BBB, 16 Jamadil- Akhir 1439H. = 04 Mac 2018M.
(Ahad):
Seterusnya Ustaz Ideris bin Endut sebagai
pembentang kertaskerja Enakmen Dan Cabaran Mendirikan Masjid Al-Falah (Baru),
Sungai Ramal Dalam, Kajang membicarakan tentang keperluan-keperluan dan syarat-syarat
pra-membangunbkan masjid yang seharusnya dilalui oleh semua pihak yang mau
mendirikan masjid, khususnya di negeri Selangor, tanpa mendapat kelulusan, maka
sesebuah masjid tidak dapat didirikan.
Antara keperluan yang disebut ialah kelulusan
kebenaran merancang pembinaan masjid baru.
Apa yang dikatakan ini antaranya bermaksud untuk mendirikan masjid
pada peringkat awal ialah mendapat persetujuan dari ahli kariah untuk
mendirikan masjid. Dari apa yang telah dibicarakan keperluan kepada masjid baru
oleh kerana masjid Al-Falah yang lama telah uzur, tidak mantap dari segi
bumbung dan atap, sempit ruang dan tidak mampu menampung ruang bagi keperluan
ahli kariah berjamaah. Seterusnya tempat kemudahan wudhu` tidak mencukupi,
manakala ruang tandas tidak sempurna, tidak cukup, tidak sempurna sistem
kumbahan dan berbau. Dengan keadaan sedemikian adalah wajar ahli kariah
menyokong bagi rancangan bagi mendirikan masjid yang baru, apalagi tapak bagi
masjid sudah ada yang merupakan tanah waqaf milik masjid sendiri.
Walau bagaimana salah satu syarat penting bagi
membina masjid, ialah adanya Jawatankuasa Pembinaan Masjid yang dilantik dan
dipersetujui oleh ahli kariah dan masjid. Jawatankuasa inilah yang bekerja bagi
melaksanakan hasrat ahli kariah yang maukan sebuah masjid baru bagi ahli
kariah. Seterusnya walaupun sudah ada tapak Jawatankuasa perlu membuat permohonan
gezet tanah waqaf berkenaan dari Pejabat Tanah yang diusahakan oleh
pihak jawatankuasa masjid melalui JAIS-MAIS bagi mendapat kelulusan gezet tanah tersebut dari Kerajaan
Negeri dengan kelulusaan dari Menteri Besar Negeri semasa. Jawapan dijawab kepada
JAIS-MAIS sebagai pemilik tanah waqaf - tanah masjid dan masjid. Kelulusan ini
juga disampaikan kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid. Dengan gezetnya tanah
berkenaan untuk masjid, bererti tanah berkenaan tidak lagi boleh ditukarkan
status bagi penggunaan yang lain dari masjid dan jangan lupa satu keperluan yang penting,
bahawa pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid perlu membuat permohonan mendirikan
masjid kepada JAIS. Pemohonan ini mestilah menggunakan borang khas, iaitu
Borang Permohonan Pembinaan Masjid yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Selangor – Borang Jai Sel.BPM/01 yang perlu dipenuhkan 17 butiran.
Butiran-butiran berkenaan ialah nama masjid
dan alamatnya, no. Tel dan fax, mukim dan daerah, nama masjid terdekat dan
jaraknya, kedudukan tapak, keluasan dan no. Lot dan geran, status tanah
misalnya waqaf, pemaju, kerajaan dan lain-lain, jumlah penduduk dan jumlah
penduduk Islam. Perlu juga diisi di dalam borang ialah anggaran kos, sumber
kewangan dan jumlah dalam RM.
Seterusnya perlu menyenaraikan senarai AJK dengan
butir diri seperti alamat, No. Kad pengenalan, jawatan dan no. Telefon. Borang
ini hendaklah disempurnakan dengan pengakuan pemohon dan mendapat sokongan
Nazir dan ulasan, Ketua Kampung, Penghulu Mukim, Pegawai Tadbir Agama Islam
Daerah, Ulasan ADUN dan ulasan Orang Besar Daerah.
Dapatlah difahamkan mengapa perlu kepada
ulasan-ulasan berbagai pihak untuk mempastikan hasrat mendirikan masjid di
sesuatu lokasi itu misalnya benar-benar datang dari kehendak penduduk, tanah
yang mau dijadikan tapak pembinaan masjid bukan tapak tanah yang dipertikaikan,
tetapi mendapat pengesahan dari pihak yang berkuasa. Ketua Kampung dan Penghulu
mengetahui kedudukan sebenar, demikian juga pihak Pegawai Pentadbir Agama Islam
mempastikan dari segi kesahihan permohonan dan tidak bercanggah dengan hukum
agama dan di dalam maklumat Orang Besar Daerah.
Selepas dari mendapat keizinan dari pihak berkuasa dan sokongan berbagai pihak
dan diizinkan oleh JAIS-MAIS, maka Jawatankuasa Pembinaan dapat masuk kepada
fasa seterusnya, iaitu penyediaan plan. Bagi bangunan yang besar dan memerlukan
peruntukan yang besar, maka untuk menjadikan binaan adalah baik, kena dari segi
kedudukan dan keperluan bagi sebuah masjid, maka dipilih arkitek yang
bertauliah dan mahir dari segi pembinaan masjid dan pernah membina beberapa
masjid dan berjaya. Arkitek menyediakan plan sebagaimana dikehendaki dan
sepatutnya bagi sebuah masjid. Sebelum dan semasa persediaan plan rundingan
bagi mencari kesempurnaan boleh terus dilakukan oleh jawatankuasa. Sebaiknya
setelah plan disetujui, jangalah ada pindaan dan tambahan semasa pembinaan sedang
progres dilakukan, kerana jika sedemikian akan mengganggu kelancaran pembinaan dan
menyebabkan berlaku pertambahan kos.
Di dalam sebuah plan bukan saja menunjukkan
bentuk binaan dalam, dan luaran, tetapi mengambil kira dari segi keselamatan
mekanikal dan elektrikal seperti wiring TNB, paip dan saliran air, jalan dan
longkang, faktor-faktor keselamatan dalaman. Misalnya cahaya, pertukaran udara,
keselamatan ketika berlaku kecemasan, bilik air, kumbahan, bahkan selamat bagi
semua keadaan.
Plan arkitek adalah gambaran detail tentang
struktur dan kandungan bagi sebuah rumah dan masjid yang bukan saja diberi
perhatian dari segi keindahan – estetika, tetapi lebih-lebih lagi dari segi
keselamatan. Plan arkitek bukan setakat penyediaan oleh arkitek, tetapi mesti
mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan yang menjadi `one stop centre`
bagi 21 jabatan yang lain yang memastikan keperluan setiap jabatan dipenuhi.
Dan berdasarkan plan arkitek inilah pihak kontrektor membina bangunan yang
dihasratkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment