BBB, 08 Rajab 1439H. = 26 Mac 2018M. (Isnin):
Jika pada akhir Disember 2014 dapat dikatakan
sempurna dari segala rangka pembinaan, termasuk tiang, beam-beam dan segala
rangka pembinaan, termasuk kubah mulai dinaikkan dan menara mulai ditegakkan,
maka dalam tempoh setengah tahunsemua dinding dan semua bahagian yang perlu
diikat dengan batu konkrit semuanya telah dipasang, bahkan kerja-kerja memplasterkan
dinding-dinding telah dilakukan sejak Februari 2015. Pada akhir Mei 2015 bangunan menyerlahkan
bentuk yang sebenar. Dilihat dari sisi kanan, kelihatan bentuk bangunan yang
seolah-olah hampir siap, keadaan yang sama kelihatan hampir siap juga dilihat dari sisi
kanan sebelah kanan jalan masuk. Demikian juga dilihat pada pintu gerbang masuk
kiri kanan siap, Cuma masih ada pemasangan besi tangga yang digunakan untuk mengecat yang masih belum
ditanggalkan. Tumpuan kerja lebih kepada finishing dalaman. Sebenarnya tempoh hingga
20 Mei 2015 adalah tarikh penyiapan awal
yang jangka masa projek ialah 76 minggu. Tetapi hingga ke akhir Jun ini berlaku
perlanjutan masa hingga 24 Ogos 2015.
Laporan ke akhir Jun (30 Jun 2015) menyatakan:
Jadual kerja ialah 79.06%
Kerja sebenar ialah 80.04%
Status kerja
cepat 0.98%
Iaitu cepat 4 hari mengikut CPM.
Semua kerja telah 100% siap kecuali:
Staircase 60%
Tiling 85%
Painting 40%
Ceiling finishes 75%
Carpet 00%
Drainage system 60%
Road 45%
Kolah 40%
Elektical external work 35%
Final circuit 90%
DB 90%
Sub main cabling 90%
Telephone service 35%
Computer networking 48%
Kerja mekanikal
Air condition system 55%
Cold water plumbing 95%
Rain water harvesting 70%
Fire protection 50%
Lift 20%
Kerja-kerja Majleza (Majleza yang asalnya
sebagai sub-contractor bagi kubah) turut melibatkan diri dengan kerja-kerja di
bawah:
Main dome 85%
Half dome 40%
Mineret 40%
Hiasan dalaman 00%
Acoustic
ceiling 70%
Side wall 60%
Mihrab 20%
Nilai dari kerja yang telah dibuat sehingga
peringkat di atas adalah sebanyak RM8,5432,712.69 (berdasarkan progres claim
dari no 1 hingga 18. Dan Estimate final
contract and price adjustment ialah RM7,918,303.43.
Masalah kewangan semakin terasa, khususnya
apabila ditambahi dengan peralatan-peralatan dalaman dan pertambahan bahagian
yang melibatkan perubahan plan arkitek. Pada masa ini selain dari bergantung
pada derma orang ramai yang berterusan, harapan kepada janji kerajaan negeri,
jika ditunaikan dijangka dapat meringankan beban kewangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment