BBB, 24 Jamadil-Akhir 1439H. = 12 Mac 2018M.
(Isnin):
Selepas `Masuk
Tapak` pada 10.12.2013 semua
pihak bergerak dan bertugas dengan
licin. Dengan peruntukan yang ada selepas Dato` Dr. Haron Din menambahkan dana
hingga menjadikan jumlah lebih RM4 juta, tekanan `Kurang Dana` menurun. Selepas `Penentuan Arah Qiblat` disempurnakan,
tumpuan kerja adalah pada `Kerja Tanah`. Kerja-kerja yang dilakukan oleh
kontrektor `Tekad Nusantara Sdn. Bhd` adalah professional. Setiap kerja dalam sebulan dilaporkan oleh
Site Agent Tekad (Sdr. Razak Rahman) dalam buku Laporan Bulanan. Buku pertama
dikeluarkan ialah pada 9 Januari 2014, iaitu sebulan selepas `Masuk Tapak` (10.12.2013). Buku ini
diedarkan kepada setiap Ahli
Jawatankuasa Teknikal Masjid Al-Umm yang
bermesyuarat (Teknikal) pada bulan
tersebut. Turut juga kepada consultant-consultant yang dilantik.
Apa yang dilaporkan dalam Buku Laporan bagi
bulan Januari 2014 Bilangan 1 berwarna jingga itu setebal 86 halaman (90 hlm.
Kulit depan dan belakang) ialah:
Pada kulit hadapan ialah Nama Pegawai Penguasa
dan alamat:
Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid,
Masjid Al-Umm,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Perunding Arkitek,
Arkitek Urusbina,
No. 47 Taman Sri Medan,
Jalan Raja Syed Ali,
0100 Kangar Perlis
Perunding Kejuruteraan Awam
Safari Ingeniuers,
No. 20-3 Jalan 18/23E,
Taman Danau Kota,
Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Perunding Ukur Bahan
May Consult,
No. 48B, Jalan Jernai
Medan Idaman Business Centre,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Perunding Kejuruteraan Mekanikal dan
Elektrikal
Perunding Azfar Sdn. Bhd.,
No. 7-1 & 7-2 Jalan 3/23A,
Danau Kota, Setapak,
53300
Kuala Lumpur.
Kontrektor
Tekad Nusantara Sdn. Bhd.,
No. 11, Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
Bandar Baru Bangi,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(Catatan: Pemilihan secara interview dilakukan
terhadap Tekad Nusantara, manakala yang lain bersifat jemputan).
Pada peringkat kerja tanah ini melibatkan plan
arkitek. Pada masa ini di dalam kerja tanah sudah dikenal pasti kawasan level
aras bawah tanah yang diubahsuai terhadap plan asal yang hanya mempunyai dua
tingkat sahaja.
Buku Laporan yang dikeluarkan adalah bertujuan:
·
Pihak
kontrektor melaporkan, terutama kepada pihak Penguasa tentang kerja-kerja yang
dilakukan dalam tempoh sebulan mengenai kemajuan atau terlambatnya kerja-kerja
yang dilakukan.
·
Boleh disemak
oleh pihak Penguasa dan consultant-consultant
kepada Penguasa tentang sokongan atau sebaliknya terhadap laporan dan
realiti pembangunan yang dilakukan dan apakah ianya menurut plan arkitek yang seharusnya menjadi panduan.
Jika ada perkara yang tidak mengikut aturan, maka kontrektor ditegur dan melakukan pembaikan.
·
Sebarang
tuntutan bayaran yang dibuat kontrektor kepada pihak Penguasa, maka pihak consultant
akan memberi persetujuan atau sebaliknya. Jika tidak disetujui maka pihak
kontrektor perlu memperbaiki agar kembali kepada spesifikasi awal dan bila
sempurna, maka bayaran dibuat selepas diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan.
Laporan kemajuan ini
penting kepada semua pihak yang berkait dengan pembangunan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment