BBB, 19
Jamadil-Akhir 1439H. = 07 Mac 2018M. (Rabu):
Selepas bahasan terhadap kertaskerja Enakmen
danCabaran Mendirikan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, Kajang Darul Ehsan
oleh Ir. Tuan Haji Ishak, Dr. Tajul Ariffin Noordin, membuka peluang kepada
sesiapa yang ingin bertanya atau mengeluarkan pendapat tentang kertaskerja yang
dibentang oleh Al-Ustaz Dr. Ideris bin Endut.
Tidak ramai yang respond terhadap peluang yang
dibuka, kecuali oleh tiga orang sahaja.
Perbincangan dan Soalan pertama ditimbulkan
oleh Penulis sendiri.
Penulis menyatakan dari pengalaman membina
Masjid Al-Umm, masalah utama yang dihadapi hingga kini ialah masalah kewangan.
Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm melakukan beberapa pendekatan dari
melancarkan derma dari orang ramai, memohon peruntukan dari Kerajaan Negeri dan
mendapat sumbangan dan derma dari agensi-agensi. Penulis menyatakan kagum
terhadap kaedah yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Falah yang
tidak membuat permohonan dari pihak seperti Kerajaan Negeri dan mampu pada
peringkat permulaan pembinaan antaranya kos kerja tanah pada peringkat awal
seharga RM80,000, piling RM680,000 seterusnya pembinaan pada peringkat
permulaan membabitkan kos RM3.5 juta dan kini sudah mencecah RM5 juta,
bagaimanakah cara dijangka untuk medapat sejumlah RM14 juta yang
dianggarkan oleh Jawatankuasa Pembinaan
Masjid Al-Falah ?
Menurut Al-Ustaz Dr. Ideris Endut, ``Memang
pihak AJK tidak memohon peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor dan kaedah
utama yang digunakan ialah Kaedah Saham Wakaf yang setiap unit dijual ialah
RM150.00 sebagaimana disebutkan. Selain dari itu ada konsep tajaan yang
dilakukan oleh pihak yang memilih kaedah ini. Misalnya kata Al-Ustaz Ideris
Endut, ``Ketika kami berusaha untuk menempah mimbar masjid bagi Masjid Al-Falah yang baru dari tukang di
Terengganu (Ustaz Ideris berasal dari Manir, Terengganu), maka ada orang yang
bermurah hati menaja dan menanggung kos bagi mimbar tersebut. Demikianlah
dengan beberapa penajaan yang lain.
Menurut
Ustaz Ideris Endut, di Masjid Sungai Ramal kami mempunyai tiga tabung, iaitu:
1) Tabung Waqaf untuk Masjid Al-Falah yang baru
2) Tabung untuk Anak Yatim
3) Tabung Am
bagi Masjid Sungai Ramal Lama.
Ditanya Penulis di dalam memungut derma,
``Adalah sebarang tawaran insentif kepada pemungut derma untuk diberi percent
sebagai imbuhan kepada pemungut ?.
Kata Ustaz Ideris, ``Tidak ada imbuhan percent
kepada pemungut, bahkan tidak timbul perkara berkenaan !``.
Tuan Haji Rusli menimbulkan bagaimanakah kaedah
pembayaran diterima oleh AJK.
Menurut Ustaz Dr. Ideris segala derma akan
dikeluarkan resit resmi yang menandakan penerimaan bayaran.
Tuan Pengerusi Seminar, Dr. Tajul menimbulkan
pertanyaan, bahawa terdapat di bawah satu-satu masjid surau-surau yang diletak
di bawah jagaannya, bagaimana penjagaan ini dilaksanakan? Juga ditimbulkan soal
elaun yang diberi oleh JAIS terhadap pegawai masjid yang begitu rendah. Menurut
beliau setengah elaun misalnya RM200 terhadap seorang pegawai masjid sudah
tidak lagi sesuai dengan taraf hidup kini.
Ustaz Ideris menjawab cara menjaga surau-surau
di bawah masjid ialah dengan memantau kegiatan yang dilakukan, turun melawat
dan pengerusi dan setiausaha dijemput datang bermesyuarat di masjidberhubung
dengan isu-isu yang berkaitan dengan masjid dan surau.
Adapun berhubung dengan elaun yang terlampau
rendah, pihak masjid menambah jumlah yang sesuai bagi pegawai-pegawai masjid.
Walau bagaimana jumlah yang diberi tidaklah mencukupi.
Puan Hajah Mimi, menimbulkan persoalan
pengambilan pegawai-pegawai Masjid Al-Umm.
Pihak majlis diberitahu, bahawa pengambilan
pegawai-pegwai masjid Al-Umm setengahnya telah dilakukan seperti bilal dan
siak. Adapun imam dalam proses pengambilan, insya Allah pengambilan dilakukan
pada akhir bulan Mac ini. Adapun elaun
terhadap mereka berdasarkan taraf hidup semasa. Pihak Masjid Al-Umm akan
mengambil imam tetap dan beberapa imam rakyat. Seorang kerani kewangan juga
akan diambil menggantikan yang lama yang telah meletakkan jawatan.
Berhubung dengan pentadbiran dan perjalanan masjid,
kita adalah berpandukan Enakmen Masjid dan Surau JAIS – Semakan terbaru (2017).
Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.
Sekian.
No comments:
Post a Comment