BBB, 28 Jamadil-Akhir 1439H. = 16 Mac 2018M.
(Juma`at):
Sebagaimana disebut bahawa Dato` Menteri Besar
Selangor pada masa itu Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim semasa datang merasmikan Tapak Masjid secara
Kenduri Kampung pada 6 Januari 2013 menjanjikan dana berdasarkan pungutan dolar
to dolar sehingga jumlah RM6 juta. Pada peringkat ini dana yang dapat dikumpul,
pihak Jawatankuasa Pembinaan adalah minimum (RM2.6 juta) dan mengharapkan pihak
Kerajaan Negeri dapat mendahulukan dana sebelum jumlah pungutan dapat dikumpul
sebab itu:
·
Pihak AJK
menulis surat kepada Menteri Besar agar dapat mendahulukan peruntukan RM6 juta
yang dijanjikan, tetapi jawapan dari pihak Pejabat Menteri Besar Pada 19
Februari 2013 - Surat MB Sel. 30/1 Jld.
67 (8) pihak AJK perlu mencari dana sejumlah RM6 juta terlebih dahulu sebelum
dari dana kerajaan negeri dapat dikeluarkan.
·
Pada 21 Mac
2014 (21 Rejab 1435) Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm sekali lagi
menulis surat memohon agar janji memberi dana sebanyak RM6 juta dapat
ditunaikan, tetapi tidak mendapat respond.
·
24 Jun 2014,
mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan buat keputusan berjumpa dengan Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor.
·
Pada 25 Jun
2014 hubungi pihak SUK melalui kaunter pertanyaan, janji pihak berkenaan akan
menyiasat akan janji yang dibuat.
·
Pada 26 Jun
2014 Haji Abdul Rahman Daud dan Haji Suib Maulud ke Pejabat Menteri Besar,
mereka berdua diminta menyertakan surat-surat lepas berhubung dengan janji dana
RM6 juta, sama ada akan disalurkan melalui peruntukan JAIS atau Kerajaan
Negeri. Pokoknya hingga ke masa tersebut
tiada jelas adakah kemungkinan janji ini
ditunaikan atau tidak.
Pertukaran Menteri Besar Selangor
Kenaikan Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid
Ibrahim bagi penggal kedua sebagai Menteri Besar Selangor tidak kekal, selepas
lebih kurang setahun menjadi Menteri
Besar Selangor, beliau tergugat kedudukan selepas PKR mengambil pendekatan
dengan apa yang dikatakan `Kajang Move`.
Adun Kajang dari PKR diminta letak jawatan dari DUN Kajang, untuk memberi
laluan kepada Wan Azizah bertanding di kerusi DUN Kajang, kononnya bagi
mengukuhkan polisi `Road to Putrajaya` dan membuka jalan juga baginya menjadi
Menteri Besar Selangor. Wan Azizah memangnya menang pilihanraya DUN Kajang.
Tan Sri Khalid yang memang berkempen bagi
memenangkan Wan Azizah di DUN Kajang tersepit, lantaran kerusi Menteri
Besar yang didudukinya perlu dikosongkan. Bukan setakat dikosongkan, tetapi dari
percaturan yang diatur pada 10 Ogos 2014
beliau dipecat dari PKR bagi memberi laluan bagi Wan Azizah berkemungkinan
menjadi Menteri Besar Selangor. Namun hasrat sedemikian tidak diperkenan oleh
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Berikut dari itu timbul spekulasi
nama beberapa orang akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor antaranya saudara Abdul Samad Pesuruhjata Pas Selangor
dan juga Dr. Ahmad Timbalan Pesuruhjaya. Namun akhirnya yang menjadi realiti
Saudara Azmin Ali diperkenan oleh Tuanku Sultan
Selangor menjadi Menteri Besar Selangor.
Dengan pertukaran Menteri Besar Selangor dari
Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim yang membuat janji mau menyumbangkan dana RM6 juta kepada Masjid Al-Umm dan kini
jawatan Menteri Besar bertukar kepada Azmin Ali menjadikan janji dibuat itu keawang-awangan.
Persoalan adakah janji yang asalnya diungkap secara lisan itu dapat ditunaikan
oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dengan pertukaran jawatan Menteri Besar
Selangor, sukar bagi Menteri Besar yang baru untuk menunaikan janji yang dibuat
secara lisan oleh Menteri Besar yang dahulu. Sudah tentulah jika ditunaikan
atas nama Menteri Besar yang lama tidak memberi kelebihan bagi Menteri Besar
yang baru. Namun bagi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm mengharap
bahawa janji yang dibuat atas nama Menteri
Besar, seharusnya ditunaikan oleh kerajaan Negeri Selangor.
Walau bagaimana dengan pertukaran Menteri Besar
kepada Azmin Ali menyebabkan terencatnya tuntutan bagi mendapat dana RM6 juta
ini selama lebih kurang setahun lamanya.
Dalam masa tersebut tidak timbul kesungguhan
membuat tuntutan bagi mendapatkan dana sebanyak RM6 juta ini, walau bagaimana
pembangunan fizikal Masjid Al-Umm, diteruskan berdasarkan kepada derma orang
ramai yang meyakini pembangunan Masjid benar-benar berlaku dengan kenaikan
bangunan sudah dapat dilihat berlaku pada tapaknya. Perkembangan pembangunan
fizikal Masjid Al-Umm hingga Ogos 2014 adalah sebanyak 18.45%. Usaha mendapatkan
dana dari orang ramai terus dipertingkatkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment