Petang ini Adun Bangi bersama Adun Balakong YB Yap Lum Chin, Adun Kajang YB Lee Kim Sin, Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching dan Ahli-Ahli Majlis MPKj lebih kurang 15 orang berhimpun di sebuah Café berhampiran sebuah hotel di sini meraikan kepulangan YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi ke MPKj. Pelik?


Dato` Hasan Nawawi mempunyai masa setahun lebih lagi untuk berpencen. Oleh kerana tempoh untuk berpencen sudah hampir, beliau lebih selesa meneruskan tugas di MPKj sehingga tempoh berpencen pada akhir tahun hadapan. Alasan permohonannya diterima dan beliau ditukar balik ke MPKj.
Adun Bangi selaku Tuan Rumah mengalu-ngalukan YDP dan mengucapkan tahniah di atas kepulangannya yang boleh disifatkan sebagai ikan pulang ke lubuk dan sireh pulang ke gagang. Beliau juga berharap dengan perkembalian Dato` Hasan Nawawi ke MPKj. Urusan-urusan yang berkaitan dengan MPKj akan lebih licin. Sementara tempoh persaraan diharap Dato` Hasan akan meninggalkan jasa yang dapat dikenang penduduk setempat.
Dalam ucapan balasnya, Dato` Hasan memaklumkan beliau berkesempatan berkhidmat di Jabatan Statistik selama lebih kurang seminggu. Menurutnya banyak perbezaan dari sebelumnya. Di Jabatan Statistik yang kami hadapi ialah angka-angka, berbanding di MPKj adalah manusia-manusia. Menurutnya beliau harap dapat menyelesaikan keperluan manusia sesuai dengan keperluan angka-angka. Menurutnya lagi beliau berharap dapat menjalankan tugas dengan baik, khususnya dengan kerjasama YB-YB dan ahli-ahli MPKj.

Sekian.
No comments:
Post a Comment