Kemalangan yang menimpa keluarga Puan Suraini Binti Shafie (38) – suaminya meninggal akibat nahas helikopter yang dipandunya pada 11 April 2011 dalam tugasnya di Sarawak - dimaklumkan kepada Adun selepas itu, bahawa keluarga al-Marhum En. Suhaimi bin Ghazali (38) adalah tinggal di Kajang Utama termasuk di bawah DUN Bangi. Adun meminta Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan Kabinet Mini Adun mengatur masa untuk kunjungan. Namun dimaklumkan kepada Adun, keluarga al-Marhum pulang ke Kelantan. En. Suhaimi dikebumikan di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Setelah mereka balik ke Kajang Utama, maka pada hari ini baru kami dapat menziarahi mereka, yakni Adun, AJK Kebajikan di Ketuai Haji Rushdi dan Jawatankuasa Muslimat Pas Kajang Utama. En. Suhaimi meninggalkan empat orang anak. Yang sulung Mohd Salim (13) bersekolah Menengah Agama Batu Sepuluh . Yang lain-lain Yasmin Salsabila (10), Mohd Iskandar (8) dan Mohd. Hilmi (5). Kehadiran kami ketika anak-anak berkenaan baru pulang dari Sekolah. Menurut Puan Suraini al-Marhum suaminya lulusan UiTM bahagian komputer. Mula bekerja di PDRM dan dalam masa tersebut mengikuti kursus memandu kapal terbang. Pernah dihantar mengikuti Kursus memandu Kapal terbang di Australia. Beliau resign dari PDRM dan bekerja dengan Awani Inspirasi membawa pekerja ke pelantar minyak dan terakhir bekerja dengan Sabah Air.
Puan Suraini asalnya bekerja sebagai nurse, tetapi sudah bercuti tanpa gaji sejak tiga tahun yang lepas. Dalam keadaan sekarang, beliau mengambil keputusan untuk kembali bekerja bagi menanggung keluarga, tetapi berhasrat untuk pulang berkhidmat di Pengkalan Chepa berdekatan dengan rumah kedua orang tuanya. Menurutnya dengan gaji bawah RM1,000 tidak mencukupi bagi kehidupan di Bangi. Kemungkinan rumah yang dibeli di Kajang Utama sejak 9 tahun dulu dan tinggal di sini sejak 2004 akan disewakan. Kami mengucap takziah kepada keluarga Puan Suraini dan anak-anak. Pihak muslimat Kajang Utama akan tolong membantu, khususnya menyusun dokumen-dokumen yang perlu disiapkan untuk kepentingan berbagai-bagai urusan.
2. Ziarah Keluaraga Susah
Pada malamnya kami ke Taman Tun Perak, Balakong bagi menziarah keluarga En. Umirzal yang anaknya Zikril Hakim (4) memerlukan peralatan pernafasan. Adun turun bersama saudara Azizi juga Tuan Haji Rushdi dari Kebajikan. Manakala En. Abdul Halim Ketua Cawangan Pas menyertai ziarah bersama beberapa penduduk di sini. Kami menyampaikan bantuan untuk membolehkan keluarga membeli alat-alat berkenaan. Diharap dengan bantuan dapat dibeli peralatan dan meringankan beban yang ditanggung oleh Zikril Hakim dan keluarga.
Sekian – Terima kasih.
No comments:
Post a Comment