BBB, 15
Jamadil Akhir 14329H. = 03 Mac 2018M. (Sabtu):
Seterusnya
Dr. Ideris Endut membicarakan tentang kekangan atau masalah-masalah yang
dihadapi jika Masjid al-Falah terus digunakan – tanpa berusaha bagi mendirikan masjid
al-Falah yang baru. Menurutnya, jika masjid lama terus digunakan, maka
menurutnya masjid lama tidak mampu lagi menampung
jamaah, yang makin bertambah.
Dalam keadaan sekarang ruang parkir juga tidak
mampu menampung kenderaan, terutama ketika waktu puncak bagi kegunaan ahli
jamaah, khususnya pada hari Juma`at dan penggunaan oleh kakitangan sekolah dan
ibu bapa yang datang menghantar dan mengambil anak-anak sekolah. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungal
Ramal Dalam adalah sebelah meyebelah dengan masjid. Bagi mereka yang hanya
melalui jalan ini untuk ke Sungai Ramal Luar dan juga ke Seksyen Lapan Bandar
Baru Bangi akan terperangkap. Penulis yang sering ke Sungai Ramal Dalam – Di Jalan Teratai, memang
sengaja mengelak dari melalui jalan sekolah-masjid dan memilih jalan Surada,
namun tidak terlepas dari jamned, terutama pada sebelah petang, lantaran pada
waktu ini, pekerja-pekerja keluar
pejabat dan ibubapa menjemput anak-anak dari sekolah. Keadaan yang sama berlaku
pada sebelah pagi. Walau bagaimana jika masjid baru dapat disiap dan digunakan,
walaupun kawasan parkir di tepi masjid dapat diwujudkan kembali dan tapak
masjid lama diratakan, adalah juga tidak dapat
mengurangkan kesesakan.
Ustaz Dr. Ideris juga menyebut, bahawa oleh
kerana kesimpitan ruang dan masjid telah ditambah hingga tidak ada ruang lagi,
dalam keadaan sekarang tempat wudhu` yang disediakan bagi jamaah dan juga
tandas tidak sempurna dan tidak mencukupi bagi kegunaan jamaah terutama pada
waktu puncak seperti hari Jumaat dan pada bulan Ramadhan umpamanya. Masalahnya
tiada ruang lagi untuk ditambah.
Selain dari tidak cukup ruang dan tempat
wudhu`, ialah amat terhad dari segi ruang tandas dan tiak sempurnanya dari segi sistem
kumbahan, akibatnya menyebabkan berbau yang tidak menyenangkan para jama`ah.
Keadaan yang sempit dan tiada ruang sempurna bagi tandas dan sistem kumbahan, maka tiada cara selain dari membina masjid yang
baru. Apa lagi bilangan tandas sebagaimana disebut tidak mencukupi lantaran tiada ruang untuk
ditambah.
Oleh kerana tempat sempit – termasuk di luar
masjid, maka bahu jalan yang sempit berhampiran masjid sering dijadikan tempat
berhenti sementara, terutama bagi ibu bapa yang menghantar dan mengambil
anak-anak sekolah. Keadaan ini
menyebabkan sering berlakunya kemalangan yang seharusnya dielakkan.
Lebih berbahaya, oleh kerana pembinaan dan reka bentuk `roof
deck` tidak menurut cara yang betul, tidak mengikut kaedah arkitek dan
pembinaan yang betul, maka paling dibimbangkan ialah kalau berlaku keruntuhan
semua bahagian roof dan atap secara serentak, jika ini berlaku ianya boleh
mengundang bahaya dan juga berlaku kematian. Bagi memperbaiki masjid lama ini
perlu kepada pembaikan secara keseluruhan. Ini tidak menguntungkan. Sebab itu
lebih wajar bangunan baru perlu didirikan.
Semua pihak mnyedari tentang keuzuran Masjid
al-Falah lama dan semua menyedari ianya perlu diganti dengan bangunan yang
baru. Semua tahu bahawa masjid mempunyai tapak baru berdekatan dengan masjid
lama – bersebelahan. Ianya perlu kepada ada daya gerak dan inisiatif bagi
mengusahakan pembinaan masjid yang baru.
Inisiatif bagi mendirikan masjid baru
benar-benar timbul sejak 2015 yang mewujudkan Jawatankuasa Pembinaan Masjid
al-Falah yang baru dengan menggunakan
tapak tanah wakaf (Lot 1671) Sungai Ramal Dalam dipengerusikan oleh Dato` Haji
Maulud dan Timbalanya Tuan Haji Ismail. Inisiatif ini membawa kepada upacara `Pecah Tanah` yang menandakan perasmian
pembinaan masjid pada 6 Ogos 2016 yang penandaannya dilakukan oleh pihak
Pejabat Mufti Negeri Selangor.
Sesungguhnya dalam keadaan taransisi kepada
siapnya masjid baru dan boleh digunakan adalah merupakan masa yang
membimbangkan, takut-takut berlaku kemalangan
akibat keosakan luar jangka.
Walau bagaimana adalah dido`akan semoga tidak
berlaku sebarang masalah sebelum masjid baru dapat disiap dan digunakan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment