BBB, 07
Rajab 1439H. = 25 Mac 2018M. (Ahad):
Sebagaimana telah dibicarakan untuk mereka
bentuk kubah telah ditenderkan kepada syarikat-syarikat yang mau membidakannya,
terdapat sejumlah syarikat yang memohon, tetap i semuanya tidak memuaskan.
Sebuah syarikat yang dikenali dengan Majleza dari Johor, memohon paling akhir,
iaitu 9 September 2014. Majleza
diterima sebagai sub-contractor di bawah Tekad Nusantara bagi membina kubah
bagi Masjid Al-Umm.
Sebenarnya tentang kubah ini amat diberi
perhatian oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm. Kubah adalah ibarat
mahkota bagi binaan masjid dan dia adalah daya tarikan utama, oleh kerana ianya
berada pada puncak dan di tempat yang paling tinggi. AJK mau sebuah kubah yang
baik dan menarik, meskipun tidak sebaik dan sebesar kubah bagi Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor yang dikagumi bahkan menjadi
imej dan identiti negeri. Bagi AJK, kalau dapat biarlah kubah bagi Masjid Al-Umm
menjadi identiti Bangi, lantaran itu pemilihan
kontrektor bagi membina kubah dipilih dengan teliti.
Majleza bukan setakat dikenali dari segi
nama syarikat, tetapi mengenali Haji Majid Pengarah Urusannya dan anak-anaknya
yang sama mengusahakan syarikat, mengenali profile dan sejarah keterlibatannya
di dalam membina kubah. Contoh kubah yang dijadikan piawayan bagi Masjid Al-Umm
lebih diambil dari luar negera seperti Masjid Oman dan beberapa negara yang
lain. Namun adalah disedari, jika mau sesuatu yang baik dan kerja yang dilakukan
banyak dan lebih tinggi mutunya tentulah
harganya lebih tinggi. Bayangkan harga kubah asal bagi masjid Al-Umm hanya
RM200,000 dan harga yang terpaksa dibayar bagi pilihan baru jauh lebih tinggi,
karana ianya di buat di Johor dan bila siap
(beberapa AJK pergi melawat kilang di Johor) terpaksa dibawa dengan
trailer ke Bangi dan terpaksa menyewa crane besar 40 ton berat dibawa ke Masjid Al-Umm untuk
diangkat rangka kubah seberat 10 ton ke puncak bangunan masjid.
Dari segi saiz kubah, menurut Haji Majid
Pengarah Urusan Majleza, Kubah bagi Masjid Al-Umm yang rekabentuknya menurut
bentuk separuh bujur telur itu dari segi ketumpatannya ialah:
800 meter ketumpatan dengan 11 diemeter
lilit
Berat
bagi kubah yang bakal diangkat dan berada dipuncak bangunan masjid
ialah 10 ton.
Kulit bagi kubah adalah dua lapis aluminium,
iaitu lapisan luar dan lapisan dalam. Ianya tidak berlaku ketirisan.
Bulatan kubah adalah ditegak oleh 32 rangka
bilah yang bersifat tegak dari point bahagian bawah ke atas dan memuncak ke point
bahagian tertinggi dan ianya diperkukuh dengan bilah bersifat melintang dengan
sebanyak 10 bilah. Di atas bilah-bilah inilah diatur bulb-bulb lampu yang dinyalakan pada waktu malam dan
kelihatan api bergemerlapan berwarna warni.
Pembinaan bagi tapak kubah dipuncak adalah
rumit.
Ianya ditegak dari empat batang tiang seri
utama masjid, iaitu berada pada bahagian tengah masjid yang di bawahnya ialah
ruang solat utama.
Dari empat tiang ini dibina beam-beam bersifat sendeng yang dikukuhkan dengan
beam-beam bulat melengkung ke atas. Ianya ibarat lengan-lengan keliling yang meletakkan tapak bagi kubah dengan
kedudukan pada bahagian tengah.
Perkembangan pembinaan bagi bulatan tapak
kubah ini diberi perhatian oleh Penulis:
25.9.2014
Beam-beam supportive kepada kubah diisi semin.
04.10.2014 Beam-beam kubah disambung
mengikat antara satu sama lain dalam bentuk bulat
05.11.2014 Beam roof ditingkat atas (tiga)
diisi semin kerja berterusan dari siang ke malam
15.12.2014
Semua tetulang di bumbung diisi
semin.
31.12.2014 Semua ruang di atas – bumbung hampir
semua kelihatan seperti siap.
03.3.2015
Membuat lawatan dan melihat keliling pembinaan tapak kubah dan juga
roof.
Selepas enam bulan proses membina tetulang
bagi menegakkan tapak kubah dan tapak itu sendiri yang diisi semin dan dibiarkan kering begitu lama agar benar-benar kukuh, maka pada:
29.3.2015, diadakah upacara kecil sempena mengangkat
kubah ke puncak. Orang ramai berminat melihat upacara mengangkat kubah dijemput
hadir. Kemah-kemah dipasang di medan parkir. Rangka kubah tiba beberapa
hari sebelum dan ditempatkan di medan
parkir. Lori crane 40 tan mengangkat rangka kubah ke puncak bangunan dengan
diperhatikan oleh orang ramai yang hadir. Kerja-kerja dengan arahan Haji Majid
dari bawah, manakala pekerja-pekerja kubah (Mereka3 – 5 orang menginap selama
lebih kurang setahun di tingkat satu bangunan pejabat Penulis secara percuma)
bertugas menyelenggarakan kubah sehingga selesai pemasangan lampu dan siap
kerja-kerja kubah.
Menurut Haji Majid Pengarah urusan Majleza
harga bina kubah sahaja memakan kos RM800,000/= Dan kos yang berhubuing dengan
keseluruhan yang berkait dengan kubah termasuk transportation, sewa crane besar
40 ton dan mengangkatkannya ke puncak memakan peruntukan RM2.689 juta /= (Maklumat pada September 2014).
Walau bagaimana pada peringkat permulaan
siap kubah kelihatan indah berseri. Pada
malamnya bila dipasang api indah bergemerlap. Tetapi kini kelihatan makin pudar
pada waktu siang, dan pada malamnya sebahagian kecil api yang hidup, manakala
sebahagian besar bulb tidak menyala dan tidak berfungsi, merosakkan pandangan.
Pembaikan bergantung pada penyelesaian hutang yang masih tertunggak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment