March 18, 2018

DATO` DR. HARON DIN PENGGERAK UTAMA DANA MASJID AL-UMM



29 Jamadil-Akhir 1439H. = 17 Mac 2018M. (Sabtu):
Sebagaimana telah disebut Dato`Dr. Haron Din selepas merasmikan Penentuan Arah Qiblat Masjid Al-Umm pada 2 Januari 2014 beliau telah menjanjikan untuk menderma bagi Masjid Al-Umm sebanyak RM1.5 juta, dua hari kemudian beliau telah menunaikan janjinya dengan menyerahkan cek dirumahnya  bukan sejumlah RM1.5 juta, tetapi menambahkan RM200,000 lagi dengan menjadikan jumlah derma beliau sebanyak RM1.7 juta.
 Usaha Dato`Dr. Haron Din di dalam menambahkan dana Masjid  Al-Umm tidak setakat itu, tetapi  terus dilakukan.  Misalnya dari hubungan rapat beliau dengan  Tan Sri Dato` Seri Syed Anuar  bin Syed Putra Jamalullail Pengerusi Zakat Selangor beliau telah membuat temu janji dengan Tan Sri untuk mengunjugi rumahnya pada 6 Februari 2014 dan  dengan dihadiri Dato` Dr. Haron Din beberapa orang Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm termasuk Pengerusi dan Bendahari membincangkan kemungkinan mendapat dana dari Pusat Zakat Selangor sebagai hasilnya.
Pada 24 April 2014 (Khamis) bersamaan 24 Jamadil-Akhir 1435H. berdasarkan usaha Dato` Dr. Haron Din membuat temujanji, maka mulai dari petang itu kami bersama dengan Dato`  Dr. Haron Din dan Keluarganya, Penulis sebagai Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm, Tuan Haji Mohd. Nor bin Yasin selaku Bendahari, Haji Suib bin Maulud selaku Setiausaha, Haji Abdul Rahman Daud selaku AJK, saudara Azizi selaku juru gambar, hadir ke rumah Tan Sri Dato` Seri Anuar Pengerusi Zakat Selangor. Turut hadir Tuan Syed Raslan, beberapa pegawai dari Masjid Negeri dan beberapa yang lain. Kami berjamaah solat Maghrib dan berlaku penyerahan cek dari Tan Sri Dato` Seri Syed Anuar cek berharga RM1.8 juta kepada Masjid Al-Umm melalui usaha Dato` Dr. Haron Din. Cek ini merupakan penyerahan zakat dari sebuah institusi kewangan terkenal yang sejumlah di atas diserahkan kepada Masjid Al-Umm. Sebelum berakhir majlis, selepas solat Isya semua menikmati jamuan makan malam di rumah Tan Sri Dato` Seri Anuar.
Dalam tempoh antara tahun 2014 dan 2015, progress pembinaan Masjid Al-Umm berlaku dengan rancak dan memerlukan aliran kewangan yang agak banyak bagi membayar progres perkembangan pembinaan masjid. Kos Masjid Al-Umm yang asalnya RM12 juta (bertambah RM2 juta dari anggaran awal RM10 juta), kini melonjak kepada RM15 juta.
Pungutan pada akhir 2014 adalah sebanyak RM9,888,477.48
Perbelanjaan pada Januari  2015                     RM5,172.942.07
Sedangkan perkembangan pembinaan pada Februari 2015 baru pada tahap 58.76%
Berlaku kelewatan dari segi pembinaan ialah RM10.58 %.
Pada peringkat ini semua rangka fizikal masjid telah naik, tetapi masih belum  ada bahagian tetulang untuk bumbung dan semuanya belum berplastar. Sudah ada rangka bagi tempat kubah, tetapi belum berkubah dan belum naik dua menara.
Ini bererti untuk siap pembinaan  dan keperluan yang lain memerlukan sekali ganda lagi jumlah yang dipungut (termasuk perbelanjaan bukan fizikal bangunan). Walaupun cash flow masih ada ditangan Bendahari, adalah dirasakan perlu kapada penambahan dana.
Atas ehsan daripada Dato` Dr. Haron Din yang mempunyai dana bagi Tabung Keluarga yang dikenali dengan Birr al-Walidayn, maka pada pertengahan  September 2015 beliau telah sudi memberi pinjam sebanyak RM1 juta kepada Tabung Masjid Al-Umm.
Di atas kepercayaan masyarakat terhadap Dato` Dr. Haron Din, maka pada 19.11.2015   seorang hamba Allah menderma sebanyak RM50,000 kepada Masjid Al-Umm dan pada:
25.11.2015 bersamaan 13 Safar 1437 Seorang hamba Allah (muslimah) menyerahkan dana sebanyak RM1 juta ringgit kepada Dato` Dr. Haron Din untuk masjid Al-Umm.
Dengan pertambahan dana dari Dato` Dr. Haron Din dan dana yang disalurkan melalui Dato` Dr. Haron Din memberi sedikit kelawasan kewangan bagi Ahli Jawatankuasa Pembinaan menguruskan pembinaan Masjid Al-Umm. Dapatlah dikatakan bahawa Dato` Dr. Haron Din merupakan Penggerak Utama bagi Tabung Kewangan bagi pembinaan Masjid Al-Umm.
Sekian.

No comments:

Post a Comment