March 15, 2018

PERKEMBANGAN PEMBINAAN DAN PERLU KUBAH LEBIH MENARIK



BBB, 26 Jamadil Akhir 1498H. = 14 Mac 2018M. (Rabu):
Lebih kurang setengah tahun dari tarikh mula `Masuk Tapak`, iaitu hingga Jun 2014, kerja-kerja masih lagi pada peringkat `Kerja  Tanah`. Dari segi jadual kerja yang dicapai yang tercatat di dalam buku laporan,  sehingga pada 30 Jun 2014:
 jadual kerja sepatutnya ialah  12.91%
Tetapi kerja yang sebenarnya yang dicapai  ialah                 14.04%
Ini dilihat lebih cepat dari normal pergerakan kemajuan      1.13%
Kerja-kerja tanah yang dilakukan di tapak tanah mencapai  100%
Kerja-kerja menanam cerocok                                                     100%
Kerja-kerja membuat retaining wall                                            100%
File cap                                                                                              100%
Lower ground beam                                                                         75%
Ground beam                                                                                    85%
K.C. Shear wall                                                                                   90%
Lower ground slab                                                                            25%
Ground floor slab                                                                              25%
Dari laporan bergambar menunjukkan bahawa permukaan tapak sudah ditanam cerocok sebagai tapak asas  dan tulang utama yang mengkuhkan bina-binaan.
Salah satu binaan yang mengidentitkian masjid ialah  bentuk kubahnya, khususnya jika dapat memberi keunikan seperti Kubah Masjid Sultan Salahuddin – Masjid Negeri Selangor yang begitu unik.
Sehingga pertengahan tahun  2014 belum dikenalpasti siapa yang akan membina kubah  bagi Masjid Al-Umm. Dengan perkembangan pembinaan tapak bererti masa makin dekat kepada perlunya penentuan  ukuran kubah yang akan dibina oleh kontrektor. Sebenarnya  dari segi plan asal yang disediakan oleh pihak arkitek  Urusbina Sdn. Bhd. sudah ada bentuk kubah yang dicadangkan, namun plannya agak sederhana dan kecil, sebagai layak seperti sebuah surau. Dilihat pada gambaran , kubahnya  agak kecil, kelihatan bersegi bulat, manakala menaranya bersegi-segi ke atas tiga tahap dan tidak berciri bulat sebagaimana difahami bahawa kebanyakan menara adalah bulat sebagai melambanglan falsafah dan Takmilah keislaman yang asli. Walau bagaimana gambaran bentuk awal yang disediakan oleh arkitek ini adalah sesuai dengan kos bagi peringkat awal ialah RM10 juta ringgit, tetapi kemudiannya meingkat kepada RM12 juta ringgit. Bentuk inilah dipamerkan pada  ketika pelancaran derma kali pertama bagi Masjid Al-Umm pada 19 Mei 2012 dan juga ketika kunjungan Dato` Menteri Besar Selangor bagi merasmikan tapak pada 6 Januari 2013. Kos awal bagi pembinaan kubah hanya dalam limgkungan RM200 ribu sahaja.
Pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm cenderung kepada bentuk kubah beridentiti masjid Al-Umm dan tidak mau mengikut kubah-kubah dari masjid-masjid yang lain secara menyeluruh. Lantaran itu ada kecenderungan untuk mengubahkan plan asal, secara perbincangan bukan saja berlaku perubahan pada kubah, tetapi juga pada menara, pada lapisan bawah tanah yang asalnya untuk parking bertukar kepada aras bawah tanah.
Perubahan juga berlaku terhadap susun atur dalaman. Oleh kerana masjid mau dijadikan pusat ilmu yang ada kuliah dan seminar, lantaran itu diwujudkan Dewan Konvensyen, Dewan Seminar, bilik-bilik kuliah, perpustakaan, bilik  IT, tahfiz dan sebagainya, sesuai sebagai keperluan dipusat pengajian tinggi.
Hasrat mau rubah bentuk kubah yang menjadikannya lebih baik telah dibincang berkali-kali dalam mesyuarat. Akhirnya bersetuju di dalam kalangan Ahli Jawatankuasa bahawa perlunya dicari kontrektor – bermaksud sub kontrektor yang mampu membina kubah bagi Masjid Al-Umm, iaitu satu kubah yang menarik, sesuai pula dengan masjid baru, maka perlunya ada identiti, khususnya kubah bagi masjid Al-Umm.
Sekian.

No comments:

Post a Comment