Selepas Usul Menyekat Pemberita Sinar menyertai Mesyuarat Penuh MPKj pagi ini, Adun Bangi mengusulkan kepada Majlis untuk menghadiahkan Bacaan Fatihah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Hulu Langat pada 21 Mei dan Takziah kepada keluarga masing-masing. Usul diterima. Sementara ahli MPKj Muslim membaca Al-Fatihah, ahli-ahli yang bukan muslim bertafakkur menurut cara masing-masing.
Dalam penerangan mengenai tanah runtuh, menurut YDP setakat ini sebuah perumahan yang dalam keadaan bahaya, boleh berlaku tanah runtuh dikeluarkan notis di Kg. Darul Hidayah. Menurutnya, ``Dalam dua minggu ini pegawai dari MPKj membuat pemantauan perumahan dan kawasan yang dianggap bahaya. `Jika perlu perpindahan pihak MPKj akan membantu dari segi logistik,` katanya. Kita juga bersedia memberi nasihat dan panduan dari segi kecerunan yang patut dan yang tidak patut. Rumah yang runtuh – Madrasah at-Taqwa, tebingnya berada pada kecerunan 80% yang memang berbahaya, katanya.Setakat ini menurut YDP, MPKj memantau sebanyak 52 projek di bawah MPKj, manakala projek swasta sebanyak 27. Kita mahu pastikan keselamatan bagi semua, katanya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment