BBB, 17 Rabiul Akhir = 21 Mei (Sabtu):
Konvensyen dianjur oleh Ahli-Ahli MPKj di bawah DUN Bangi (Zon 14, 20, 21, 22, 23 & 24) dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bangi bertarikh di atas dan bertempat di Bilik Seri Cempaka, PKNS. Mereka yang dijemput mengambil bahagian ialah Ahli-ahli MPKj, Persatuan-persatuan penduduk yang berjumlah 56 buah dan NGO-NGO. Program bertujuan:
- Membolehkan para pemimpin masyarakat mendapat gambaran dan maklumat sebenar berhubung sesuatu dasar atau produk kerajaan negeri.
- Membolehkan para pemimpin penduduk untuk menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat setempat.
- Memberi ruang kepada para pemimpin setempat untuk mengenali dan berinteraksi secara terus dengan Wakil Rakyat dan Ahli Majlis di kawasan mereka.
- Membentuk gabungan persatuan-persatuan penduduk di dalam DUN Bangi.
Majlis yang berlangsung dari jam 1.30 tengahari hingga jam 6.30 petang diisi dengan:ucapan pembukaan oleh Tuan Haji Shafie Ngah mewakili ahli-ahli MPKj, Taklimat mengenai program merakyatkan ekonomi (MES), Skim Mesra Usia Emas (MUE), Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MIMBAR), Taklimat Sistem E-Aduan MPKj, Pembentangan Portfolio J/K Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan dan Majlis Perasmian Penutup.
Dalam Majlis Penutup Adun Bangi mengucap terima kasih di atas usaha AJK mengadakan Konvensyen. Melalui Konvensyen dapat disampaikan maklumat berhubung dengan tawaran dan program negeri Selangor. Yang lebih penting maklumat berkenaan perlu disampaikan kepada rakyat yang ramai dari mereka belum faham, bahkan ada yang keliru, bahawa apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri difahamkan sebagai program kerajaan Persekutuan. Peserta-peserta juga boleh memahami mekanisme pentadbiran kerajaan negeri, dari Menteri Besar, kepada Exco, Wakil Rakyat, Pejabat Daerah, Penghulu, Ketua-Ketua Kampong dan JKKK kepada rakyat dan melalui Wakil Rakyat kepada MPKj, ahli-ahli dan rakyat.
Adalah penting dengan adanya Persatuan penduduk dan NGO sebagai badan bebas, berbanding dengan ahli-ahli yang dilantik, mereka lebih bebas mengkritik dan memberi pandangan tentang kepincangan atau mengemukakan pendapat yang boleh memberi faedah kepada negeri dan rakyat. Adun Bangi berharap konvensyen memberi manfaat kepada peserta-peserta dan majlis seumpama ini wajar diadakan dari masa ke semasa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment