BBB, 17 Rabi`ul-Akhir 1439H. = 05 Mac 2018M. (Isnin):
Bagi mengatasi permasalahan yang mendepani
pembinaan Masjid Al-Falah (Baru) Sungai Ramal Dalam, Kajang beberapa pendekatan
yang diambil.
a) Mengatasi ruang tapak
Sebagaimana Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi
menghadapi masalah tapak yang amat terhad keluasannya, iaitu dua ekar, masalah
yang sama dihadapi Masjid Al-Falah Sungai Ramal, iaitu luas tanahnya juga dua
ekar. Masjid memerlukan ruang yang luas bagi memuatkan jama`ah yang ramai, Masjid Al-Umm membina
bangunannya dengan tiga tingkat, maka demikianlah Masjid Al-Falah, Sungai Ramal
Dalam juga membina masjid dengan tiga tingkat sehingga dijangka dapat menampung
jama`ah seramai tujuh ribu orang ! Sebagaimana Masjid Al-Umm tidak perlu
membayar kos tapak, kerana ianya disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor,
maka demikianlah dengan Masjid Al-Falah tidak perlu mengeluarkan peruntukan, kerana telah mempunyai
tanah waqaf untuk Masjid Al-Falah.
b) Mengurangkan Kos
Pada kebiasaan untuk pembinaan sesuatu binaan
yang tinggi harganya dan untuk mengurangkan risiko kegagalan ialah menggunakan
arkitek dan kontrektor berkelayakan di samping itu juga menggunakan
consultant-consultant yang berkelayakan. Di dalam hal ini didapati kalangan
Ahli Jawartankuasa Pembinaan terdapat antara mereka yang berkemahiran dari segi
kontrak lantaran itu kita dapati bahawa:
Pemilik Bangunan: Jabatan Agama Islam Selangor
Kontrektor:
Masjid Al-Falah (Baru).
Consultant:
ARM Consultants Engineering Sdn. Bhd.
Piling Contractor: SNS Piling & Construction.
Turut dilantik ialah sub Kontrektor bagi ukur
bahan, mekanikal dan elektrikal. Ianya dilakukan oleh pihak masjid. Ini bererti
kontrektor utama adalah pihak masjid sendiri, manakala dari segi consultant
engineering dari pihak luar dan begitu juga dari segi piling,
elektikal-mekanikal dan ukur bahan. Ini bererti pengawalan yang lebih adalah pada
pihak masjid. Ini juga bererti lebih
menjimatkan.
Upacara rasmi bagi `Pecah Tanah Masjid
Al-Falah` telah dilakukan oleh YDH Dato` Orang Kaya To` Engku Maha Bijaya Hulu
Langat, Tuan `Abdul Jalil bin Dato` Abd
Rani pada 6 Ogos 2016. Masjid dianggarkan siap pada akhir 2018.
c) Kewangan
Adalah keperluan dan syarat penting bagi
pembinaan masjid. Bagi mendapat sumber kewangan bahawa pihak Jawatankuasa
Pembinaan tidak mendapat sumber atau bantuan dari pihak Negeri dan tidak juga dari pihak JAIS (difahamkan
hanya sejumlah RM20,000 sahaja didapati) . Bagi menjana kewangan ialah dengan
mewujudkan Saham Wakaf bagi Masjid Al-Falah. Kaedah yang digunakan ialah dengan
menawarkan kepada orang ramai saham wakaf seharga sebanyak RM150.00 bagi satu
kaki persegi. Motto yang digunakan ialah `Waqaf Membangunkan Ummah`. Pihak AJK juga mengadakan Tabung Khas
Pembinaan Masjid Al-Falah, di samping wujudnya Tabung Am (termasuk bagi operasi
biasa bagi Masjid Al-Falah - Lama).Pihak AJK juga mendapat pengecualian cukai
pendapatan bagi sesiapa yang berwaqaf.
Untuk berwaqaf perlulah mengikut procedure,
antaranya hendaklah menggunakan borang khas yang disediakan. Minimum untuk
berwaqaf ialah RM150.00 dan tiada had maksimum. Pewaqaf boleh juga mewaqaf
menerusi beberapa bank yang dibuka akaun padanya iaitu Affin Bank, Mu`amalat
dan CIMB. Matlamat bagi dana masjid
Al-Falah adalah mendapat dana sebanyak RM14 juta dan difahamkan setakat
pembinaan yang dilakukan ialah sejumlah RM5
juta dan difahamkan pihak Jawatankuasa pembinaan berusaha untuk mengurangkan
kos pembinaan kepada ke bawah daripada RM14 juta.
Bagi mempastikan pembinaan Masjid Al-Falah berjalan
dengan betul selain dari wujudnya Pengerusi (Dato` Haji Maulud bin A.Wahid), Timbalan
Pengerusi (Hj. Ismail bin Basir), Bendahari (Hj. Ruslan bin Zainudin) terdapat
satu jawatan Pemantau Pembangunan iaitu (En. Mohd. Nasir Mohd. Noor). Kita percaya hasrat mendirikan
Masjid Al-Falah secara sempurna dengan
kos minimum, insya Allah akan tercapai. Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment