Menurut saudara Shamsul, ``Saya mula terlibat dengan Pas pada tahun 1996 di kawasan Puchong. Bila berlaku persempadan semula dalam mana Seri Kembangan dan Balakong termasuk di bawah Kawasan Serdang, maka saya masuk ke bawah kawasan Serdang dan bergerak di bawah sayap pemuda.`` Tambah saudara Shamsul,
``Dua tahun lepas saya masuk bergiat di bawah AJK Kebajikan Kabinet Mini DUN Bangi diketuai Tuan Haji Rushdi. Saya gembira berkhidmat di bawah Lajnah Kebajikan. Jika ada masa saya akan sekali sekala ke sini. Saya juga menjemput saudara/saudari ke Ipoh jika berpeluang ke sana.`` Mengakhiri ucapan ringkasnya beliau meminta maaf sekiranya berlaku kesalahan dalam masa berkhidmat selama ini.
ADUN Bangi yang diminta berucap Selamat Berpindah dan berpisah menyatakan, ``Bila saya dijemput ke Majlis Jamuan Makan, saya gembira, tetapi bila disebut untuk meraikan perpisahan saudara Shamsul, kegembiraan saya bertukar menjadi kesedihan. Kita kehilangan orang kuat yang selama ini menjadikan Lajnah Kebajikan Adun lajnah yang paling ke depan. Mereka lebih cergas dan mengadakan berbagai-bagai kegiatan kebajikan yang kadang-kadang Adun sendiri tidak terkejar memenuhi program. Sebenarnya selera makan saya menurun malam ini, walaupun berdepan dengan hidangan yang menyelerakan.``
Secara nostalgic Adun menyebut, ``Pada masa hadapan tiada lagi kelihatan saudara Shamsul yang membimbing dan mengelek beg-beg plastic mengiringi Adun bagi menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.`` Tambah Adun,
``Kita juga kehilangan suasana riang, saudara Shamsul bersama kawan-kawan memanjat kereta Hilux memenuhi ruang belakang bergerak dari lorong-lorong dan menziarah rumah ke rumah dan menurunkan barang-barang bantuan.`` Tentulah peristiwa manis ini menjadi kenangan bagi kita semua, lebih-lebih lagi bagi saudara Shamsul.
Kata Adun, lumrah alam, tiap pertemuan ada perpisahan. Demikianlah yang berlaku antara kita dengan saudara Shamsul. Kita meredai pemergian beliau untuk kebaikan beliau dan keluarga. Kita berharap pertemuan bukan berakhir. Kita harap akan bertemu lagi pada masa akan datang.``
Agak nostalgik dan menyentuh perasaan, apabila Adun diminta menyampaikan cenderahati kepada saudara Shamsul, cenderahati berkenaan juga di dalam beg plastik yang selama ini dijadikan beg penyampaian bantuan dari Adun. Secara bergurau tapi sedih Adun berpesan,
No comments:
Post a Comment