Sungai Ramal Dalam, 25 Jamadil Akhir = 29 Mei (Ahad):
Kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Taman Khoo Kay Boh, Sungai Ramal Dalam pada 24 Mei (Selasa) lepas menarik simpati baik kalangan ahli politik atau badan-badan kebajikan. Kita bertambah simpati melihat bahawa mangsa kebakaran adalah dari kalangan warga emas - orang seperti Pak Cik Haji Mohd Nor dan Raja Ta`yah yang mempunyai satu-satunya rumah bagi dijadikan tempat berteduh dan berlabuh dalam meniti hidup sebelum berakhirnya hayat. Jika selama ini mereka di dalam keadaan tenang, tetapi bila rumah terbakar, bayangkan kegusaran hidup mereka – tanpa menafikan semuanya takdir.
Semasa kebakaran Adun berkesempatan dengan Tuan Haji Mohd Nor seorang mangsa yang rumahnya terbakar dengan tubuhnya terdedah dan kusut masai dengan rambutnya uban memutihi kepala, membayangkan betapa berat diri dan batinnya menanggung ujian kebakaran, lebih-lebih lagi Raja Ta`yah yang rumahnya paling teruk terbakar yang Adun sempat melawatnya di rumah jiran semasa terbakar dan hingga kini beliau belum pulih dari trauma.
Bersimpati dengan mangsa-mangsa ramai yang bertanya untuk menghulurkan derma bagi meringankan beban yang ditanggung warga-warga emas berkenaan. Misalnya pada jam 10.00 pagi hari Jumaat 20 Mei Adun menerima telefon dari YB. Teresa Kok Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan memaklumkan beliau berhasrat turun ke Sungai Ramal Luar bagi menyampaikan bantuan pada kira-kira jam 11.30 tengahari pada hari Jumaat 27 Mei tersebut, iaitu secara singgah di Sungai Ramal dalam perjalanan untuk ke Lapangan Terbang pada hari tersebut. Adun Bangi menyatakan,bahawa sukar bagi Adun untuk pergi, sedangkan masa itu dekat dengan sembahyang Jumaat. Rundingan dibuat dan beliau bersetuju datang pada hari Ahad 29 Mei, jam 11.00 pagi. Lantaran itu pada pagi itu Adun Bangi datang ke Sungai Ramal bagi meraikan kehadiran YB Exco Teresa Kok.
Turut datang untuk meraikannya ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Puan Norfaezah bt. Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Haji Shafie Ngah Ahli MPKj, En. Yusof Bachik Ahli MPKj, En. Steven Chan Ahli MPKj, Tuan Haji Rusli Muhibat Ketua Penghulu Kawasan Kajang, Tuan Haji Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kg. Sungai Ramal Luar, saudara Hamidi Ketua Cabang, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Haji Mat Saman, mangsa-mangsa kebakaran dan orang ramai yang turut sama meraikan.
Pada tengahari ini oleh kerana YB. Teresa tersalah jalan dan lewat sampai maka majlis ringkas dijalankan terlebih dahulu dengan ucapan ringkas dari YB Adun Bangi yang mengalu-ngalukan kehadiran dan menerangkan keadaan pada hari berlakunya kebakaran dan tindakan-tindakan yang diambil. Turut berucap sebaik beliau sampai, iaitu YB Sdr. Teo Nie Ching memaklumkan beliau tidak dapat hadir pada hari berlakunya kebakaran kerana berada di
1. Raja Ta`yah binti Raja Abdullah (85) – masih trauma diwakili oleh anaknya Cik Wan
Sarah (paling teruk kerosakan)
2. Tuan Haji Mohd Nor bin Moin (78) (Kedua terbanyak rosak)
3. En. Wasfi Idris (ketiga terbanyak rosak – Wakil)
Manakala yang lain mengalami kerosakan ringan iaitu:
- Puan Zaiton
- Puan Normah
- En. Zaini Zaid bin Mat Tahir
- En. Azaman Samin
Selepas penyampaian bantuan, para hadirin menyaksikan kerosakan yang dialami, terutama tiga rumah terawal. Rumah Tuan Haji Mohd Nor bin Moin sudah mulai dibaiki kembali, tetapi rumah Puan Ta`yah tak boleh dibaiki melainkan selepas 21 hari, iaitu selepas pihak bomba membuat laporan.
Kita bersimpati dengan mangsa kebakaran, terutama tiga pemilik yang rumah mereka terbakar teruk. Kita akan berusaha menambahkan bantuan, semoga rumah-rumah yang rosak dapat dibaiki segera dan pemilik-pemilik dapat kembali menghuni rumah masing-masing - menikmati kembali ketenangan dan kebahagian dengan keluarga yang dicintai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment