhir 1439H. = 15 Mac 2018M. (Khamis):
Dalam hal mempastikan terbinanya kubah yang
baik bagi Masjid Al-Umm, maka Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm agak
teliti dan mengambil masa yang agak panjang untuk mendapat keputusan yang
memuaskan, sebab itu walaupun pembinaan sudah berlangsung selama setengah tahun
– sehingga 30 Jun 2014 masih belum
mendapat kepastian.
Sebenarnya untuk mencari pereka dan pembina
yang berkelayakan ini, iklan dan pencarian telah dibuat sejak awal tahun 2014 lagi dan
beberapa syarikat kecil dan besar telah datang menunjukkan model dan kemampuan
mereka untuk membina kubah bagi Masjid Al-Umm.
Syarikat
yang paling awal menawarkan kepakaran mereka ialah:
Tri Arch Sdn. Bhd. Syarikat ini telah datang
pada 11.9. 2013. Mereka menunjukkan berbagai design bangunan yang kubah adalah
sebahagian dari rekabentuk yang mereka dapat bina. Namun kami merasakan mereka
bukan pakar yang memberi tumpuan pada membina kubah, bahkan kubah dilihat
terasing dan tidak berjiwa Islamic, menyebabkan kami menangguhkan komitmen kami
dengan mereka.
Turut datang menawarkan kepakaran membina
kubah bagi Masjid Al-Umm ialah Syarikat yang menamakan ``Kubah Anum` dari Setapak, sebuah syarikat bumiputra dari
Setapak. Mereka datang pada 14.5. 2014 untuk menunjukkan kepakaran mereka.
Syarikat ini agak kecil dan berpengalaman membina kubah bagi surau-surau dan
kurang meyakinkan untuk membina kubah yang agak besar. Tiada komitment pihak
Masjid Al-Umm dengan syarikat berkenaan.
Pada 14.5.2014 ini juga pihak jawatankuasa
Pembinaan Masjid Al-Umm menjemput Syarikat
Aktif Aluminium Sdn. Bhd. dari
Cheras. Syarikat ini bukan pakar membina
Kubah secara khusus, sebaliknya ianya adalah sampingan dan tiada contoh ketara yang menarik minat
Syarikat lain yang dijemput pada 14.5.2014
ialah TA Decke Sdn. Bhd. Subang sebuah syarikat pembinaan moden dan pembinaan bersifat kepelbagaian, namun
tidak terasa dari segi roh Islamic. Dapat dikatakan semua syarikat berkenaan
yang menampilkan contoh-contoh kubah, masih tidak memberi keyakinan kepada kami untuk memilih yang pada pendapat kami
terbaik, walaupun kos jauh lebih tinggi dari reka bentuk yang hanya bersifat biasa.
Oleh kerana
pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Um m masih belum lagi berpuashati dengan contoh-contoh kubah dari berbagai syarikat sebagaimana
telah disebutkan, pihak Jawatankuasa belum dapat menemui syarikat-syarikat
bekemamuan membina Kubah bagi Masjid Al-Umm. Oleh kerana itu pesoalan membina
kubah ini ditawaqquf terlebih dahulu untuk beberapa bulan lamanya. Tumpuann
lebih diberi kepada pembinaan fizikal bagi
pembangunan masjid didalam
bidang-bidang yang lain.
Pada akhir bulan Ogos 1014 (28.8.2014) pihak
Ahli Jawatankuasa Pembinaan menerima permohonan dari Syarikat Majleza Aluminium
Sdn. Bhd. Syarikat Bumiputra yang berpangkalan
di Johor dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Majleza specialise di dalam
mumbuat dan memasang bahan-bahan dari aluminium dan kaca. Telah merekabentuk dan
memasang kubah-kubah masjid di dalam negara dan luar negara. Antara kerja yang
telah dilakukan membina dan memasang kubah di Masjid Yong Peng, Johor, Masjid
Desa Petaling, Masjid Puchong, Air Kroh Melaka dan beberapa yang lain. Majleza
mempunyai makmal dan peralatan bagi membuat dan membina kubah-kubah masjid.
Pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid
Al-Umm berpuashati dengan kemampuan dan kepakaran Majleza di dalam merekabentuk,
mengeluar dan memasang kubah bagi Masjid Al-Umm, lantaran itu akhirnya
pada 2 hb. September 2014 pihak
Majleza dipanggil untuk diinterview dan seminggu berikut iaitu pada 9 September
2014 dibuat keputusan menerima Majleza untuk mereka bentuk kubah bagi Masjid
Al-Umm.
Antara kriteria yang diminta dari Majleza
mereka bentuk, ialah berbentuk bulat bujur sebagai separuh bulat telur, kalau
boleh jangan meniru dari bentuk-bentuk kubah yang sedia ada. Ianya unik bagi
Masjid Al-Umm. Pihak Majleza antaranya menyebut bahawa pada kubah akan ada
lampu-lampu menghiasi kubah dan kelihatan lebih ceria, terutama pada waktu
malam.
Kubah perlu disiapkan pada awal tahun 2015.
Kos bagi pembinaan dan pemasangan kubah dijangka mencecah harga lebih dari RM2
juta.
Sekian.
No comments:
Post a Comment