BBB, 06 Rajab 1439H. = 24 Mac 2018M. (Sabtu):
Setahun selepas pembinaan fizikal Masjid
Al-Umm bermula dengan masuk tapak (10 Disember 2013) hingga akhir Disember
2014. maka sudah pastilah mencapai kemajuan jelas. Tarikh jangkaan siap binaan adalah
76 minggu dari mula masuk tapak. Tarikh siap sebenarnya ialah 25 Mei 2015.
Setahun dari tarikh pembinaan ialah secara kasarnya ialah pada 31 Disember 2014. Pada dasarnya perkembangan pembinaan
adalah lancar.
Dilihat kepada laporan 3 bulan terakhir bagi
genap setahun pembinaan adalah:
Peratus Kemajuan Kerja Fizikal
Bulan Jadual Sebenar Cepat Lewat
Oktober
30.94 31.43 1.39 ---
November
40.71 40.03 ---- 0.67 (Lewat 3 hari)
Disember
52.62 48.04 ---- 4.58 (Lewat 20 hari)
Pada akhir tahun memperlihatkan kerja-kerja
makin lewat. Antara faktor kelewatan misalnya akibat dari cuaca buruk seperti
sering hujan yang mengganggu kelicinan kerja dan kadang-kadang kelewatan tiba
bahan-bahan bangunan yang diorder. Pada peringkat ini tidak timbul masalah
kewangan, kerana kewangan dapat dibayar menurut tuntutan yang direcomended oleh
pihak consultant.
Hingga ke akhir tahun memperlihatkan kemajuan
kerja adalah seperti berikut:
·
Kerja-kerja
menanam cerocok, R.C. retaining wall, Work below lowest floor, R.C sheer wall,
Lowest ground slab, dan Brick work lowest ground semuanya siap mencapai 100%.
Manakala,
·
Kerja-kerja
Tanah 95%
·
Ground floor
slab 85%
·
Frame 95%
·
Minerate I 80%
·
Minerat 2 70%
·
Roof
trusses 45%
·
Brick work
ground floor 95%
·
Brick work
first floor 80%
·
Brick
work Minerate 40%
·
Plastering
lower ground 95%
·
Plastering
ground floor 80%
·
Plastering
first floor 70%
·
Kerja-kerja
mekanikal 15%
·
Kerja-kerja
elektrikal 28%
·
TNB
sub-station 81%.
Dalam tempoh setahun semua kerangka bangunan
sudah siap, kerja-kerja memplaster kerangka dan dinding sedang dilakukan.
Manakala menara yang berasing
kedudukannya dari bangunan utama – kiri dan kananpintu (gerbang) masuk mulai
dibina.
Dari segi laporan bergambar memperlihatkan
bahawa pada Oktober 2014 memperlihatkan rangka-rangka bangunan tegak secara
sempurna. Pada bulan November dinding-dinding bagi rangka-rangka tersebut mulai
diikat dengan batu bata. Manakala pada bulan Disember lebih banyak dinding-dinding
diikat dengan batu bata, walaupun tidak keseluruhannya dipasang. Bagi tapak
kubah kelihatan rangka bulat pada bahagian atas juga sedang dibina.
Hingga ke pertengahan November 2014 tuntutan
bayaran adalah sejumlah RM 4,153.042.59
Manakala bayaran yang telah dibuat ialah
RM3,968, 447.22.
Hingga ke akhir tahun pertama pembinaan,
segalanya berjalan lancar, baik dari segi kerja dan pembayaran. Kelancaran ini
seolah-olah memberi harapan bahawa bangunan masjid akan disiapkan dalam tempoh
yang dijanjikan, iaitu pada 25 Mei 2015.
Sekian.
No comments:
Post a Comment