BBB, 12 Jamadil Akhir 1439H. = 28 Januari
2018M. (Rabu):
Untuk kertaskerja kedua siri Seminar Masjid
Al-Umm bertemakan Masjid, ialah dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Dr. Ideris bin Endut membentangkan
kertaskerja di atas berjudul lengkapnya:
`Enakmen dan Cabaran Mendirikan Masjid Al-Falah,
Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan.`
Pemilihan Masjid Sungai Ramal Dalam lantaran
ada kesamaan kaedah mendirikan masjid berkenaan dengan Masjid Al-Umm. Dengan ini
diharap dapat memberi kefahaman yang lebih tentang enakmen dan kaitan dengan
pembinaan kedua-dua masjid dari segi persamaan dan perbezaan.
Pembentang Ustaz Dr. Ideris Endut adalah
Timbalan Nazir bagi Masjid Al-Falah (2016-2018).
Beliau adalah Mantan Pensyarah di Fakulti
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang baru bersara. Menurutnya, ``Semasa di
UKM pernah menjadi fellow di Kolej Aminuddin Baki, selama 15 tahun lamanya``.
Dan kini menetap bersempadan rumahnya dengan Masjid Al-Falah yang dalam
pembinaan. Bila membicarakan `Masjid al-Falah` perlu diambil perhatian. Masjid
al-Falah ialah bangunan masjid lama yang masih digunakan yang bagi masjid
inilah Dr. Ideris menjadi Timbalan Nazir dan Masjid al-Falah Baru, bermaksud
bangunan masjid yang sedang dibangunkan bersebelahan dengan Masjid al-Falah
yang lama.
Kertas yang dibentangkan oleh Dr. Ideris Endut
ini diulas oleh Ir. Tuan Haji Ishak bin Haji Arshad, seorang yang berpengalaman
di dalam bidang pembinaan, dari Fakulti
Engineering di UKM yang juga baru bersara. Beliau adalah Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal bagi pembinaan Masjid al-Umm. Majlis dipimpin oleh Yang
Berbahagia Dr. Tajul Ariffin Noordin, Mantan Profesor Madya di Fakulti
Pendidikan UKM dan juga Mantan yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru
Bangi.
Dari segi pendekatan, kertaskerja Dr. Ideris
Endut membahagikan pembicaraan kepada:
1) Muqaddimah – Berasaskan ayat-ayat Al-Qur`an
2) Enakmen – Tadbir
Urus Masjid Di Negeri Selangor
3) Cabaran Pembinaan Masjid Baru
4) Kaedah Mengatasi Cabaran
5) Kesimpulan.
Di dalam muqaddimah Pembentang memetik
ayat-ayat Al-Qur`an tentang asal usul masjid yang pada peringkat awal telah dibina oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. dan membicarakan
tentang tiga masjid terpenting di dalam Islam iaitu Masjid al-Haram di Makkah.
Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Pembentang seterusnya memberi perhatian
terhadap Enakmen terbaru -
Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau di Negeri Selangor (2017).
Pentadbiran Masjid menurut peruntukan 15(1)
hendaklah terdiri dari pegawai masjid yang terdiri dari Nazir dan
anggota-angotanya ialah:
a) Seorang Timbalan Nazir
b) Seorang Setiausaha
c) Seorang Penolong Setiausaha
d) Seorang Bendahari
e) Seorang Penolong Bendahari, dan
f) Tidak lebih daripada 9 anggota yang lain.
Mereka hendaklah dilantik oleh Majlis dan
mereka hendaklah menurut arahan Majlis. Seterusnya diterangkan fungsi ahli-ahli
jawatankuasa kariah di atas.
Pihak Masjid hendaklah menyediakan pra-sarana
yang lengkap dengan menyediakan kemudahan beribadat. Begitu juga masjid selain
dari tempat bagi kemudahan beribadat juga menjadi sebagai Pusat Perpaduan Ummah dan Menjana Ekonomi melalui masjid.
Dalam butir tiga dibicarakan tentang
peningkatan tadbir-urus masjid hingga menjadikan pengurusan masjid sebagai cekap.
Sekian.
No comments:
Post a Comment